???key.cookie.filename1???

Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Penyakit Kritikal FB Live
Kempen dan Pengumuman

Sedar Sebelum Kena, Lakukan Saringan Awal Sebelum Terlambat

FB Live Episod 3

Tahukah anda bahawa satu daripada empat rakyat Malaysia berhadapan dengan risiko kematian yang tinggi akibat penyakit kritikal? Jika anda mengalami penyakit yang kritikal, dengan sekelip mata, keupayaan anda untuk berdikari dan menyara tanggungan boleh terjejas begitu sahaja.

Kesedaran masyarakat untuk melakukan pemeriksaan penyakit kritikal masih berada pada tahap yang rendah. Kanser payudara misalnya adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya mereka yang berusia antara 45 hingga 64 tahun. Justeru, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia pada bulan ini, marilah kita bersama-sama bertindak lebih proaktif dalam membendung penyakit kritikal ini dengan melakukan saringan awal.

Pengesanan awal bererti peluang yang terbaik untuk rawatan efektif. Siapakah golongan yang mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit kritikal? Apakah jenis rawatan kanser? Apakah langkah untuk mencegah risiko kanser?

Ketahui jawapan anda di episod ketiga sesi LIVE PruBSN bertajuk ‘Sedar Sebelum Kena, Lakukan Saringan Awal Sebelum Terlambat’ yang dibawakan khas kepada anda bersempena dengan ulang tahun ke-15 PruBSN! Daftar secara percuma di sini dan ikuti sesi Zoom eksklusif pada 24 Oktober 2021, jam 9 malam bersama hos Lin yang akan menemu bual

  1. Dr. Azura Deniel, Onkologi Klinikal, KPJ Healthcare Berhad

  2. Dr. Hajar Marlina, Ketua Bahagian Pengurusan Perubatan, PruBSN

  3. Badariah Ahmad, Ketua Ejen, PruBSN

Jumpa anda di sana!