Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
A patient with a nurse
Rider

Group Accidental Medical Reimbursement

Memberikan manfaat untuk perbelanjaan perubatan yang dibuat (rawatan, caj hospital dan yuran kejururawatan) bagi kecederaan fizikal akibat kemalangan.

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

Ciri-ciri Perlindungan

Rider ini membayar balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung untuk rawatan, caj hospital dan yuran kejururawatan jika pekerja anda mengalami kecederaan badan akibat kemalangan.

Nota: Rider ini boleh dilampirkan jika Manfaat Group Accidental Death and Disablement atau Manfaat Group Partial and Permanent Disability dipilih.

Umur Kelayakan

16 hingga 65 tahun

Umur Tamat Tempoh

Pembaharuan tahunan sehingga 69 tahun

Nota penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda, ejen servis atau hubungi pasukan Corporate Group Business kami di +603 2778 2155 atau prubsn.cgbd@prubsn.com.my.

  • Umur yang dinyatakan di atas merujuk kepada Umur pada hari jadi akan datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.