Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19
Kempen dan Pengumuman

Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19

Berita baik! Prudential Malaysia melindungi tuntutan perubatan kemasukan hospital COVID-19*. Perlindungan ini disediakan atas khidmat kami kepada para pelanggan untuk memastikan anda mendapat ketenangan minda pada waktu mencabar ini.

Perlindungan ini adalah untuk pelanggan Prudential Malaysia yang mempunyai pelan perubatan yang layak dan memberikan pembayaran balik perbelanjaan perubatan hospital bagi rawatan yang perlu dari segi perubatan akibat COVID-19. Perlindungan ini membolehkan pembayaran balik berdasarkan terma dan syarat sedia ada yang dinyatakan dalam kontrak insurans/sijil takaful Prudential Malaysia anda, di mana had tuntutan perubatan akan dikurangkan mengikut jumlah yang dibayar.

Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria kelayakan, sila rujuk Terma & Syarat dan Soalan Lazim di bawah.

Inilah masa yang sesuai untuk anda menjadi pelanggan Prudential Malaysia. Berhubung dengan Ejen Takaful, Perancang Kewangan atau Wakil Bank kami hari ini untuk menyemak semula keperluan perlindungan anda dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan manfaat COVID-19 yang kami sediakan.

Maklumat lanjut

Terma & Syarat

Pada peringkat awal pandemik ini, Prudential Malaysia atas dasar prihatin, telah melindungi kos rawatan perubatan untuk pelanggan Prudential Malaysia yang dirawat untuk COVID-19 di hospital kerajaan, sehingga dimaklumkan kelak dan seterusnya memperkenalkan Perlindungan Khas COVID-19 2021 dan Kempen Kemasukan Hospital COVID-19 (Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 dan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19), dan atas keprihatinan juga, untuk membantu pelanggan Prudential Malaysia dalam tempoh yang sukar ini (secara kolektif dirujuk sebagai "Kempen-kempen"). Kempen ini akan berakhir pada 5 Ogos 2021.

Prudential Malaysia kini akan memperkenalkan Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 untuk pelanggan Prudential Malaysia di mana terma dan syaratnya adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Dengan ini, Kempen-kempen tersebut akan berakhir.

Terma dan Syarat Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19

  1. Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 (“Kempen”) ini adalah ditawarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (secara kolektif dirujuk sebagai “Prudential Malaysia”) atas dasar prihatin terhadap pelanggan Prudential Malaysia. Prudential Malaysia berhak untuk menukar mana-mana bahagian dalam Kempen ini atau menarik balik mana-mana bahagian (atau secara keseluruhan) dalam Kempen ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

  2. Kempen ini menyediakan tiga jenis bantuan/perlindungan (“perlindungan”). Kempen ini akan diselia berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini, Soalan Lazim serta kriteria kelayakan, yang mana boleh didapati di laman korporat web Prudential Malaysia ("Dokumen yang Diutamakan"). Sila ambil perhatian bahawa Dokumen yang Diutamakan akan diberi keutamaan, apabila terdapat apa-apa percanggahan antara Dokumen yang Diutamakan dan bahan/dokumen lain yang berkenaan dengan Kempen ini.


Kategori Perlindungan

Perlindungan

Tempoh Perlidungan

Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19

Pelanggan Prudential Malaysia yang dilindungi di bawah sebarang Pelan Perubatan yang disenaraikan di bawah.

6 Ogos 2021 sehingga pengumuman berakhirnya perlindungan

 

Di bawah ialah senarai Pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini:

No

Pelan Perubatan yang dikeluarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”)

No

Pelan Perubatan yang dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”)

1

PRUHealth

1

Takaful Health

2

PRUMedic Essential

2

Takaful Health2

3

PRUFlexi Med

3

HealthEnrich

4

PRUValue Med

4

HealthEnrich+

5

PRUMillion Med

5

Medic Protector

   

6

HealthProtector

   

7

Medic Essential

 

  1. Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud Orang yang Diinsuranskan / Orang yang Dilindungi, yang dilindungi oleh Pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini. 

  2. Prudential Malaysia secara prihatin, akan membayar balik untuk Bayaran Berpatutan dan Mengikut Kelaziman untuk rawatan yang diterima yang dianggap Perlu Dari Segi Perubatan semasa Pelanggan Prudential Malaysia menjalani Keperluan Perubatan di hospital kerana COVID-19 semasa Tempoh Perlindungan Kempen ini. Pembayaran balik akan diberikan berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak insurans / sijil takaful Prudential Malaysia, di mana Pelan Perubatan yang layak akan dilaksanakan seolah-olah ia tidak mempunyai klausa pengecualian pandemik*.

