Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Tip Takaful:
Kelebihan Melabur dengan Takaful

A woman smiling to the camera

Peluang pelaburan tersedia menerusi pelbagai cara di serata dunia. Sama ada anda melaburkan wang di pasaran saham, membeli saham daripada syarikat rakan anda ataupun membeli hartanah untuk disewa atau dijual, semua cara ini berpotensi untuk menggandakan wang anda.

Sebab utama dan yang paling asas untuk membuat sesuatu pelaburan adalah untuk menjana lebih banyak wang. Tidak dinafikan setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Secara umumnya, semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung. Maka, kemungkinan untuk memperolehi keuntungan yang tinggi adalah sama dengan kemungkinan untuk kehilangan semua wang yang telah anda laburkan. Tetapi sebelum anda mengetepikan niat untuk melabur, terdapat pelbagai pilihan pelaburan dengan risiko yang kurang membahayakan kewangan anda.

Menjadikan pelaburan lebih selamat dan berpatutan
Ramai di antara kita tidak mempunyai wang dalam ribuan atau ratusan ribu untuk membuat pelaburan yang besar. Ini mungkin bagus juga kerana kurang kecenderungan untuk anda melaburkan wang anda dalam pasaran yang berisiko tinggi. Namun begitu, pulangan yang anda perolehi daripada simpanan dalam akaun bank adalah rendah ataupun tiada pulangan langsung. Satu cara pelaburan yang selamat, tetap dan berpatutan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan. Anda bukan sahaja boleh meraih pulangan pelaburan daripada bayaran sumbangan bulanan yang rendah tetapi juga mendapat perlindungan serta jaminan kewangan untuk diri anda dan orang tersayang.

Bagaimana pelaburan dalam Takaful berfungsi
Melabur dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah mudah dan tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi. Sama ada anda memilih untuk membuat sumbangan pada setiap bulan, setiap suku tahun, ataupun sekali setahun, bayaran sumbangan anda akan dibahagikan kepada tiga: 1) sebahagian jumlah akan dimasukkan ke dalam dana Tabarru`, 2) bayaran Wakalah atau fi pengendali Takaful, dan 3) selebihnya akan dimasukkan ke dalam dana berkaitan pelaburan patuh syariah pilihan anda. 

Anda tidak boleh membuat pengeluaran daripada dana Tabarru`, kerana sumbangan dalam dana ini akan digunakan untuk membayar segala manfaat dan tuntutan, termasuk tuntutan bagi bil rawatan hospital serta hibah. Pelaburan anda boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuk mengekalkan jumlah pengeluaran dan baki minimum dalam akaun pelaburan. Jumlah minimum ini bergantung pada jenis dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Sudah tentu, jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dan lebih lama dana itu dilaburkan, lebih tinggi pulangan tunai yang dijanakan.

PruBSN menyediakan tujuh jenis dana berkaitan pelaburan patuh syariah yang disertakan bersama sijil Takaful kami. Setiap satu mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza. Anda akan kekal mendapat perlindungan dan menerima manfaat daripada pelan Takaful anda tanpa mengira prestasi pelaburan anda.

Kami kongsikan ciri-ciri utama pelan Takaful berkaitan pelaburan untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik.

Dapatkan perlindungan dengan PruBSN Setia, pelan paling menyeluruh
Jika anda mahu mendapatkan manfaat sepenuhnya dari sijil Takaful anda, PruBSN Setia adalah pelan paling tepat untuk anda. PruBSN Setia bukan sekadar pelan berkaitan pelaburan, ia juga menawarkan manfaat kematian dan hilang upaya kekal & menyeluruh; pembayaran balik untuk perbelanjaan medikal dan kemasukan hospital; perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, rawatan akibat kemalangan; dan perlindungan pendapatan akibat kemalangan. PruBSN Setia juga memberikan pilihan penambahan rider untuk mendapatkan pelan yang lebih menyeluruh dan sesuai mengikut keperluan anda, serta tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun!

Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, jumlah pulangan yang diperoleh melalui Takaful Saver akan membantu anda membina wang simpanan untuk persaraan anda pada masa depan.

Lindungilah masa depan anak anda dengan PruBSN Impian
Direka untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan anak anda, PruBSN Impian merupakan pelan khas untuk kanak-kanak yang berumur antara 14 minggu dalam kandungan sehingga 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberikan manfaat perbelanjaan perubatan bagi penyakit kanak-kanak serta rawatan lain disebabkan penyakit dan kecederaan, tetapi juga melindungi ibu dan bayi dalam kandungan melalui manfaat Pregnancy Care

Dengan kadar sumbangan yang berpatutan dan fleksibel, PruBSN Impian disertakan dengan rider Takaful Saver Impian bagi membantu anda membuat simpanan dan pelaburan untuk keperluan kewangan masa hadapan anak anda. Simpanan dan pelaburan boleh dikeluarkan dan dihadiahkan kepada anak apabila mereka mencapai umur 19 tahun. PruBSN Impian juga menawarkan EduAchieve Bonus yang memberikan ganjaran berbentuk wang tunai kepada anak anda atas kecemerlangan akademik dalam peperiksaan peringkat kebangsaan di sekolah rendah dan menengah, serta pencapaian akademik di peringkat Diploma atau Ijazah di universiti tempatan, selagi mereka berumur bawah 18 tahun – ini adalah dorongan terbaik untuk mereka cemerlang dalam pembelajaran!

Berikan ketenangan minda kepada orang yang tersayang dengan PruBSN WarisanPlus
PruBSN WarisanPlus merupakan pelan Takaful yang direka dengan tujuan memberikan keselamatan dan perlindungan warisan anda kepada orang yang tersayang. Disertakan dengan perlindungan perubatan bagi penyakit unik serta pilihan untuk penambahan rider mengikut keperluan perlindungan anda, PruBSN WarisanPlus menawarkan perlindungan minimum yang tinggi sebanyak RM250,000 akan dapat meringankan beban keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia atau menghadapi hilang upaya kekal & menyeluruh. Pelan ini turut merangkumi pembiayaan kos pengebumian, dan orang tersayang anda akan mendapat hak penuh ke atas manfaat Takaful anda tanpa perlu menjalani prosedur pengurusan harta pusaka yang rumit.

Dengan sumbangan bulanan serendah RM100 bagi orang dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, PruBSN WarisanPlus adalah pelan yang amat berpatutan dan mampu dimiliki. Selain membina simpanan melalui Takaful Saver atau Takaful Kid, anda juga boleh memilih untuk menjana pendapatan melalui tujuh jenis dana berkaitan pelaburan dengan tahap risiko yang pelbagai untuk meningkatkan jumlah pulangan anda.

Berminat untuk menggandakan wang anda? Mulakan dengan membuat pelaburan bersama PruBSN hari ini. Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.