MELABUR UNTUK KELESTARIAN
Pelaburan kami untuk dunia yang
lebih baik
lebih baik
Takafulink Dana ESG Global PruBSN adalah antara dana Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) patuh Syariah pertama di negara ini yang dilancarkan oleh pengendali Takaful.
MELABUR SECARA MAMPAN UNTUK MASA DEPAN YANG LESTARI
Apabila kitar semula tidak mencukupi…
8 daripada 10 rakyat Malaysia prihatin terhadap perubahan iklim dan kesannya terhadap masyarakat dan negara. PruBSN mengiktiraf kepentingan ESG dan peluang untuk menjana pulangan.
Yang pertama seumpamanya dalam senarai pilihan dana Takafulink PruBSN, Takafulink Dana ESG Global mematuhi Syariah dan memberi fokus kepada impak sosial, ekonomi dan alam sekitar - kini dan untuk jangka masa panjang. Ia mewakili satu peristiwa penting dalam komitmen PruBSN untuk memacu perubahan global dengan mengukuhkan kesejahteraan komuniti, mempromosikan persekitaran yang mampan dan untuk pertumbuhan ekonomi.
Takafulink Dana ESG Global disalurkan ke dalam Nomura Global Shariah Sustainable Equity Fund yang diuruskan oleh Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. Ia menawarkan kepada pelabur pendekatan baharu dari segi pelaburan bertanggungjawab yang menyokong pergerakan ESG dan meninggalkan kesan yang berkekalan di seluruh dunia.
BAGAIMANA CARA
UNTUK MELABUR
DALAM TAKAFULINK
DANA ESG GLOBAL?
Manfaatkan peluang untuk melabur dalam Takafulink Dana ESG Global, satu pilihan mampan yang tersedia kepada pelanggan PruBSN menerusi pelbagai pelan Takaful, termasuk:
-
PruBSN WarisanPlus
-
PruBSN Setia
-
PruBSN Impian
-
PruBSN AnugerahPlus
-
PruBSN Aspirasi
-
PruBSN Anggun
Daftar minat anda hari ini dan ejen takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu dengan lebih lanjut.