    Ini bererti, Prudential Malaysia akan memberi bayaran balik berdasarkan had (seperti had tahunan, had seumur hidup, amaun maksimum yang perlu dibayar untuk setiap manfaat), dan semua terma dan syarat lain yang dinyatakan dalam kontrak insurans / sijil takaful, termasuk syarat-syarat berkenaan Perlu Dari Segi Perubatan dan Bayaran Berpatutan dan Mengikut Kelaziman. Oleh itu, bayaran balik yang diberikan akan mengurangkan had tahunan, had seumur hidup dan med value point yang digunapakai untuk Pelan Perubatan Pelanggan Prudential Malaysia

    *Klausa pengecualian pandemik merujuk kepada klausa yang menyatakan Pelan Perubatan tidak meliputi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

  1. Pelan Perubatan yang layak untuk perlindungan ini mesti berkuatkuasa semasa didiagnosis, dimasukkan ke hospital kerana COVID-19 dan semasa penyerahan tuntutan.

  2. Pelanggan Prudential Malaysia, yang layak untuk Kempen ini, boleh menikmati perlindungan di bawah Kempen ini, setelah tamat tempoh menunggu 30 hari yang dinyatakan dalam Pelan Perubatan mereka.

  3. Tuntutan harus diserahkan dalam masa 3 bulan dari tarikh dimasukkan ke hospital. Prudential Malaysia menghendaki Pemilik Polisi / Pemilik Sijil untuk menerima secara spesifik bahawa tuntutan akan diproses, diuruskan dan dibayar balik berdasarkan Dokumen yang Diutamakan.

  4. Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas harus diserahkan melalui PRUServe Plus atau para pelanggan boleh menghantar e-mel ke customer.mys@prudential.com.my  atau customer@prubsn.com.my. Para pelanggan juga boleh menyerahkan dokumen-dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse by Prudential, apabila fungsi tersebut telah tersedia.

  5. Kempen ini akan menggantikan semua kempen atau komunikasi lain yang berkaitan dengan Prudential Malaysia yang membayar balik perbelanjaan kemasukan ke hospital untuk merawat COVID-19.

  6. Prudential Malaysia mempunyai hak mutlak untuk memberi keputusan muktamad dalam apa-apa keadaan dan pertikaian.

  7. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di dalam dokumen antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain di dalam dokumen ini, untuk tujuan tafsiran dan pentafsiran, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Soalan Lazim

     Maklumat Latar Belakang Kempen

  1. Apakah Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19?

    • Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 (“Kempen”) ini direka khas oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (secara kolektif dirujuk sebagai “Prudential Malaysia”) untuk membantu pelanggan Prudential Malaysia supaya kami dapat memberikan kebebasan kewangan dan ketenangan minda untuk menghadapi masa yang mencabar ini.

    • Kempen ini akan ditadbir berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan, Soalan Lazim serta kriteria kelayakan.

    • Secara ringkas, apabila pelanggan Prudential Malaysia layak untuk Kempen ini, Prudential Malaysia akan membayar balik atas dasar prihatin perbelanjaan perubatan yang disebabkan daripada rawatan kemasukan hospital akibat jangkitan COVID-19.


    Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud Hayat/Orang yang Dilindungi dibawah Pelan-pelan Perubatan yang layak dibawah Kempen ini (seperti disenaraikan dalam terma dan syarat Kempen ini). Pelan Perubatan yang memenuhi kelayakan perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini mestilah berkuat kuasa pada masa diagnosis, kemasukan hospital dan penyerahan tuntutan.

    Kriteria Kelayakan & Pendaftaran

  1. Apakah kriteria kelayakan untuk perlindungan dan tempoh perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini?

Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19

Jenis Pelanggan Prudential Malaysia

Ringkasan Perlindungan

Tempoh Perlindungan

Semua Pelanggan Prudential Malaysia yang dilindungi di bawah mana-mana Pelan Perubatan tersenarai di bawah

Pembayaran balik berdasarkan yang Perlu Dari Segi Perubatan dan Caj Berpatutan dan Mengikut Kelaziman rawatan yang diterima apabila Pelanggan Prudential Malaysia dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 dalam Tempoh Perlindungan.

