
Manfaat Pembedahan Harian
Apa itu Pembedahan Harian
Pembedahan harian membolehkan anda menjalani pembedahan dan pulang ke rumah pada hari yang sama. Prosedur ini biasanya mudah dan senang untuk pulih.
Atur janji temu untuk Pembedahan Harian
Senarai Prosedur pembedahan harian yang dicadangkan
Endoskopi
-
Bronkoskopi Diagnostik ± Biopsi
-
Gastroskopi ± Biopsi
-
Manometri dan Ujian PH
-
Kolonoskopi ± Biopsi/ Proktoskopi, Sigmoidoskopi
-
Ultrasound endoskopik ± biopsi
Pembedahan Am
-
Eksisi Ketulan Payudara
-
Eksisi Biopsi Ketulan (semua jenis)
-
Hemoroidektomi
-
Pembuangan Ganglion/Fibroma
-
Biopsi jarum / aspirasi / FNAC
Urologi
-
Diagnostik Sistoskopi ± Biopsi
-
Litotripsi Ektrakorporeal
-
Pembuangan DJ Sten
-
ureteroskopi(URS) ± biopsi
-
suntikan ke dalam pundi kencing
Ginekologi
-
Dilatasi dan Pengkuretan/Histeroskopi
-
Kolposkopi ± Biopsi
-
Biopsi Kon, Biopsi Tebuk
-
Marsupialisasi/ pengasingan kelenjar Bartholin
-
Diatermi/Kauterisasi/Eksisi lesi/poli serviks/faraj/vulva
Ortopedik
-
Pembebasan Carpal Tunnel (Sebelah/Dua belah)
-
Pelepasan Trigger fingger
-
Eksisi Kontraktur Dupuytren
-
Eksisi Ganglion/Neuroma/Tumour Tulang Giant Cell
-
Pembedahan Bunion
-
Jahitan atau Pembedahan Lain Untuk Tendon Dan Tendon Sheath
-
Tenotomi
-
Suntikan Ke Dalam Sendi
-
Pembuangan Kuku Kaki (sebahagian atau lengkap)
-
Suntikan Trigger finger
Telinga, Hidung & Tekak
-
Miringotomi dan Penyisipan Gromet
-
Esofagoskopi/Laringoskopi/mikrolaringoskopi± biopsy
-
Eksisi Polip Hidung
-
Pembuangan Benda Asing
-
Polipektomi (telinga)
-
Kauteri
Oftalmologi
-
Eksisi Kalazion dan/atau Lesi Jinak Kelopak Mata
-
Vitrektomi
-
Yag iridotomi
-
Ektraksi Katarak dengan/tanpa implan
-
Prosedur Pembetulan Juling (bukan kongenital)
-
Prosedur Pembetulan Blepharoptosis (bukan kosmetik atau kongenital)
-
Probing Salur Air Mata
-
Prosedure Pembetulan entropion
-
Suntikan mata
-
Pembedahan glaukoma
-
Fotokoagulasi retina
Dermatogi
-
Eksisi atau Biopsi Kista Sebasea / Lesi Kulit / Ketuat
Pembedahan Mulut
-
Eksisi atau Biopsi Lesi Di Mulut
Vaskular
-
Arterial Venous Fistula (AVF)
-
Terapi Laser Endoveneous
-
Stripping Vena Varikos
-
Suntikan ke dalam urat varikos
Lain-lain
-
Pemasangan Chemoport / Garisan Hickman (Onkologi)
-
Pembuangan kemoport(onkologi)
-
Brakiterapi/Radioterapi (Onkologi)
-
Kemoterapi
-
Aspirasi dan Biopsi Sumsum Tulang
-
Implan terapi hormon atau bukan hormon (bawah kulit/intramuskular)
Nota:
-
Sila ambil perhatian bahawa prosedur yang disenaraikan adalah cadangan daripada PruBSN sahaja. Keputusan dan keperluan untuk sebarang prosedur Pembedahan Harian adalah atas budi bicara Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan yang merawat.
-
Senarai ini tidak menyeluruh dan tertakluk kepada semakan atas budi bicara Prudential BSN Takaful dari semasa ke semasa.
-
Perlindungan adalah tertakluk kepada kelayakan manfaat pemegang sijil, yang berdasarkan manfaat, perlindungan, dan pengecualian sijil pelanggan.
