Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close

Penyata Sumbangan Takaful Keluarga & Penyata Tahunan 2021

Kini tersedia di PRUServices di Pulse!

Kami berbesar hati memaklumkan bahawa Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan 2021 bagi pelanggan kami kini telah tersedia bagi rujukan dan muat turun melalui PRUServices di aplikasi Pulse by Prudential.

Klik sini untuk muat turun Pulse dan ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengakses penyata anda.

Anda juga boleh mengakses penyata anda melalui PruBSN Touch.

Nota: Peserta PruBSN boleh melihat maksimum 7 tahun penyata (Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan) mereka bermula 28 Februari 2022 di PRUServices

Pengguna baru Pulse?

Langkah 1
Muat turun aplikasi Pulse by Prudential di Google Play Store atau Apple App Store
Untuk pengalaman yang terbaik, sila pastikan peranti anda adalah:
i. Android versi 8.1 dan ke atas; atau
ii. iOS 12 dan ke atas: atau
iii. Peranti HUAWEI yang mempunyai aplikasi Google Play dengan versi Android 8.1 dan ke atas
Langkah 2
Lengkapkan pendaftaran anda dengan mana cara-cara tersedia seperti hubungkan ke Google atau Facebook, atau teruskan dengan Emel atau No Telefon
Jika anda memilih untuk mendaftar menggunakan emel atau telefon bimbit, lengkapkan akaun anda dengan memasukkan info anda. Bagi kaedah yang lain, anda perlu memberikan kebenaran untuk mengakses akaun Google/ Facebook/ Apple anda.
Langkah 3
Selepas pendaftaran/log masuk berjaya, klik pada jubin atau ikon “PRUServices” (juga dikenali sebagai Pelan Saya) di laman utama.
Klik “Teruskan’ selepas membaca Privasi Polisi dan Terma dan Syarat.
Langkah 4
Klik pada “Pautkan Polisi/Sijil”.
Masukkan No KP atau mana-mana nombor sijil PruBSN anda dan klik “Teruskan”
Langkah 5
Sijil PruBSN anda akan ditunjuk selepas anda memasukkan OTP yang dihantarf ke nombor telefon mudah alih yang anda daftar bersama sijil anda.
Langkah 6
Klik pada “Dokumen” untuk melihat dan muat turun Penyata Tahunan
seperti Penyata Sumbangan Takaful Keluarga, Penyata Tahunan

Pengguna sedia ada Pulse?

arrow
Langkah 1
Sila ke PRUServices (juga dikenali sebagai Pelan Saya)
Klik pada Jubin atau ikon “PRUServices” di laman utama.
arrow
Langkah 2
Masukkan No KP atau mana-mana nombor sijil PruBSN anda dan klik “Teruskan”. Sila teruskan ke Langkah 3 jika anda sidah pautkan sijil anda
Klik pada “Pautkan Polisi/Sijil” dan masukkan No KP atau mana-mana nombor sijil PruBSN anda. Masukkan OTP yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda.
arrow
Langkah 3
Butiran sijil anda.
Klik pada sijil yang anda ingin lihat.
arrow
Langkah 4
Muat turun penyata anda melalui tab “Dokumen”
Klik pada “Dokumen” untuk melihat dan muat turun Penyata Tahunan seperti Penyata Sumbangan Takaful Keluarga, Penyata Tahunan.