Penyata Sumbangan Takaful Keluarga & Penyata Tahunan 2021
Kini tersedia di PRUServices di Pulse!
Kami berbesar hati memaklumkan bahawa Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan 2021 bagi pelanggan kami kini telah tersedia bagi rujukan dan muat turun melalui PRUServices di aplikasi Pulse by Prudential.
Klik sini untuk muat turun Pulse dan ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengakses penyata anda.
Anda juga boleh mengakses penyata anda melalui PruBSN Touch.
Nota: Peserta PruBSN boleh melihat maksimum 7 tahun penyata (Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan) mereka bermula 28 Februari 2022 di PRUServices
Pengguna baru Pulse?
Langkah 1
Untuk pengalaman yang terbaik, sila pastikan peranti anda adalah:
i. Android versi 8.1 dan ke atas; atau
ii. iOS 12 dan ke atas: atau
iii. Peranti HUAWEI yang mempunyai aplikasi Google Play dengan versi Android 8.1 dan ke atas
Langkah 2
Jika anda memilih untuk mendaftar menggunakan emel atau telefon bimbit, lengkapkan akaun anda dengan memasukkan info anda. Bagi kaedah yang lain, anda perlu memberikan kebenaran untuk mengakses akaun Google/ Facebook/ Apple anda.
Langkah 3
Klik “Teruskan’ selepas membaca Privasi Polisi dan Terma dan Syarat.
Langkah 4
Masukkan No KP atau mana-mana nombor sijil PruBSN anda dan klik “Teruskan”
Langkah 5
Langkah 6
seperti Penyata Sumbangan Takaful Keluarga, Penyata Tahunan
Pengguna sedia ada Pulse?
Langkah 1
Klik pada Jubin atau ikon “PRUServices” di laman utama.
Langkah 2
Klik pada “Pautkan Polisi/Sijil” dan masukkan No KP atau mana-mana nombor sijil PruBSN anda. Masukkan OTP yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda.
Langkah 3
Klik pada sijil yang anda ingin lihat.
Langkah 4
Klik pada “Dokumen” untuk melihat dan muat turun Penyata Tahunan seperti Penyata Sumbangan Takaful Keluarga, Penyata Tahunan.