Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
5 Cara Mencegah Penyakit Berjangkit di Malaysia

5 Cara Mencegah Penyakit Berjangkit di Malaysia

Apabila cuaca panas di luar (yang berlaku kebanyakan masa sepanjang tahun), rakyat Malaysia sering mendengar tentang peningkatan kes denggi. Selain itu, kita juga kerap menyaksikan operasi pengabutan nyamuk (fogging) serta pengumuman awam oleh Kementerian Kesiatan mengenai perkara yang perlu dilakukan dan yang dilarang bagi melindungi diri daripada denggi.

Kita semua cuba untuk berwaspada, dengan harapan aktiviti pengabutan akan melindungi keselamatan kita. Namun, denggi cuma salah satu daripada pelbagai penyakit lain yang terus melanda rakyat Malaysia.

Walaupun wabak coronavirus baru-baru ini telah memaksa kita untuk mengubah rancangan perjalanan serta memantau kebersihan dan keselamatan diri kita dengan lebih dekat, jangan lupa terdapat banyak lagi penyakit berjangkit yang berleluasa di Malaysia.

Apakah penyakit berjangkit yang lazim di Malaysia?

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan 47 penyakit berjangkit di Malaysia.

Senarai 5 penyakit berjangkit teratas di Malaysia adalah:

1. Deman denggi
2. Tuberkulosis (TB atau batuk kering)
3. Penyakit tangan, kaki dan mulut
4. Keracunan makanan
5. Hepatitis viral

Penyakit berjangkit lain di Malaysia adalah termasuk:

  • Demam campak

  • Leptospirosis

  • Malaria

  • Kolera

  • Ensefalitis Jepun

  • Tifoid (demam kepialu)

Sesetengah kes yang berleluasa di Malaysia melibatkan penyakit yang berpunca dari makanan dan melalui air seperti cirit-birit, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi, dan penyakit sentuhan air seperti leptospirosis.

Sebenarnya, sebilangan penyakit yang disebutkan semakin sering menjangkiti rakyat Malaysia kebelakangan ini, manakala sesetengah lagi telah muncul semula dalam komuniti setelah berjaya dikawal selama bertahun-tahun.

Demam denggi, penyakit berjangkit nombor satu dalam negara, telah mencegah bilangan kes tertinggi dengan 119,190 kes dan 162 kematian pada 2019.

Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan, terdapat antara 20,000 ke 25,000 kes Tuberkulosis (TB) baharu yang direkodkan setiap tahun di Malaysia dengan purata kematian sebanyak enam kes setiap hari.

Pada tahun 2014, kes leptospirosis mencecah kemuncaknya dengan 7,806 kes and 92 kematian. Letospirosis adalah penyakit bakteria yang menjangkiti manusia apabila bersentuhan dengan air kencing binatang yang dijangkiti. Selalunya, kencing tikus boleh mendatangkan risiko merbahaya dalam badan air semula jadi dan juga premis yang tidak bersih. Daripada 2,268 kes pada 2011 ke 8,291 kes pada 2015, leptospirosis terus menjadi isu yang membimbangkan.

Kebanyakan penyakit berjangkit ini mempunyai simptom yang menyerupai keracunan makan dan demam selesema, dan seringkali diambil ringan dan dirawat dengan cuai oleh rakyat Malaysia yang menyebabkan komplikasi serta kematian.

Kesan penyakit berjangkit lebih daripada sekadar kesihatan

Penyakit berjangkit boleh memberi impak kepada kesihatan dan secara langsung, kewangan anda.

Sebagai contoh, kes leptospirosis yang teruk memerlukan kemasukan hospital yang boleh berlarutan dari beberapa minggu hingga ke beberapa bulan, dan alat bantuan pernafasan bergantung kepada tahap keterukannya.

Demam denggi pula selalunya memerlukan rawatan di hospital, pemulihan yang perlahan dan memakan masa sekitar dua minggu, manakala rawatan penyakit TB memerlukan jangka masa sekurang-kurangnya enam bulan.

Dalam situasi yang kian mencabar ini, persoalan yang perlu ditanyakan pada diri sendiri ialah: Apa yang akan berlaku terhadap kerja, persekolahan dan kehidupan sosial kita? Bagaimana pula dengan rancangan perjalanan kita? Dan yang paling utama, bagaimana kita menghadapi tekanan kewangan?

Berehat daripada kerja

Berehat selama enam bulan tentunya memberi kesan teradap wang simpanan anda. Bagi kebanyakan syarikat di Malaysia, bayaram maksimum bagi cuti medical ialah 14 hari dan kemasukan ke hospital lazaimnya 60 hari sahaja. Dalam erti kata lain, anda perlu mengambil cuti tanpa gaji. Tanpa pendapatan tetap, ini akan menggangu perbelanjaan anda sehari-hari dan komitmen kewangan anda seperti membayar punhaman kereta dan rumah.

Menangguhkan atau membatalkan rancangan perjalanan

Jatuh sakit secara tiba-tiba boleh menyebabkan anda perlu membatalkan atau menangguhkan rancangan perjalanan anda. Jika anda sudah membuat tempahan, anda mungkin akan kehilangan deposit atau lebih teruk lagi, bayaran penuh. Ini tidak termasuk kos visa dan pembelian lain yang telah anda buat untuk perjalanan anda.

Tekanan kewangan

Mencari rawatan alternative dan membuat perjalanan untuk mendapatkan rawatan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malangnya, segala perbelanjaan ini tidak ditanggung oleh pihak insurans. Maknanya, anda perlu membelanjakan lebih banyak duit untuk kos-kos tersembunyi ini. Kehilangan pendapatan dan dana yang semakin berkurangan tentunya akan mempengaruhhi proses pemulihan anda.

5 langkah mudah untuk mencegah penyakit berjangkit

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ketahui beberapa langkah mudah yang efektif untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.

  • Pelihara kebersihan diri pada setiap masa. Dari mencuci tangan anda, menyediakan makanan dan menjaga binatang peliharaan, hinggalah menutup mulut apabila batuk, menjaga luka dan tidak berkongsi perkakas, langkah kecil ini akan membawa perbezaan yang besar.

  • Ikut jadual vaksinasi anda. Jika anda seorang ibu atau bapa, pastikan anak anda menerima kesemua vaksinasi yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Jika anda sedang melancong, pastikan anda melakukan pemeriksaan yang sewajarnya dan dapatkan vaksinasi.

  • Amalkan seks selamat pada setiap masa. Gunakan kondom dan lakukan ujian penyakit kelamin secara berkala adalah cara paling mudah untuk melindungi diri anda dan pasangan.

  • Pastikan persekitaran anda bersih dan bebas dari potensi risiko. Gunakan penghalau serangga, buang tin kosong serta botol yang merupakan tempat pembiakan nyamuk.

  • Manfaatkan teknologi bagi melindungi diri anda. Dari pemeriksaan kesihatan, rundingan dengan doktor dan mengenal pasti wabak beberapa bulan lebih awal, aplikasi kesihatan tersedia untuk panduan anda ke arah penjagaan kesihatan yang mudah dan berpatutan.