Atasi cabaran pandemik dengan perlindungan pelan perubatan kami yang dipertingkatkan
Semasa dunia masih menghitung waktu untuk beralih dari fasa pemulihan, kelangsungan hidup sahaja tidak lagi mencukupi – kami juga mahu anda bertahan melalui sebarang pandemik yang bakal melanda.
Untuk memastikan keselamatan anda dan orang tersayang pada masa hadapan, Perlindungan Pandemik Menyeluruh bertindak untuk mengukuhkan perlindungan perubatan anda, supaya anda akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran, dan hidup dengan keyakinan . Nikmati proses tuntutan yang mudah dan lancar, serta dapatkan perlindungan penting apabila anda memerlukannya.
- Mulai 22 Januari 2022, anda akan dilindungi dengan Perlindungan Pandemik Menyeluruh secara automatik apabila anda menyertai mana-mana pelan perubatan kami.
- Bagi pelanggan pelan perubatan* kami yang sedia ada, anda boleh menyertai untuk menyemak semula klausa pengecualian dalam pelan perubatan semasa anda untuk menikmati Perlindungan Pandemik Menyeluruh melalui Kempen Penyertaan Perlindungan Pandemik (skrol ke bawah untuk dapatkan maklumat lanjut).
*Pelan perubatan yang layak di bawah Kempen ini merujuk kepada mana-mana pelan berikut: HealthProtector, Medic Protector, Medic Booster, Takaful Health, Takaful Health2, Annual Limit Waiver, TH Annual Limit Waiver, TH Auto Upgrade, TH Retirement, TH Overseas, HealthEnrich, HealthEnrich+ dan Medic Essential.
Atasi sebarang pandemik dengan pelan-pelan komprehensif kami.
Kempen Penyertaan Perlindungan Pandemik
Untuk Pelanggan
Sedia Ada PruBSN
Berita baik! Pelanggan PruBSN yang kini dilindungi dengan salah satu pelan perubatan* kami boleh memilih untuk menyemak semula klausa pengecualian "sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang" dalam sijil anda dan mula menikmati Perlindungan Pandemik Menyeluruh tanpa sebarang kos tambahan# melalui Kempen Penyertaan Perlindungan Pandemik (“Kempen”).
Sertai untuk Perlindungan Pandemik Menyeluruh semasa tempoh Kempen dari 16 Februari 2022 hingga 30 November 2022, dan nikmati:
-
Perlindungan perubatan yang amat diperlukan semasa pandemik kini atau mana-mana pandemik pada masa akan datang.
-
Perlindungan Pandemik sebagai ciri kekal dalam pelan perubatan anda dan bukan lagi sebahagian daripada pengecualian sijil. Tiada pengunderaitan diperlukan.
-
Pengalaman tuntutan lancar dimana Surat Pra-kebenaran (PAL) untuk semua hospital panel dengan kemudahan tanpa tunai akan diberikan.
-
Tiada perubahan pada sumbangan semasa atau Penolakan Tabarru` anda#.
*Pelan perubatan yang layak di bawah Kempen ini merujuk kepada mana-mana pelan berikut: HealthProtector, Medic Protector, Medic Booster, Takaful Health, Takaful Health2, Annual Limit Waiver, TH Annual Limit Waiver, TH Auto Upgrade, TH Retirement, TH Overseas, HealthEnrich, HealthEnrich+ dan Medic Essential.
#Nota: Semasa kami menyemak pelan perubatan kami, semakan sumbangan dan penolakan Tabarru` yang akan datang akan mengambil kira perlindungan pandemik.
Bagaimana untuk menyertai Kempen ini?

Langkah 1:

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 4:
Cara alternatif untuk menyerahkan slip balasan anda:
-
Serahkan secara fizikal di mana-mana cawangan PruBSN
-
Melalui PRUServe Plus (DropBox)
-
Serahkan slip balasan melalui e-mel di customer@prubsn.com.my.
Hubungi Ejen Takaful PruBSN atau Wakil Bank anda jika anda memerlukan sebarang bantuan.
Ketahui lebih lanjut
Nota Penting
Untuk menyertai, pelanggan mesti membalas dalam tempoh kempen dari 16 Februari hingga 30 November 2022.
Soalan Lazim
-
Apakah “penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang”?
Penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang merujuk kepada penyakit berjangkit yang diisytiharkan sebagai kuarantin yang diperlukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti COVID-19 yang disebut di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2020. -
Apakah kesan kepada sumbangan dan penolakan Tabarru` saya jika saya menerima semakan untuk menyingkirkan klausa pengecualian “penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang”?
