Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close

Panduan mudah membuat tuntutan

Hantar dan semak tuntutan anda dengan cara yang anda mahukan
Jari kelingking melambangkan perjanjian

Komitmen Tuntutan Kami

Polisi kami adalah melindungi anda dan keluarga anda semasa menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan anda. Kami akan membayar tuntutan anda secepat mungkin dengan penuh prihatin dan insani. Kami menjadikan proses tuntutan ini mudah dan ringkas, serta hanya meminta maklumat yang diperlukan sahaja.
Selanjutnya

Bagaimana untuk menghantar tuntutan anda?

arrow
Melalui e-mel
Hantar tuntutan anda berserta semua dokumen, resit dan borang yang diperlukan melalui e-mel ke Pusat Khidmat Pelanggan kami di customer@prubsn.com.my
arrow
Melalui ejen perkhidmatan
Hantar tuntutan melalui ejen anda dan mereka akan membantu untuk menyerahkannya melalui landasan tuntutan digital PruServe Plus ataupun Takafulnet

Pilih jenis tuntutan

Tuntutan Kehilangan Nyawa

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

    a. Borang Tuntutan dilengkapkan oleh Penerima/Penuntut
    b. Sijil Kematian asal atau Salinan yang yang telah disahkan (oleh kakitangan atau eksekutif/Pengurus Pembangunan
        Perniagaan di cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad)
    c. Borang Kemudahan Kredit Terus yang telah diisi oleh Penama/Penuntut

i. Keperluan tambahan untuk Sijil jika tiada penamaan:

    a. Salinan Kad Pengenalan Penuntut
    b. Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran, Anak- anak yang Menuntut,
        Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang menuntut
    c. Pemberian Probet / Surat Mentadbir / Perintah Fara’id

ii. Keperluan tambahan untuk Kematian Atas Sebab Semula jadi (Penyakit):

    a. Sijil Perawat Perubatan (sekiranya jangka masa sijil kurang dari 5 tahun)

iii. Keperluan tambahan untuk Kematian Bukan Semula jadi/kemalangan:

    a. Laporan Polis yang disahkan benar
    b. Laporan Post-mortem terperinci yang disahkan benar
    c. Laporan Toksikologi yang disahkan benar (jika ada)

ivSekiranya kematian berlaku di luar Malaysia:

    a. Surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara
    b. Sijil Perakuan penempatan untuk kematian di tempat asing yang diperakui
        *Sijil Perakuan penempatan yang bermaksud sijil kebenaran untuk membawa jenazah (mayat) pulang ke Malaysia
    c. Salinan buku pasport penuh yang disahkan benar

vTuntuntan Khairat Kematian / Manfaat Compassionate

    a. Borang Tuntutan dilengkapkan oleh Penerima/Penuntut
    b. Sijil Kematian asal atau salinan yang yang telah disahkan (oleh kakitangan atau  eksekutif/Pengurus Pembangunan
        Perniagaan di cawangan PruBSN Prudential Assurance Malaysia Berhad)
    c. Borang Kemudahan Kredit Terus yang telah diisi oleh Penama/Penuntut
    d. Salinan Kad Pengenalan Penuntut
    e. Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran, Anak- anak yang Menuntut,
        Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang menuntut

Nota Penting:
Sijil kematian adalah syarat wajib untuk penyerahan tuntutan kematian. Sekiranya tiada sijil kematian, pihak kami tidak akan dapat meneruskan tuntutan tersebut. Permit pengebumian adalah tidak boleh diterima.

Sila simpan dokumen fizikal yang asal kerana pihak Syarikat berhak meminta dokumen asal untuk tujuan audit. Kegagalan memberikan dokumen asal atas permintaan boleh menyebabkan Syarikat mendapatkan kembali tuntutan yang telah dibayar.

Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

    1. Borang Tuntutan yang lengkap diisi oleh Peserta
    2. Sijil Perubatan Sulit - Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal yang dilengkapkan oleh doktor yang memberi rawatan terakhir
    3. Salinan sebenar surat penamatan pekerjaan
    4. Salinan surat kebenaran keluar perubatan yang diperakui dan surat kelulusan pengeluaran PERKESO/KWSP (jika ada)
    5. Laporan Polis yang disahkan benar (kemalangan sahaja)
    6. Lain-lain: Perkembangan fisioterapi/pemulihan terkini, surat rujukan doktor, ujian darah, ujian air kencing, biopsi,
        MRI, Imbasan CT, ultrasound dan semua laporan siasatan (jika berkenaan)
    7. Borang Kemudahan Kredit Terus (jika tidak dihantar sebelum ini)

Tuntutan Penyakit Kritikal

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

Dokumen berikut diperlukan untuk memfailkan Tuntutan Penyakit Kritikal (cth. serangan jantung, kanser, kegagalan buah pinggang)

