Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Vaksinasi COVID-19 PruBSN
Kempen dan Pengumuman

Perlindungan Kesan Sampingan Vaksinasi COVID-19

Program Imunisasi COVID-19 Nasional adalah penting untuk mencapai imuniti kelompok dan untuk mengurangkan kadar penyebaran penyakit. Kami memahami terdapat sebahagian pelanggan kami ingin melindungi diri namun bimbang akan terdapat sebarang komplikasi atau kesan sampingan.

Demi mementingkan kesejahteraan anda, sukacita ingin kami maklumkan bahawa pelan perubatan kami akan memberikan perlindungan kemasukan hospital disebabkan oleh komplikasi atau kesan sampingan yang dialami setelah menerima vaksinasi COVID-19 yang telah diluluskan oleh kerajaan. Ini adalah penambahan kepada pelbagai kempen dan inisiatif berkaitan COVID-19 yang telah ditawarkan dan diperkenalkan oleh kami.

  • Perlindungan adalah tertakluk kepada had manfaat, dan terma dan syarat yang terpakai dalam pelan perlindungan sedia ada.

  • Perlindungan bermula serta-merta (tertakluk kepada sebarang tempoh menunggu di bawah pelan perlindungan sedia ada) dan akan dilanjutkan sehingga World Health Organisation atau kerajaan Malaysia mengisytiharkan bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai satu pandemic.

  • Semua pelanggan dan bakal pelanggan pelan perubatan kami adalah layak untuk dilindungi sehingga pengisytiharan di atas telah dibuat.

1. Adakah kemasukan hospital atau kematian disebabkan komplikasi atau kesan sampingan disebabkan vaksinasi COVID-19 dilindungi?
Untuk kemasukan hospital disebabkan komplikasi atau kesan sampingan disebabkan vaksinasi COVID-19.

Kami melindungi semua pelanggan yang mempunyai pelan perubatan dengan kami untuk kos perubatan yang dikenakan untuk rawatan semasa kemasukan hospital yang diterima untuk merawat komplikasi dan kesan sampingan selepas menerima vaksinasi COVID-19 yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia dan diberikan oleh pihak yang telah dilantik. Tuntutan tersebut adalah tertakluk kepada had manfaat dan terma & syarat yang dinyatakan dalam polisi atau sijil. Perlindungan ini akan dilanjutkan sehingga World Health Organisation atau kerajaan Malaysia mengisytiharkan bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai satu pandemic.

Untuk kematian setelah menerima vaksinasi COVID-19
Kematian disebabkan vaksinasi COVID-19 adalah dilindungi di bawah Manfaat Kematian di bawah polisi/sijil. Sila rujuk polisi/sijil untuk sebarang pengecualian, terma dan syarat yang tertakluk untuk Manfaat Kematian.  

2. Adakah vaksinasi COVID-19 dilindungi di bawah pelan perubatan?
Tidak, kos untuk vaksinasi (termasuk vaksinasi COVID-19) adalah tidak dilindungi di bawah pelan perubatan kerana pelan perubatan hanya melindungi caj berpatutan dan mengikut kelaziman yang dikenakan untuk rawatan terhadap Keperluan Perubatan untuk sebarang kekurangan upaya.

3.  Saya baru sahaja melanggan pelan perubatan baharu. Adakan sebarang tempoh menunggu untuk perlindungan kesan sampingan vaksinasi COVID-19?
Tempoh menunggu selama 30 hari akalah berkuatkuasa untuk komplikasi setelah menerima vaksinasi COVID-19.

4. Adakah PAMB/PruBSN akan mengeluarkan surat jaminan untuk tuntuan perubatan (Guarantee Letter) jika saya dimasukkan ke hospital panel untuk sebarang komplikasi atau kesan sampingan disebabkan vaksinasi COVID-19?
Vaksinasi berkaitan COVID-19 akan dilindungi secara bayaran balik. Pelanggan boleh membayar caj kemasukan hospital dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik.

5. Bolehkah saya membuat tuntutan untuk Manfaat Pendapatan Kemasukan Hospital jika saya dimasukkan ke hospital untuk komplikasi atau kesan sampingan disebabkan vaksinasi COVID-19?
Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Pendapatan Kemasukan Hospital, jika anda memiliki manfaat pendapatan kemasukan hospital yang layak. Tuntutan anda akan dinilai berdasarkan terma dan syarat di bawah manfaat pendapatan kemasukan hospital.

6. Jika vaksinasi tersebut diterima di luar negara, adakah PAMB/PruBSN akan melindungi sebarang rawatan di hospital di luar Malaysia untuk komplikasi atau  kesan sampingan disebabkan vaksinasi COVID-19?
Ya, dengan syarat vaksinasi COVID-19 yang diterima adalah yang tersenarai dalam senarai vaksin yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia, kami akan memproses dan menguruskan tuntutan