Tiada perubahan segera pada kadar sumbangan semasa anda dan amaun penolakan Tabarru` apabila anda menerima semakan terhadap klausa pengecualian.
Walau bagaimanapun, semasa kami terus menyemak secara kerap sumbangan dan penolakan Tabarru` terhadap kos penjagaan kesihatan untuk memastikan anda sentiasa dilindungi dengan secukupnya, sumbangan masa depan dan semakan penolakan Tabarru` akan mengambil kira Perlindungan Tambahan (iaitu perlindungan untuk “sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang”). Ini adalah untuk memastikan layanan yang adil kepada semua pemegang sijil pelan perubatan. Kami akan memberitahu anda berdasarkan tempoh notis di bawah sebelum semakan akan datang bagi penolakan Tabarru` dan sumbangan, jika ada, di bawah pelan perubatan ini.Pelan Perubatan
(termasuk manfaat pilihan di bawah Pelan Perubatan)
Tempoh Notis
Takaful Health
90 hari
Annual Limit Waiver
90 hari
Takaful Health 2
90 hari
TH Annual Limit Waiver
90 hari
TH Overseas
90 hari
TH Auto Upgrade
90 hari
TH Retirement
90 hari
Medic Essential
90 hari
HealthEnrich
30 hari
HealthEnrich+
30 hari
Medic Protector
30 hari
Medic Booster
30 hari
HealthProtector
30 hari
Nota: Untuk mengelakkan keraguan, semakan ini ialah semakan semula harga yang lazimnya dijalankan secara tetap untuk semua pelan perubatan yang selaras dengan terma kontrak dan jenis perlindungan.
-
Apakah perbezaan antara sumbangan dan penolakan Tabarru`?
Sumbangan adalah amaun yang anda bayar untuk manfaat asas dan tambahan (jika ada) di bawah sijil anda. Bagi sijil takaful yang berkaitan pelaburan, sumbangan yang anda bayar digunakan untuk membeli unit-unit di dana berkaitan pelaburan di mana bakinya digunakan untuk membayar potongan Wakalah pendahuluan bagi komisen Perunding Takaful anda dan perbelanjaan pengagihan yang berkaitan.Penolakan Tabarru` adalah pengaturan di mana sebahagian daripada sumbangan anda yang diperuntukkan dalam dana berkaitan pelaburan akan dipotong dan dikumpulkan ke dalam dana Tabarru` bagi tujuan pertolongan sama mengikut manfaat yang dipersetujui mengikut pelan tersebut. Secara amnya, amaun penolakan Tabarru` akan meningkat apabila anda semakin berusia.
-
Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menjawab sebelum tarikh tamat yang dinyatakan dalam surat tersebut? Adakah saya boleh membuat semakan pada masa hadapan?
Semakan kepada klausa pengecualian dalam pelan perubatan anda adalah tawaran tempoh terhad kepada anda. Jika anda tidak menjawab kepada kami sebelum tarikh tamat, terma kepada pelan perubatan anda akan kekal dan terus mengecualikan perlindungan untuk "penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang". Sebarang permohonan selepas tarikh tamat tidak akan diterima -
Bolehkah saya menarik balik keputusan saya untuk menyingkirkan pengecualian tersebut pada masa akan datang selepas saya memberi maklum balas dengan perjanjian untuk penyingkirannya?
Tidak, sebaik sahaja semakan dalam pengecualian diterima oleh anda, pengecualian akan disingkirkan secara kekal daripada pelan perubatan anda. Adalah penting bahawa keputusan yang dimaklumkan dan disahkan dibuat dalam masa yang diperuntukkan kerana tidak practikal bagi kami untuk memenuhi sebarang perubahan seterusnya sebaik sahaja pilihan itu dilaksanakan. -
Apakah pelan perubatan yang terpakai untuk semakan kepada klausa pengecualian?
Semakan klausa pengecualian ini ditawarkan kepada pemegang sijil sedia ada dengan pelan perubatan seperti di bawah:-
HealthProtector
-
Medic Protector
-
Medic Booster
-
Takaful Health
-
Annual Limit Waiver
-
Takaful Health2
-
TH Annual Limit Waiver
-
TH Overseas
-
TH Auto Upgrade
-
TH Retirement
-
HealthEnrich
-
HealthEnrich+
-
Medic Essential
-