Soalan Lazim Prosedur Pembedahan Harian
1. Apa itu Pembedahan Harian?
Pembedahan Harian merujuk kepada prosedur perubatan yang membolehkan pesakit menjalani pembedahan dan pulang ke rumah pada hari yang sama tanpa perlu bermalam di hospital. Prosedur ini biasanya kurang invasif, membolehkan pemulihan yang lebih cepat.
2. Apakah jenis pembedahan yang layak sebagai Pembedahan Harian?
Prosedur Pembedahan Harian yang biasa termasuk pembuangan katarak, pembedahan kecil ortopedik (seperti pelepasan “carpal tunnel”), beberapa jenis biopsi, dan kolonoskopi. Prosedur-prosedur ini biasanya memerlukan masa pemulihan yang minima. Untuk senarai penuh Pembedahan Harian, sila rujuk senarai prosedur pembedahan harian diatas.
3. Adakah Pembedahan Harian dilindungi oleh pelan perlindungan takaful?
Ya, pelan takaful perubatan melindungi prosedur Pembedahan Harian. Walau bagaimanapun, tahap perlindungan boleh berbeza bergantung kepada sijil dan produk tertentu. Adalah penting untuk menyemak sijil takaful anda untuk memahami apa yang dilindungi.
4. Adakah manfaat Pra & Pasca Kemasukan Hospital termasuk dalam perlindungan pembedahan harian?
Ya, ia termasuk sebagai sebahagian daripada manfaat perlindungan mengikut terma dan syarat sijil anda.
5. Adakah manfaat pembedahan harian meliputi prosedur yang dilakukan di klinik Pengamal Am/Pakar di luar hospital?
Kemudahan penjagaan harian berbeza daripada bilik prosedur di klinik. Walau bagaimanapun, prosedur tertentu boleh dipertimbangkan untuk manfaat penjagaan harian apabila dilakukan di klinik jika:
-
Local nerve block, Local anesthesia atau General anesthesia terlibat, dan
-
Lesi besar sehingga mengganggu keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja serta perlu potong atas sebab perubatan.
6. Apakah contoh prosedur pesakit luar yang tidak dilindungi di bawah manfaat pembedahan harian?
Berikut adalah beberapa prosedur pesakit luar yang tidak dilindungi oleh manfaat pembedahan harian:
-
Pembersihan telinga luar menggunakan penyedut atau penyiraman.
-
Penjagaan luka – pembalutan luka yang mudah.
-
Ujian Pap smear.
-
Pembersihan dan jahitan luka kecil kurang daripada 2cm
7. Apakah manfaat memilih Pembedahan Harian berbanding rawatan dalam wad?
Pembedahan Harian biasanya mempunyai masa pemulihan yang lebih cepat dan kos yang lebih rendah berbanding rawatan pesakit dalam. Pesakit mengelakkan bermalam di hospital, caj hospital yang lebih rendah dan pengurangan risiko jangkitan hospital. Pilihan ini juga membolehkan pesakit kembali kepada aktiviti normal dengan lebih cepat.
8. Berapa lama masa pemulihan selepas Pembedahan Harian?
Masa pemulihan berbeza bergantung kepada prosedur. Ramai pesakit Pembedahan Harian boleh meneruskan aktiviti normal dalam beberapa hari, walaupun ini mungkin berbeza berdasarkan pembedahan yang dilakukan.
9. Adakah saya perlu bermalam di hospital selepas Pembedahan Harian?
Tidak. Salah satu manfaat utama Pembedahan Harian adalah anda tidak perlu bermalam di hospital. Pesakit biasanya akan dibenarkan pulang dalam beberapa jam selepas pembedahan, setelah mereka pulih sepenuhnya daripada ubat pelali (anesthesia).
10. Adakah saya perlu tinggal lebih daripada 6 jam di wad Penjagaan Harian untuk membuat tuntutan?
Tidak, dengan kemajuan dalam teknologi perubatan dan rawatan yang berkesan juga efisien yang sedia ada. Tidak perlu tinggal lebih daripada 6 jam di wad Penjagaan Harian untuk tuntutan anda dilindungi.
11. Adakah Pembedahan Harian selamat?
Ya, Pembedahan Harian umumnya selamat. Prosedur ini adalah kurang invasif, dan hospital mengikuti protokol ketat untuk memastikan keselamatan pesakit. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pembedahan, adalah penting untuk berunding dengan doktor anda untuk menilai kesesuaian anda untuk Pembedahan Harian.