Langkah-Langkah Interim BNM bagi Takaful Perubatan
Kami amat komited dalam menyokong langkah-langkah interim BNM bagi takaful perubatan. Sila ambil maklum bahawa ini hanya terpakai untuk pemegang sijil yang terlibat dengan semakan semula perubatan yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024 dan seterusnya.
Apakah Langkah-Langkah Interim tersebut?
-
Pelarasan secara berperingkat:
Bagi pemegang sijil yang terlibat, pelarasan sumbangan akan dilakukan secara berperingkat selama sekurang-kurangnya tiga tahun. Ini bermakna sekurang-kurangnya 80% pemegang sijil akan melihat pelarasan sumbangan tahunan kurang daripada 10% setiap tahun.
-
Sokongan Warga Emas:
Akan ada penangguhan selama satu tahun pada pelarasan sumbangan disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, yang dilindungi di bawah pelan minimum.
-
Penguatkuasaan Semula Sijil:
Pelanggan yang telah menyerahkan atau sijil mereka luput dari Januari 2024 hingga Februari 2025 kerana semakan perubatan, akan layak untuk menguatkuasakan kembali sijil tanpa keperluan pengunderaitan semula.
Pilihan ini tersedia berdasarkan permintaan bermula 15 Januari hingga 30 Jun 2025.
-
Pelan Alternatif:
Untuk menyokong langkah sementara, pengendali takaful mesti menawarkan produk alternatif yang sesuai dalam tempoh satu tahun akan datang dengan mempertimbangkan kemampuan jangka panjang untuk perlindungan perubatan.
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai sumbangan dan/atau potongan Tabarru` baharu saya?
Anda akan menerima pek pemberitahuan yang dikemas kini dengan perincian sumbangan dan/atau potongan Tabarru` baharu anda bergantung pada tarikh ulang tahun sijil anda. Sila rujuk kepada jadual di bawah:
*Hanya terpakai untuk HE/HE+/HP. Bagi MP, ia akan bermula daripada Nov 2024 dan berakhir pada Okt 2025. Bagi TH/TH2/MMC/MMC2, ia akan bermula pada Dec 2024 dan berakhir pada Nov 2025. |
Di manakah saya boleh mendapatkan Tarikh Ulang Tahun Sijil saya?
Tarikh Ulang Tahun Sijil adalah tarikh setiap tahun yang menandakan ulang tahun sijil anda daripada tarikh pertama sijil berkuatkuasa.
Log masuk ke PruBSN Touch >> Pergi ke Tab Sijil >> Klik Nombor Sijil >> Baca Tarikh Kuatkuasa
Untuk bantuan lanjut, pemegang sijil boleh menghubungi talian hotline khusus kami di 03-2742 4060 (Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.30pagi hingga 5.15petang), kecuali pada Cuti Umum atau emel ke customer@prubsn.com.my
Rujukan:
Pautan kenyataan media BNM: Interim measures to assist policyholders and to promote continued access to suitable medical and health insurance/takaful products - Bank Negara Malaysia
Pautan maklumat mengenai Langkah-Langkah Interim BNM: Interim Measures to Promote Continued Access to MHIT Products - Bank Negara Malaysia
Pautan kenyataan media MTA: Insurance and Takaful Industry Introduces Interim Measures for Policyholders/Takaful Participants Impacted by Premium/Contribution Repricing
Pautan kepada Soalan Lazim MTA: FAQ-Interim-Relief-Measures-20Dec2024-FinalVersion.pdf
Soalan-soalan Lazim
1. Adakah sijil saya terjejas oleh langkah-langkah interim ini?
Langkah-langkah interim ini akan memberi kesan kepada pemegang sijil yang terkesan oleh semakan semula harga seperti berikut:
Tarikh Semakan Perubatan Berkuatkuasa |
Pelan Perubatan |
Pek pemberitahuan |
Pek pemberitahuan diterima 30-90 hari |
PruBSN |
|||
Bermula 1 Oktober 2024 dan seterusnya |
HealthEnrich+ (HE+) HealthEnrich (HE) HealthProtector (HP) |
Oktober 2024 – Mac 2025 |
April 2025 – September 2025 |
Bermula 1 November 2024 dan seterusnya |
Medic Protector (MP) |
November 2024 – Mac 2025 |
April 2025 – Oktober 2025 |
Bermula 1 Disember 2024 dan seterusnya |
Takaful Health2 (TH2) Takaful Health (TH) Major Medical Cover2 (MMC2) Major Medical Cover (MMC) |
Disember 2024 – Mac 2025 |
Jun 2025 – November 2025 |
Pelan-pelan berikut dikecualikan daripada semakan perubatan dan tidak terjejas oleh langkah-langkah interim BNM:
|
|||
|
Kami akan menghubungi pelanggan yang terjejas sebaik sahaja kami mempunyai butiran tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada sijil anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
