PruBSN Lindung
Daripada serendah RM10.40/tahun*, jamin masa depan orang tersayang dengan perlindungan takaful patuh Syariah bertempoh jika anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan i-Lindung menggunakan dana KWSP anda. Daftar melalui i-Akaun KWSP tanpa perlu pemeriksaan kesihatan!
*Tertakluk terma & syarat.
Untuk perempuan berumur di antara 19 dan 35 (umur pada hari lahir akan datang), dengan jumlah dilindungi RM10,000.
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Lindung
Pelan perlindungan penting untuk keselamatan kewangan anda dan orang tersayang. Ini memastikan mereka mempunyai perlindungan jika anda (ahli yang dilindungi) menghadapi kejadian malang yang mengakibatkan kematian anda, atau meninggalkan anda hilang upaya penuh dan menyeluruh.
Inisiatif i-Lindung KWSP telah menjadikan perlindungan daripada ketidaktentuan kewangan lebih mudah dikecapi, kerana ia benarkan ahli-ahli menggunakan simpanan mereka untuk mendaftar dalam pelan takaful patuh Syariah seperti PruBSN Lindung pada kadar yang berpatutan melalui i-Akaun KWSP mereka.
Ini adalah peluang untuk anda memperoleh perlindungan pendapatan yang diperlukan oleh keluarga anda, tanpa mengekangkan kewangan anda.
Manfaat produk utama
Maklumat produk
Tempoh Perlindungan dan Sumbangan
Umur Kelayakan
19 hingga 60 tahun (umur pada hari lahir yang akan datang)
Tempoh Sumbangan
Bayaran sekali sahaja
Tempoh Perlindungan
Satu tahun
Jumlah Dilindungi Minimum
RM10,000
Manfaat
Manfaat Kematian
Sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia, 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`.
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya Ahli yang Dilindungi mengalami TPD, 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`.
Nota: Bayaran bagi manfaat ini akan mengurangkan jumlah dilindungi di bawah Manfaat Kematian.
Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?
Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Kematian atau Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD):
- Penuntut boleh mendaftar tuntutan dengan menulis e-mel, atau melawat mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN bersama dengan dokumen sokongan.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Kematian:
Penuntut dikehendaki untuk mengemukakan dokumen yang berikut:
-
Borang Tuntutan Kematian - ditandatangani oleh penuntut (orang yang membuat tuntutan)
-
Sijil Perawat Perubatan - ditandatangani oleh doktor terakhir yang merawat Ahli yang Dilindungi
-
Salinan Sijil Kematian yang disahkan - hendaklah disahkan oleh kakitangan cawangan PruBSN atau Eksekutif/Pengurus Pembangunan Perniagaan
-
Salinan Kad Pengenalan Penuntut (jika tiada penama)
-
Salinan Kad Pengenalan Ahli yang Dilindungi
-
Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Surat Beranak, Anak-anak Yang Menuntut, Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang menuntut (jika tiada penama)
-
Borang e-Kredit yang telah diisi oleh penama/penuntut
-
Laporan sokongan ujian/Makmal lain: Biopsi, MRI, imbasan dan laporan siasatan (jika berkenaan)
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini, didapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN, didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).
Berapakah tempoh untuk tuntutan diproses?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 13 hari bekerja.
Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?
Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?
- Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
- Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.
Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?
- Penama mestilah seorang individu. Penamaan kepada sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan.
- Sekiranya penama anda adalah di bawah umur 18 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu atau bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar; iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang / dokumen sokongan yang relevan.
Bagaimanakah untuk membuat penamaan?
-
Anda boleh memutuskan siapa yang akan dinamakan penama kepada sijil ini untuk menerima manfaat-manfaat di bawah sijil dengan melengkapi borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN untuk anda dari semasa ke semasa:
a. lawat mana-mana Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b. emel ke customer@prubsn.com.my. -
Borang penamaan akan disediakan untuk anda:
a. di Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b. di laman web korporat PruBSN https://www.prubsn.com.my/.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
- Sila hubungi, tulis atau melawat mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN.
- Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, PruBSN akan mengembalikan potongan Tabarru` yang belum digunakan, jika ada. Sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim yang disediakan untuk maklumat lanjut.
- Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Ini bermakna anda tidak akan lagi dilindungi di bawah pelan ini. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Pelepasan Cukai
100% daripada caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Keluarga Nyawa, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Nota Penting
- Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN Lindung, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.
Dapatkan pelan perlindungan takaful KWSP i-Lindung baharu hari ini! Lindungi diri anda dan keluarga dengan PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili.