Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close

 

SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera

 

PruBSN Memperkenalkan PruBSN Damai
Perlindungan Perubatan yang Fleksibel dengan Perlindungan Kanser yang Menyeluruh, Rawatan Perubatan Moden serta Penjagaan Kesihatan Mental

 

Kuala Lumpur, 24 Mei 2023 – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful keluarga nombor 1 di Malaysia* memperkenalkan PruBSN Damai iaitu sebuah pakej perlindungan takaful perubatan baharu yang komprehensif khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah bergantung kepada keadaan dan cabaran semasa. 

Produk PruBSN Damai melalui rider Medic TotalCare menawarkan keperluan perlindungan yang istimewa seperti rawatan kesihatan mental untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang pertama seumpamanya, had seumur hidup tambahan untuk rawatan perubatan berteknologi tinggi (termasuk pembedahan robotik dan radiosurgeri pisau gamma), perlindungan rawatan kanser yang meluas untuk pesakit luar termasuk rawatan susulan kanser dan elaun rawatan harian apabila menjalani kemoterapi atau radioterapi. Pelan ini direka dengan had tahunan yang tinggi sehingga RM400,000 tanpa had seumur hidup. 

Selain daripada itu, pelanggan mempunyai pilihan untuk meningkatkan had perlindungan perubatan tahunan mereka dengan tambahan sebanyak RM1,000,000. Melalui pilihan ini, had manfaat untuk rawatan kanser pesakit luar dan dialisis buah pinggang, rawatan perubatan berteknologi tinggi serta faedah tambahan lain akan digandakan bagi memenuhi kos rawatan yang semakin meningkat. Paling menarik, pelanggan juga akan menerima Ganjaran Kesihatan sebanyak RM500** untuk barangan penjagaan kesihatan pencegahan atau “preventive care items” yang ditanggung sekiranya pelanggan kekal tanpa tuntutan selama setahun. 

Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN menekankan bahawa persediaan dari segi kewangan adalah sangat penting bagi menghadapai perkara yang tidak dapat dijangka. Oleh itu,PruBSN Damai adalah penyelesaian ideal buat individu yang mencari perlindungan takaful yang komprehensif bagi nyawa dan perubatan untuk menangani segala kemungkinan yang akan berlaku.

Tambah Wan Saifulrizal, “Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dan hampir setengah juta rakyat Malaysia telah pun mengalami gejala kemurungan sebelum pandemik COVID-19 bermula. Kami amat prihatin dan sedar akan kepentingan kesihatan mental serta kesannya terhadap kesihatan fizikal seseorang. Rentetan daripada angka yang membimbangkan ini, manfaat rawatan penjagaan kesihatan mental telah disertakan dalam rider MedicTotalCare di bawah PruBSN Damai. Ini adalah antara inisiatif kami bagi mengurangkan kembimbangan para pelanggan sekali gus meyakinkan mereka bahawa PruBSN akan sentiasa berada di sisi mereka dalam menghadapi waktu yang sukar.” 

“Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Masalah kesihatan fizikal pada kebiasaannya akan membawa kepada masalah kesihatan mental dan begitu juga sebaliknya. Kesakitan yang kronik umpamanya, boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan. Penyakit kronik, seperti diabetes atau penyakit jantung juga boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan mental seseorang seterusnya boleh membawa kepada tekanan perasaan akibat kebimbangan yang mungkin dihadapi untuk menguruskan keadaan diri sendiri. Rider Medic TotalCare di bawah PruBSN Damai direka khas agar penjagaan kesihatan fizikal dan mental dapat dilindungi dalam masa yang sama. Ini bagi memastikan pelanggan mendapat akses kepada penjagaan yang optimum agar tahap kesihatan yang baik dapat dikekalkan. Kami percaya bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal dan kedua-duanya harus diberi perhatian dan diberi keutamaan. Dengan mengutamakan kesihatan mental, individu boleh menjalani kehidupan yang lebih bahagia, sihat seterusnya menikmati kehidupanyang lebih baik,” kata Wan Saifulrizal. 

Pada masa yang sama, PruBSN percaya bahawa pelindungan takaful adalah untuk semua. Justeru, kami menyediakan saluran bagi para pelangan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Mereka boleh memilih untuk mendapatkan Ihsan Rider yang disertakan dengan pelan PruBSN Damai atau mana-mana pelan sedia ada dengan bayaran serendah RM5 sebulan. Wang ini akan disalurkan kepada Microtakaful Jariyah PruBSN iaitu satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat PruBSN yang menyediakan perlindungan takaful hayat secara percuma selama 1 tahun bernilai RM10,000 bagi ketua isi rumah di bawah garis kemiskinan B40 tanpa sebarang kosSehingga kini, PruBSN telah mengeluarkan lebih 100,000 sijil sejak penubuhan program ini pada tahun 2018 dan telah membayar hampir RM3 juta tuntutan kepada para keluarga selepas kematian ketua keluarga. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelan PruBSN Damai, sila hubungi ejen Prudential atau layari laman sesawang kami di 
https://www.prubsn.com.my/en/protection/prubsn-damai/ atau YouTube PruBSN di PruBSN Official.

Hidup Damai dengan Perlindungan Perubatan Komprehensif dan Moden. 

*Berdasarkan data yang diperoleh daripada Insurance Services Malaysia Berhad (ISM) - Annual Contribution Equivalent (ACE) dari Januari hingga Disember 2021
**Tertakluk kepada terma dan syarat