Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
A group of employee chatting
Rider

Group Employee Takaful Income

Memberikan manfaat tahunan untuk menjaga pekerja anda apabila didiagnosis hilang upaya kekal.

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

Ciri-ciri Perlindungan

Manfaat ini akan dibayar sekiranya pekerja anda hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD). Manfaat ini dibayar setiap tahun selama 10 tahun atau sehingga kematian pekerja, yang mana lebih awal.

Umur Kelayakan

16 hingga 65 tahun

Umur Tamat Tempoh

Pembaharuan tahunan sehingga 69 tahun

Nota penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda, ejen servis atau hubungi pasukan Corporate Group Business kami di +603 2778 2155 atau prubsn.cgbd@prubsn.com.my.

  • Umur yang dinyatakan di atas merujuk kepada Umur pada hari jadi akan datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.