Takaful untuk Kehidupan:
Fasa Kehidupan Berkeluarga

Salah satu fasa kehidupan yang paling bermakna adalah apabila anda membina unit keluarga anda sendiri.
Ibu bapa anda menghabiskan seluruh hidup mereka membesarkan anda, dan sekarang giliran anda pula untuk memimpin tangan anak anda serta membimbing mereka semasa mereka beralih dari fasa kanak-kanak ke fasa remaja dan kemudian, ke fasa dewasa awal.
Lazimnya seperti yang dinasihati oleh ibu bapa berpengalaman, menjadi ibu bapa bukan sekadar mengandungkan anak dan melahirkannya ke dunia ini. Menjadi ibu bapa adalah tanggungjawab besar ke atas keluarga anda kerana anda sekarang berperanan untuk memastikan anak-anak anda mendapat makanan, tempat tinggal, kasih sayang, pendidikan, bimbingan moral dan sokongan yang mencukupi. Selain memikul tanggungjawab membentuk diri anak-anak, anda juga bertanggungjawab ke atas kewangan mereka sehingga mereka menjana pendapatan mereka sendiri. Daripada makanan hingga pakaian, bil perubatan dan yuran pengajian tinggi, tidak dapat dinafikan, kos mempunyai anak adalah tinggi.
Kos membesarkan anak
Kos sebenar melahirkan dan membesarkan seorang anak adalah berbeza berdasarkan negara, negeri dan tahap kehidupan anda sendiri. Untuk memberi anda anggaran bajet yang diperlukan, kami sedikan satu senarai perkara asas yang perlu anda pertimbangkan:
-
Penjagaan kehamilan dan kos bersalin
-
Keperluan harian asas, termasuk makanan, pakaian dan perabot
-
Penjagaan kanak-kanak, termasuklah pra-sekolah
-
Pendidikan rendah dan menengah
-
Pendidikan tinggi
-
Kos perubatan
Apabila kos bagi kesemua perkara di atas dijumlahkan, kebanyakan ibu bapa mendapati bahawa mereka mengalami kesempitan kewangan sebelum anak mereka dilahirkan, khususnya jika mereka mempunyai sebarang komplikasi kehamilan. Meskipun pilihan terbaik adalah untuk mengukuhkan kewangan anda seawal mungkin, tetapi bukan semua orang mempunyai masa untuk menunggu hingga mereka mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit dalam akaun bank mereka sebelum memulakan keluarga.
Berita baik untuk anda, terdapat beberapa cara yang berpatutan untuk membantu anda bersiap sedia dari segi kewangan untuk membiayai kos membesarkan anak melalui perlindungan takaful.
Memulakan keluarga dengan PruBSN Impian
Setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka, jadi mari kita bermula dengan memberikan mereka perlindungan takaful terbaik. Tersedia untuk semua ibu mengandung dan anak dalam kandungan mereka seawall 14 minggu kehamilan, PruBSN Impian boleh menyediakan sokongan perubatan dan kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran.
Untuk anak-anak anda, rider Secure Infant dan Vital Care Plus melindungi mereka sepanjang kehamilan dan sewaktu penjagaan kanak-kanak, serta memberi anda bayaran sekaligus jika mereka menghidapi penyakit kanak-kanak yang khusus. Dengan sumbangan bulanan minimum sebanyak RM50, PruBSN Impian menyediakan bayaran manfaat sekaligus kematian atau hilang upaya kekal, tanggungan kemasukan hospital dan perlindungan untuk 43 penyakit kritikal. Oleh itu, semua manfaat di atas menjadikan pelan ini sebagai pelan takaful pemulaan yang sesuai untuk anak-anak anda yang sedang membesar. Ibu-ibu juga, akan mendapat perlindungan jika berlaku komplikasi kehamilan tertentu.
Di samping itu, dengan Takaful Saver Impian, nilai sumbangan takaful yang terkumpul boleh diberikan kepada anak anda apabila mereka mencapai usia 19 tahun sebagai hadiah untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran mereka atau mencapai apa-apa jua impian yang mereka ada.
Dengan pilihan tempoh penamatan sehingga 100 tahun, perlindungan dan manfaat yang anak anda nikmati dengan PruBSN Impian adalah untuk seumur hidup. Selain perlindungan berkaitan kehamilan, perlindungan dan manfaat yang diperolehi daripada sijil ini akan terus dinikmati sepanjang kehidupan anak-anak anda, dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Rider lain juga boleh ditambahkan untuk mengubah suai keperluan perlindungan anda.
Membesarkan anak sememangnya memberikan tekanan, akan tetapi, anda boleh ambil langkah untuk bersedia dari segi kewangan dan perubatan untuk diri anda sendiri, pasangan anda dan anak-anak anda dengan PruBSN Impian.
Untuk melindungi diri atau mengemas kini pelan takaful semasa anda, hubungi Ejen Takaful anda atau berhubunglah dengan kami hari ini!