Mengenai Kami
Kami berkhidmat untuk anda
Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, PruBSN hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka.
Berlandaskan konsep ta`awun (kerjasama dan pertolongan bersama), PruBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat dan perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.
Kini, PruBSN memiliki lebih 16,000 Ejen Takaful yang berkhidmat memenuhi keperluan kesihatan dan perlindungan untuk lebih 2,000,000 rakyat Malaysia. Berpandukan proposisi ‘Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan’, kami berusaha untuk membina impak yang kuat dan berkekalan bagi membantu membangunkan Malaysia melalui perlindungan kekayaan dan pelaburan dalam pasaran modal, di samping menunaikan visi kami menjadi pengendali takaful pilihan pertama masyarakat dan komuniti.
Pembangunan yang pesat adalah hasil daripada pendekatan mesra pelanggan, strategi saluran pengedaran yang pelbagai, penyelesaian inovatif serta kepimpinan teknologi.
Visi dan misi kami
Nilai teras kami
Pelanggan Adalah Kompas Kami |
|
Kami Meneruskan Semangat Keusahawanan |
|
Kami Meraih Kejayaan Bersama |
|
Kami Menghormati dan Mengambil Berat Antara Satu Sama Lain |
|
Kami Melaksanakan Komitmen |
|