Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Seorang wanita memegang sekaki payung
Rider

Contributor Protect

Bersama dengan Rider patuh Syariah ini, dapatkan perlindungan menyeluruh walaupun anda tidak dapat meneruskan sumbangan.

Sebab untuk mempertimbangkan Contributor Protect

Bagaimana anda dan orang-orang yang tersayang akan meneruskan kehidupan yang sedia ada jikalau anda kehilangan upaya untuk mencari rezeki atas akibat kemalangan ataupun penyakit kritikal? Adakah anda meletakkan keselematan kewangan anda didalam keadaan berisiko? Dan bagaimana pula ini akan mengimpak pelan takaful sedia ada anda?

Bersama dengan Contributor Protect, PruBSN akan membantu anda membayar sumbangan anda sepanjang baki tempoh sijil takaful jika anda didiagnosis penyakit kritikal ataupun ditimpa kecacatan kekal dan total (TPD).

Lindungi diri dan keluarga anda daripada kesusahan kewangan yang tidak diingini. Tingkatkan pelan Takaful Income Protection anda dengan rider patuh Syariah ini untuk memastikan perlindungan anda kekal aktif tanpa sebarang gangguan.

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

Ciri-ciri Perlindungan

Rider ini memberi anda manfaat tahunan bersamaan dengan baki sumbangan perlindungan apabila anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis dengan penyakit kritikal.

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun

Umur Tamat Tempoh

100 tahun

 

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.