Pemakluman Berkenaan Aplikasi Mudah Alih Yang Tidak Sah
Pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa sebuah aplikasi mudah alih yang didakwa mempunyai kaitan dengan PruBSN melalui PruBSN Touch telah dikenalpasti baru-baru ini dan boleh dimuat turun di Google Playstore. Harap maklum bahawa aplikasi ini tidak dibangunkan oleh kami dan ianya tidak sah. Kami menasihati anda untuk tidak menggunakan aplikasi ini dan mengesyorkan agar anda mengakses akaun anda secara eksklusif melalui portal kami secara selamat di https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch/login/ (PruBSN Touch).
Keselamatan anda adalah keutamaan kami, dan kami sedang menangani perkara ini dengan aktif bersama pihak berkuasa yang berkaitan untuk terus melindungi anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-27757188. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.