Lindungi
Kunjungi mana-mana cawangan Prudential BSN untuk mendaftar.
Maklumat Produk
Tempoh Perlindungan
Umur Kelayakan – 19 hingga 60 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang)
Jumlah Perlindungan Minimum – RM20,000
Tempoh Perlindungan – Pembaharuan tahunan sehingga umur tamat tempoh 70 tahun pada tarikh lahir akan datang
Manfaat
Manfaat Kematian
Sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia, 100% daripada Jumlah Perlindungan akan dibayar dari Dana Tabarru ` .
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya Orang yang Dilindungi mengalami TPD, 100% daripada Jumlah Perlindungan akan dibayar dari Dana Tabarru ` .
Nota: Bayaran bagi manfaat ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan di bawah Manfaat Kematian.
Bagaimana untuk Mendaftar dalam Pelan ini?
Anda boleh melawat mana-mana cawangan PruBSN untuk mendaftar produk ini atau e-mel borang permohonan yang lengkap kepada nb.direct.channel.support@prubsn.com.my.
Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?
Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini (www.prubsn.com.my), boleh didapati di mana-mana cawangan PruBSN, atau boleh didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tuntutan diproseskan?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?
Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?
Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.
Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?
Penama mestilah seorang individu. Penamaan kepada sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan. Sekiranya penama anda adalah di bawah umur 18 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu atau bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar; iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang / dokumen sokongan yang relevan.
Bagaimanakah untuk membuat penamaan?
Anda boleh memutuskan siapa yang akan dinamakan sebagai penama untuk menerima manfaat-manfaat di bawah sijil dengan melengkapkan borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan tersebut melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN untuk anda dari semasa ke semasa:
a. kunjungi mana-mana cawangan PruBSN; atau
b. emel ke customer@prubsn.com.my.
Borang penamaan akan disediakan untuk anda:
a. di cawangan PruBSN; atau
b. di laman web korporat PruBSN di www.prubsn.com.my.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
Anda boleh membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, sumbangan yang telah dibayar tidak akan dipulangkan. Walaupun begitu, PruBSN akan terus memberikan perlindungan kepada anda sehingga ulangtahun sijil selepas notifikasi anda diterima.
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti jika pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, sumbangan yang dibayar untuk pelan ini layak untuk mendapati pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Keluarga Nyawa.
Nota Penting
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai Lindungi, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Dokumen Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.