 

Pembayaran balik akan diberikan berdasarkan terma dan syarat dinyatakan dalam kontrak insurans/ sijil takaful Prudential Malaysia, di mana Pelan Perubatan yang layak akan dianggap tidak mempunyai klausa pengecualian pandemik*.

 

*Klausa pengecualian pandemik merujuk kepada klausa yang menyatakan Pelan Perubatan tidak merangkumi penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang.

6 Ogos 2021 dan seterusnya hingga pengumuman perlindungan ditamatkan


Di bawah merupakan senarai Pelan-pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini:

No

Pelan dikeluarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”)

 

No

Pelan dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”)

1

PRUHealth

 

1

Takaful Health

2

PRUMedic Essential

 

2

Takaful Health2

3

PRUFlexi Med

 

3

HealthEnrich

4

PRUValue Med

 

4

HealthEnrich+

5

PRUMillion Med

 

5

Medic Protector

 

 

 

6

Health Protector

 

 

 

7

Medic Essential

 

  1. Berapakah kos yang dikenakan untuk Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 dengan pelan-pelan perubatan yang layak seperti yang dinyatakan under bawah item #2 ?
    Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 ini adalah percuma bagi semua pelanggan Prudential Malaysia. 

  1. Adakah saya perlu mendaftar untuk Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19?
    Anda telah didaftarkan secara automatik untuk Kempen ini jika anda mempunyai mana-mana Pelan Perubatan yang layak.

    Maklumat Tuntutan – Item Kelayakan

  1. Saya sudah membuat tuntutan di bawah Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 / Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19. Adakah saya masih layak untuk Kempen ini?
    Ya, selagi anda memenuhi kriteria kelayakan untuk Kempen ini.

    Sila maklum bahawa Kempen ini akan menggantikan semua kempen-kempen lain atau sebarang komunikasi berkaitan dengan pembayaran balik perbelanjaan kemasukan hospital disebabkan rawatan COVID-19 Prudential Malaysia. Ini termasuklah menggantikan Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 dan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 yang telah berakhir.

    Selain itu, Perlindungan Khas COVID-19 2021 yang memberikan bantuan tunai juga telah berakhir. 

  1. Jika kemasukan hospital akibat COVID-19 berlaku di luar negara, adakah saya layak untuk Kempen ini?
    Ya, tuntutan akan diproses dan ditadbir di bawah Kempen ini berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan di dalam polisi/ sijil, termasuk terma berkaitan klausa Caj Berpatutan dan Mengikut Kelaziman dan Tinggal di Luar Negara.

  1. Adakah Hospital Alliance Services (“HAS”) (kemudahan tanpa tunai) tersedia untuk kemasukan hospital akibat COVID-19?
    Tidak, HAS (kemudahan tanpa tunai) tidak disediakan untuk kemasukan yang berkaitan dengan COVID-19. Tuntutan yang diserahkan adalah berdasarkan pembayaran balik. Ini bermakna anda perlu membayar bil rawatan hospital terlebih dahulu, dan kemudian membuat tuntutan untuk pembayaran balik.

  1. Apakah yang dianggap sebagai rawatan yang diterima yang mengikut Perlu Dari Segi Perubatan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19?
    Apabila pelanggan menerima rawatan aktif seperti sokongan pengudaraan, sokongan oksigen, Intubasi atau ubat intravena dan yang lain-lain semasa kemasukan hospital disebabkan didiagnosis positif.

  1. Adakah saya akan dibayar balik untuk Ujian COVID-19 dan PPE yang digunakan semasa kemasukan hospital yang Perlu Dari Segi Perubatan?
    Ya, ujian COVID-19 dan penggunaan PPE yang Perlu Dari Segi Perubatan semasa kemasukan hospital yang Perlu Dari Segi Perubatan akibat jangkitan COVID-19 akan dibayar balik berdasarkan Caj Berpatutan dan Mengikut Kelaziman.