2. Saya menerima surat pemberitahuan semakan perubatan. Apa yang perlu saya lakukan?
Kami menggalakkan anda untuk terus membayar sumbangan semasa anda untuk memastikan kelestarian pelan anda. Kami akan menghubungi pelanggan yang terjejas sebaik sahaja kami mempunyai butiran tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada sijil anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
Sila ambil perhatian bahawa ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa 1 Oktober 2024 dan seterusnya, seperti yang dinyatakan dalam Soalan 1.
3. Surat pemberitahuan semakan perubatan menyebut mengenai Kempen Pelan Perubatan Khas. Adakah ini masih terpakai?
Sebelum BNM mengumumkan langkah-langkah interim, kami telah melancarkan Kempen Pelan Perubatan Khas untuk menangguhkan permulaan kadar sumbangan serta potongan Tabarru` baru.Kempen ini terpakai untuk polisi pelan perubatan yang menjalani semakan semula perubatan mulai 1 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024. Kami telah melanjutkan kempen hingga 28 Februari 2025, bagi pelanggan yang terlibat dengan semakan semula perubatan berkuat kuasa dari 1 Oktober 2024 hingga 28 Februari 2025.
Kami menggalakkan pelanggan untuk terus membayar sumbangan semasa anda untuk memastikan kelestarian pelan anda. Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami mempunyai butiran yang lebih jelas tentang bagaimana langkah-langkah interim ini memberi kesan kepada sijil anda dan membuat pelarasan yang diperlukan.
4. Sumbangan saya telah disemak semula antara 1 Januari 2024 dan 30 September 2024. Adakah saya layak di bawah langkah interim ini?
Langkah-langkah interim BNM hanya terpakai untuk sijil yang terkesan dengan semakan semula perubatan berkuatkuasa 1 Oktober 2024 dan seterusnya. Anda boleh merujuk jadual dalam Soalan 1 untuk butiran mengenai sijil yang layak.
5. Apa yang berlaku jika saya telah membayar sumbangan baru sebelum langkah-langkah ini berkuat kuasa? Adakah saya akan mendapat bayaran balik dan bila?
Jika anda layak di bawah langkah sementara, anda akan menerima bayaran balik atas sumbangan yang telah dibayar.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan agihan kenaikan sumbangan secara berperingkat?
Agihan kenaikan atau kenaikan sumbangan secara berperingkat adalah fleksibiliti yang ditawarkan untuk melaraskan jumlah kenaikan sumbangan kepada jumlah yang lebih rendah, yang diagihkan dalam tempoh 3 atau 5 tahun (bergantung kepada pelan perubatan anda). Ini hanyalah langkah bantuan sementara untuk membantu pemegang sijil menguruskan sumbangan mereka semasa tempoh interim ini. Kami akan menghubungi pemegang sijil yang terjejas dengan maklumat lanjut.
7. Adakah manfaat saya akan terjejas oleh langkah baru ini?
Tidak, manfaat perubatan anda, termasuk had perlindungan, tidak akan berubah.
8. Bagaimanakah langkah-langkah ini akan memberi kesan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas?
Bagi pelanggan berumur 60 tahun ke atas yang dilindungi di bawah pelan minimum, perlarasan atau kenaikan sumbangan anda akan ditangguhkan selama satu tahun . Ini bermakna tidak akan ada semakan semula harga untuk pemegang sijil yang layak, sila rujuk jadual dalam Soalan 1 untuk butiran terperinci.
Penangguhan satu tahun terhadap pelarasan atau kenaikan ini tidak terpakai kepada kenaikan sumbangan yang disebabkan oleh pemegang sijil yang berpindah ke kelompok umur yang lebih tinggi.
Sila hubungi Perunding Takaful PruBSN atau Wakil-Wakil Bank anda maklumat lebih lanjut mengenai pelan anda.
9. Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sebelum ini, mengapakah sumbangan saya tetap meningkat?
Takaful bergantung pada konsep pertolongan bersama, dengan potongan Tabarru` dikumpulkan ke dalam dana untuk tuntutan pada masa hadapan. Untuk memastikan dana ini kekal mampan di sebalik peningkatan kos penjagaan kesihatan, penyesuaian terhadap potongan ini diperlukan. Semakan ini akan memberi kesan kepada semua pelan perubatan yang serupa, tanpa mengira sejarah tuntutan individu. Ini membantu memastikan dana tersebut dapat menampung tuntutan masa depan bagi semua pemegang sijil.
