Langkah-Langkah Interim BNM bagi Insurans Perubatan
Merujuk kepada kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 20 Disember 2024, kami sedang melaksanakan penilaian bagi keperluan semakan semula perubatan untuk diselaraskan dengan langkah-langkah interim seperti yang diumumkan. Kami amat komited dalam menyokong inisiatif-inisiatif BNM dan akan menghubungi semua semua pemegang polisi/sijil yang terjejas.
Kami memohon kerjasama anda untuk memberikan ruang untuk kami meneliti pelaksanaan langkah-langkah interim tersebut di bawah panduan BNM dengan mengambil kira kepentingan terbaik pelanggan.
Untuk makluman, pelaksanaan ini hanya terpakai untuk pemegang polisi/sijil yang teribat dengan semakan harga perubatan yang berkuatkuasa pada 1 Oktober dan ke atas.
Untuk bantuan lanjut, pemegang polisi/sijil boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami bermula 15 Januari 2025:
PAMB: 03- 2771 2450
PruBSN: 03-2742 4060
(Isnin hingga Jumaat, dari 8.30pagi hingga 5.15petang).
Rujukan:
Pautan Kenyataan Media BNM: Interim measures to assist policyholders and to promote continued access to suitable medical and health insurance/takaful products - Bank Negara Malaysia
Pautan Soalan-Soalan Lazim BNM: Interim Measures to Promote Continued Access to MHIT Products - Bank Negara Malaysia