  2. Saya adalah Pelanggan Prudential Malaysia seperti dijelaskan di bawah Kempen ini. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan di bawah Kempen ini untuk perbelanjaan yang dikenakan untuk rawatan kemasukan hospital untuk komplikasi selanjutnya yang disebabkan oleh COVID-19, seperti pneumonia? Adakah saya dilindungi di bawah Kempen ini, jika saya dijangkiti COVID-19 secara berulang dan dimasukkan ke hospital akibat daripada jangkitan berulang?
    Ya, selagi pembayaran balik adalah Perlu Dari Segi Perubatan dan Caj Berpatutuan dan Mengikut Kelaziman atas rawatan yang diterima oleh anda apabila anda dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 sepanjang Tempoh Perlindungan Kempen ini.

  3. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan di bawah Kempen ini untuk perbelanjaan dikenakan sebelum dan/atau selepas kemasukan hospital?
    Ya, jika Pelan Perubatan anda adalah Pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini dan Pelan Perubatan menyediakan perlindungan perbelanjaan sebelum dan selepas kemasukan hospital, serta perbelanjaan di hospital.

  4. Adakah tuntutan di bawah Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 akan mengurangkan had tahunan dan had seumur hidup di bawah Pelan Perubatan saya?
    Ya, sebarang pembayaran balik yang disediakan di bawah Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 akan mengurangkan sebarang had tahunan dan had seumur hidup yang tertakluk kepada Pelan Perubatan anda.

    Maklumat Tuntutan – Item Yang Tidak Layak

  5. Saya kini dilindungi di bawah pelan perubatan yang tidak mempunyai klausa pengecualian pandemik#. Saya juga sedar pelan perubatan saya bukanlah salah satu Pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini. Adakah saya masih layak untuk Kempen ini?
    Tidak, anda tidak layak untuk Kempen ini. Namun, anda boleh menyerahkan tuntutan di bawah pelan perubatan anda, yang sememangnya melindungi kemasukan berkaitan COVID-19.

    #Merujuk kepada: PRUMajor Med 1 sehingga PRUMajor Med 5, PRUSenior Med, PRUGuard My Medical, PRUParent dikeluarkan oleh PAMB; Major Medical Cover dan Major Medical Cover 2 dikeluarkan oleh PruBSN.

  6. Saya kini dilindungi di bawah pelan perubatan yang tidak tersenarai di bawah Pelan-pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini. Adakah saya masih layak untuk Kempen ini?
    Tidak, anda tidak layak untuk Kempen ini.

  7. Saya telah dimasukkan ke hospital atas keadaan-keadaan yang lain (tidak berkaitan COVID-19) dan seterusnya disahkan positif COVID-19, adakah HAS (kemudahan tanpa tunai) tersedia untuk keseluruhan kemasukan hospital?
    Walau keadaan lain adalah dilindungi berdasarkan kemudahan tanpa tunai, semua Caj Berpatutan dan Mengikut Kelaziman berkaitan rawatan yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk jangkitan COVID-19 hanya akan dilindungi berdasarkan pembayaran balik.

  8. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan pembayaran balik di bawah Kempen ini, jika saya merupakan pesakit COVID-19 Kategori 1 atau 2 tetapi saya diminta untuk dimasukkan ke hospital di hospital swasta atas cadangan doktor?
    Secara umum, pesakit COVID-19 yang tidak mempunyai simptom (Kategori 1 – tidak simptomatik) atau siapa yang tidak memerlukan rawatan aktif iaitu di bawah kuarantin sahaja (Kategori 1 – tidak simptomatik atau Kategori 2 – simptomatik, tiada pneumonia), sebarang perkhidmatan yang diterima semasa kemasukan hospital termasuk kuarantin di Pusat kuarantin, Kuarantin di Hospital atau Kuarantin di rumah tidak dianggap perlu dari segi perubatan. Oleh itu, perbelanjaan rawatan yang dikenakan tidak akan dibayar balik di bawah Kempen ini, kecuali terdapat bukti kemasukan hospital dan rawatan yang diterima adalah perlu dari segi perubatan dan memerlukan rawatan aktif untuk pesakit semasa kemasukan hospital.

  9. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan di bawah Kempen ini, jika saya dikuarantin di hospital atau di pusat kuarantin atau hospital sementara untuk jangkitan COVID-19?
    Tidak, tuntutan untuk kuarantin adalah tidak dibayar di bawah Kempen ini.

  10. Saya dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 sebelum 6 Ogos 2021. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan untuk kemasukan hospital di bawah Kempen ini?
    Tidak, Kempen ini bermula dari 6 Ogos 2021 dan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 yang berlaku pada atau selepas 6 Ogos 2021.