10. Apakah pilihan lain yang tersedia untuk saya?
Kami menawarkan beberapa pilihan fleksibel, termasuk:
Pilihan |
Butiran |
Pilihan Pembayaran Bersama (Co-Payment) |
Kurangkan jumlah sumbangan anda dengan bertukar kepada pilihan pembayaran bersama yang lain (seperti SmartSaver300 atau SmartSaver1000), sekiranya terpakai kepada pelan perubatan anda. |
Pelan Perlindungan Lebih Rendah |
Semak semula pelan bilik & penginapan (R&B) ke pelan R&B yang lebih rendah (jika berkenaan). Pastikan ia masih memenuhi keperluan perlindungan perubatan anda. |
Bertukar Pelan (jika ada) |
Pertimbangkan untuk bertukar kepada pelan perubatan terkini yang tersedia di bawah sijil yang sama untuk memenuhi keperluan perlindungan serta mampu milik. |
Menyemak Semula Manfaat Semasa |
Penilaian manfaat-manfaat sijil anda mengikut keperluan perlindungan semasa dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Ambil maklum bahawa sebarang perubahan akan memberi kesan kepada perlindungan anda |
Menukar Tempoh Perlindungan Sasaran (untuk sijil Berkaitan Pelaburan sahaja) |
Pendekkan tempoh perlindungan sasaran agar sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Ambil perhatian bahawa perubahan ini boleh menjejaskan keupayaan sijil untuk mengekalkan potongan Tabarru` sehingga umur tamat tempoh yang dipilih. |
Anda juga boleh menhubungi Perancang Kewangan/Perunding Takaful/Wakil-Wakil Bank anda untuk mendapatkan nasihat serta saranan lanjut.
11. Saya telah menyerahkan/tamatkan polisi/sijil saya kerana semakan semula harga. Bolehkah saya menguatkuasakan kembali polisi/sijil saya di bawah langkah-langkah interim ini?
Pemegang sijil yang telah menyerahkan atau sijil mereka luput pada bermula dari Januari 2024 hingga Februari 2025 kerana semakan perubatan akan layak untuk menguatkuasakan kembali sijil tanpa keperluan pengunderaitan semula.
Pilihan ini tersedia berdasarkan permintaan bermula 15 Januari hingga 30 Jun 2025.
Untuk sijil yang telah luput:
Sila isi Borang Permohonan Penguatkuasaan Semula <sini> atau menghubungi Perunding Takaful PruBSN atau kunjungi Cawangan PruBSN yang berdekatan.
Untuk sijil yang telah diserahkan:
Sila hantar permohonan secara bertulis kepada Perunding Takaful PruBSN atau kunjungi Cawangan PruBSN yang berdekatan.
Mohon anda untuk memastikan semua bayaran telah dibuat.
12. Berapakah tempoh yang diambil untuk menguatkuasakan kembali sijil?
Sila beri kami tempoh sehingga 10 hari bekerja untuk memproses permintaan penguatkuasaan semula sijil anda. Setelah diluluskan, anda akan menerima surat pemberitahuan daripada kami.
13. Berapakah jumlah yang perlu saya bayar untuk menguatkuasakan semula sijil saya?
Tiada yuran pemprosesan yang dikenakan untuk menguatkuaskan kembali sijil anda. Walaubagaimanapun, anda perlu membayar sebarang sumbangan yang tertunggak dari tarikh penyerahan/tamat tempoh sijil anda. Untuk menguatkuasakan semula, anda perlu memulangkan bayaran penuh penyerahan seperti biasa.
Setelah sijil anda dikembalikan semula, caj sumbangan baru secara berperingkat akan dikenakan. Bermula 1 Mac 2025.
Sila ambil perhatian tentang Tempoh Menunggu, seperti yang dinyatakan dalam Soalan 14.
14. Setelah saya mengembalikan semula sijil saya, adakah terdapat tempoh menunggu yang dikenakan?
Ya, terdapat tempoh menunggu selepas penguatkuasaan semula sijil untuk rider perubatan dan penyakit kritikal (CI) seperti yang dinyatakan dalam dokumen sijil anda.
15. Setelah sijil saya dikembalikan semula, adakah jumlah sumbangan saya akan kekal sama seperti sebelum ini atau akan menjadi sumbangan baru yang berperingkat?
Ya, jumlah sumbangan kekal sama. Selain itu, Kempen Pelan Perubatan Khas terpakai untuk sijil yang layak dengan ulang tahun dari 1 Oktober 2024 hingga 28 Februari 2025.
Jumlah berperingkat akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025.