    1. Borang Tuntutan
    2. Sijil Perubatan Sulit (untuk penyakit tertentu)
    3. Semua Laporan Perubatan yang berkaitan (sila rujuk senarai)
    4. Tuntutan Pesakit Dalam / Pembedahan Harian

Tuntutan Rawatan Kemasukkan Hospital/Manfaat Harian Kemasukkan Hospital

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

    1. Borang Tuntutan
    2. Ringkasan Discaj
    3. Kenyataan Doktor (jika tiada Ringkasan Discaj)
    4. Borang Kemudahan Kredit Terus (jika tidak dikemukakan sebelumnya)
    5. Bil asal/invois cukai dan resit asal (termasuk resit deposit dan pembayaran balik, jika ada)
    6. Bil terperinci, jika:
        Bayaran farmasi> 20% daripada jumlah kesuluruhan bil/invois
        Caj makmal> 10% daripada jumlah kesuluruhan bil/invois
    7. Salinan Ujian Makmal, X-Ray, imbasan MRI/CT, Laporan Ultrasound, Histopatologi (jika ada)
    8. Butiran penyata tuntutan dari pihak ketiga (syarikat insurans/majikan lain) jika menuntut baki atau High Deductible Claim

Untuk tuntutan Luar Negara

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

    1. Salinan pasport yang menunjukkan nama, tarikh berlepas dari Malaysia dan ketibaan dari luar negara
        (dikecualikan untuk Brunei & Singapura)
    2. Bil dan resit kemasukan hospital terperinci yang asal (terjemahan bahasa asing ke bahasa Inggeris,
        sekiranya difikirkan perlu)

Tuntutan Rawatan Sebelum & Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar, Rawatan Dialisis Pesakit Luar

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

1. Borang Tuntutan
2. Borang Kemudahan Kredit Terus (jika tidak dihantar sebelum ini)
3. Bil asal/invois dan resit asal (termasuk resit deposit dan pembayaran balik, jika ada)
4. Maklumat terperinci, jika:
    Bil hospital/resit/invois > RM200 (senarai terperinci yuran perundingan, ubat, caj ujian/siasatan dll)
    Bil hospital/resit/invois jika terdapat ubat/farmasi > RM200 (senarai terperinci nama ubat, harga unit, kuantiti
    dan tempoh bekalan)

Tuntutan Rawatan Pesakit Luar AMR/Kecemasan

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

1. Borang Tuntutan
2. Kenyataan Doktor (Kemalangan) - kemalangan, jika jumlah bil ≥ RM500 {jika jumlah bil/invois kurang
    dari RM500, doktor perlu mengesahkan diagnosis di atas bill/invois (dengan tandatangan dan cap) dan mengesahkan
    tarikh kemalangan}
3. Borang e-kredit (jika tidak dihantar sebelum ini)
4. Bil/invois dan resit asal (termasuk resit deposit dan pembayaran balik, jika ada)
5. Maklumat terperinci, jika jumlah bil > RM200
6. Salinan laporan imbasan X-Ray, MRI/CT (jika ada)

Manfaat Hospital/Elaun/Pampasan Mingguan

Pastikan semua dokumen yang berkaitan seperti berikut dilengkapkan:

1. Borang Tuntutan (Butiran Kemalangan diperlukan untuk tuntutan Pampasan Mingguan)
2. Ringkasan Discaj (Tidak diperlukan jika kemasukan menggunakan kemudahan HAS)
3. Kenyataan Doktor (Perubatan)Kenyataan Doktor (Kemalangan) (jika tidak ada Ringkasan Discaj)
4. Borang Kemudahan Kredit Terus (jika tidak dihantar sebelum ini)
5. Salinan Sijil Cuti Sakit (untuk tuntutan Pampasan Mingguan)
6. Laporan Perkembangan Pemulihan (jika Kenyataan Doktor tidak lengkap/bila diperlukan)

Peringatan penting sebelum mengemukakan tuntutan anda
  • Pastikan semua borang tuntutan dan dokumen sokongan lengkap diisi untuk mengelakkan sebarang kelewatan

  • Pastikan tandatangan anda pada borang tuntutan sama dengan tandatangan yang direkodkan

  • Sijil Perubatan Sulit mesti dilengkapkan dengan perbelanjaan pihak menuntut sendiri

  • Senarai semak ini adalah rujukan sebelum mengemukakan tuntutan. Kami akan meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan jika perlu

  • Anda perlu menunjukkan dokumen asal yang telah disalin dan diserahkan kepada kami apabila perlu

  • Sila rujuk soalan lazim

Semak status tuntutan

Periksa status tuntutan dan maklumat sijil anda dan hantarkan dokumen yang diperlukan melalui PruBSN Touch.

Dokumen Berkaitan Penyakit Kritikal

Ketahui lebih lanjut mengenai dokumen berkaitan penyakit kritkal di sini.