    Sebarang kemasukan hospital berkaitan COVID-19 sebelum 6 Ogos 2021 boleh dipertimbangkan di bawah Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 dan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 (tertakluk kepada kelayakan), selagi tuntutan diserahkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diagnosis.

  11. Jika kemasukan hospital berlaku sebelum 6 Ogos 2021, adakah saya layak di bawah Kempen ini untuk tuntutan sebelum dan selepas kemasukan hospital?
    Tidak, Kempen ini bermula dari 6 Ogos 2021 dan ia adalah untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 yang berlaku pada atau selepas 6 Ogos 2021.

    Maklumat Tuntutan – Proses Penyerahan

  12. Bagaimana cara tuntuntan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19?
    Anda boleh mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti yang tertera di bawah dan hantarkan ke cawangan terdekat kami atau anda boleh serahkan kepada ejen anda untuk diserahkan melalui PRUServePlus (“PSP”) atau melaui e-mel.

     

    Prudential Assurance Malaysia Berhad

    Prudential BSN Takaful Berhad

    E-mel

    customer.mys@prudential.com.my

    customer@prubsn.com.my

    Anda juga boleh menyerahkan dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse by Prudential, apabila fungsinya sudah tersedia.

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    i. Borang tuntutan
    ii. Invois hospital & resit pembayaran asal
    iii. Salinan asal bil-bil terperinci
    iv. Rumusan discaj
    v. Semua laporan pengimejan dan makmal seperti x-rays dan keputusan ujian darah
    vi. Pengesahan penerimaan yang ditandatangani untuk Kempen ini
    vii.Sebarang dokumen sokongan.


    Sila maklum bahawa senarai dokumen di atas boleh disemak semula apabila ia diperlukan untuk penilaian tuntutan.

    Anda juga boleh menyerahkan dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse by Prudential, apabila fungsinya sudah tersedia Borang tuntutan

  13. Keadaan saya beralih daripada pesakit COVID-19 Kategori 2 kepada pesakit COVID-19 Kategori 4. Apakah yang saya boleh tuntut di bawah Kempen ini?
    Anda boleh menyerahkan tuntutan pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan yang dikenakan untuk rawatan COVID-19 apabila anda dimasukkan ke hospital. 

    Kami akan menilai tuntutan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini, serta Soalan-soalan Lazim. Sila rujuk Soalan-soalan Lazim di atas, yang menerangkan mengenai rawatan yang Perlu Dari Segi Perubatan dan kemasukan hospital yang Perlu Dari Segi Perubatan yang dilindungi di bawah Kempen ini.

  14. Adakah terdapat tempoh menunggu yang dikenakan untuk membuat tuntutan di bawah kempen ini?
    Ya. Pelanggan-pelanggan Prudential Malaysia yang layak untuk Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19, hanya boleh menikmati perlindungan di bawah Kempen ini setelah tamat tempoh menunggu 30 hari yang telah ditetapkan dalam pelan perubatan.

  15. Saya dilindungi di bawah 2 Pelan Perubatan yang layak di bawah Kempen ini, satu dikeluarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan satu lagi dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad. Adakah saya layak untuk 2 kali pembayaran balik di bawah Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19?
    Tidak. Anda boleh menyerahkan tuntutan sama ada kepada Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.

  16. Mengapakah saya tidak dapat menjumpai Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 di bawah PRUShoppe dalam aplikasi Pulse by Prudential?
    Kami masih mengemaskini maklumat Kempen COVID-19 Bantuan Penghospitalan & Perlindungan Pasca Vaksinasi di bawah PRUShoppe di dalam aplikaso Pulse by Prudential. Walaupun ada masih boleh mendaftar untuk Kempen Penghospitalan COVID-19, sila ambil maklum bahawa Bantuan Penghospitalan COVID-19 dan Bantuan Naik Taraf Pelan COVID-19 telah berakhir dan digantikan oleh Kempen ini.

    Selepas kerja penyelenggaraan selesai, anda boleh membuat pendaftaran.

  17. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk penjelasan lanjut?

     

    Prudential Assurance Malaysia Berhad

    Prudential BSN Takaful Berhad

    Pusat Khidmat Pelanggan

    603-2771 0228

    603-2775 7188

    E-mel

    customer.mys@prudential.com.my

    customer@prubsn.com.my

 

Borang Pengesahan Penerimaan