Program Jana
Ekonomi (Projek) Prihatin
PruBSN Prihatin and Yayasan MyPrihatin telah melancarkan program ini pada tahun 2018 yang bertujuan untuk memperkasakan pencari nafkah dari masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga dengan menyediakan platform pembelajaran keusahawanan.
Melalui pelaksanaan Projek Prihatin, peserta bukan hanya mendapat manfaat daripada latihan teknikal, tetapi juga mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan, pemasaran produk (konvensional dan dalam talian) serta pengurusan kewangan.