Notis Penyata Sumbangan Takaful Keluarga
Perbezaan Amaun yang Diperuntukkan untuk Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) bagi Sijil Berkaitan Pelaburan pada 2020
Anda mungkin telah melihat beberapa perbezaan dalam amaun yang diperuntukkan dalam kategori Takaful Keluarga (Hayat), Perubatan atau Pendidikan di dalam Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) 2020 anda berbanding penyata tahun-tahun sebelumnya. Izinkan kami menerangkan perbezaan tersebut untuk pemahaman yang lebih baik.
Untuk makluman anda, perbezaan amaun yang tertera dalam penyata terbaru adalah disebabkan oleh perubahan dalam pengurusan portfolio bagi produk berkaitan pelaburan kami baru-baru ini, dari struktur Contribution Paying Rider (CPR) [Rider dengan Pembayaran Sumbangan] ke struktur Unit Deducting Rider (UDR) [Rider dengan Pemotongan Unit Pelaburan].
Struktur pelan berkaitan pelaburan yang baru diperkenalkan ini adalah pendekatan yang mana sijil adalah diuruskan secara holistik dan bukannya secara pecahan sumbangan mengikut faedah individu di dalam struktur CPR. Struktur UDR ini membolehkan fleksibiliti yang lebih baik dalam menguruskan kemampuan dan kelestarian sijil anda.
Yakinlah bahawa perubahan ini tidak akan memberi kesan retrospektif atau masa hadapan terhadap perlindungan, manfaat atau jumlah sumbangan anda.
Dengan menggunakan struktur baru ini, peruntukan untuk sumbangan setiap Rider di bawah kategori cukai yang disebutkan di atas (iaitu Takaful Keluarga (Hayat), Perubatan atau Pendidikan) akan berkadaran dengan pemotongan tabarru’ untuk setiap Rider di bawah sijil tersebut. Jumlah sumbangan yang layak untuk pelepasan cukai, menggunakan struktur CPR atau UDR, adalah sama dan tidak berubah. Harap maklum bahawa nisbah peruntukan mungkin berubah untuk setiap tahun ke hadapan kerana jumlah potongan tabarru` mungkin berbeza apabila usia orang yang dilindungi semakin meningkat.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Ejen anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian +603 2775 7188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.
Soalan Lazim
Mengapakah amaun yang ditunjukkan di dalam Penyata Sumbangan Takaful Keluarga 2020 saya berlainan dengan amaun yang ditunjukkan dalam Penyata Sumbangan Takaful Keluarga 2019?
Amaun yang ditunjukkan adalah berbeza disebabkan oleh perubahan yang dilakukan oleh PruBSN baru-baru ini dalam menguruskan portfolio produk berkaitan pelaburan daripada konsep Contribution Paying Rider (CPR) [Rider dengan Pembayaran Sumbangan] kepada Unit Deducting Rider (UDR) [Rider dengan Pemotongan Unit Pelaburan].
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep CPR dan UDR?
Konsep CPR adalah kaedah yang mengaitkan kadar sumbangan ke atas setiap rider berdasarkan faktor risiko yang berkaitan. Jumlah sumbangan yang perlu dibayar di bawah sijil diperoleh dengan menambahkan semua sumbangan untuk rider dan caj-caj yang berkaitan di bawah sijil tersebut. Manakala, konsep UDR adalah kaedah yang mengira jumlah sumbangan yang perlu dibayar di bawah sijil berdasarkan jumlah penolakan tabarru` yang diperlukan bagi sijil tersebut.
Adakah manfaat-manfaat dan kadar sumbangan saya akan berubah dengan perubahan ini?
Tidak, perubahan ini tidak mengubah manfaat dan jumlah sumbangan untuk sijil anda.
Oleh kerana tiada lagi sumbangan rider individu, bagaimanakah caranya untuk saya memperuntukkan sumbangan yang dibayar kepada kategori cukai LHDN ke dalam Penyata Sumbangan Takaful Keluarga 2020?
Jumlah sumbangan yang layak untuk pelepasan cukai, menggunakan konsep CPR atau UDR, akan kekal sama. Pembahagian sumbangan setiap rider di bawah kategori cukai akan berkadaran dengan penolakan tabarru` bagi setiap rider di bawah sijil tersebut.
Subjek |
Pendekatan CPR |
Pendekatan UDR |
Amaun sumbangan keseluruhan yang layak untuk pengurangan cukai |
Tiada perubahan |
Tiada perubahan |
Amaun yang diperuntukkan kepada setiap kategori cukai LHDN |
Memperuntukkan sumbangan rider terus kepada kategori cukai LHDN masing-masing. |
Pembahagian sumbangan setiap rider di bawah kategori cukai adalah berkadaran dengan penolakan tabarru`. |
Sila ambil maklum bahawa nisbah tersebut mungkin berubah bagi setiap tahun ke hadapan, kerana jumlah penolakan tabarru` mungkin berbeza apabila usia orang yang dilindungi bertambah.
Apakah produk-produk yang terkesan?
-
PruBSN SmartLink
-
PruBSN FirstLink
-
PruBSN TakafulLink
-
PruBSN UmmahLink
-
Takafulink Plan
-
Takafulink Cerdik Plan
-
PruBSN Warisan
-
PruBSN Impian Plan
-
Giro Takaful Impian
-
Giro Takaful Warisan
-
PruBSN Educate
-
Giro Takaful Premier
-
Smart Edu-i
-
FirstHorizon-i
-
LifeLink-i
-
Premier Legacy
-
Takaful Azam
-
Takaful Aman