Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
teleperubatan
Kempen dan Pengumuman

Teleperubatan

Pelan perubatan anda kini melindungi konsultasi fizikal dan dalam talian bersama pakar perubatan bagi pra dan pasca kemasukan hospital*.

Berita baik untuk pelanggan Perubatan Prudential! Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa perlindungan perubatan kami kini turut menyediakan Teleperubatan melalui pembayaran balik di bawah Manfaat Pra dan Pasca Kemasukan Hospital.

Teleperubatan adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan maya yang disediakan oleh kebanyakan hospital dan klinik swasta di platform dalam talian yang selamat di mana para pelanggan boleh membuat janji temu susulan, konsultasi & preskripsi ubat-ubatan.

Bagi memastikan para pelanggan kami mendapat penjagaan perubatan yang berkualiti, PruBSN akan menyediakan perlindungan bagi Teleperubatan yang diperlukan dari segi perubatan dengan caj munasabah dan yang lazimnya ditanggung, dan apabila konsisten dengan kehilangan upaya orang yang dilindungi yang dimasukkan ke hospital mengikut terma & syarat yang tertera di dalam sijil. Pelanggan boleh menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan (resit asli, borang tuntutan yang lengkap dsb.) bagi pembayaran balik ke cawangan kami yang berdekatan ataupun terus kepada ejen bagi penghantaran ejen melalui PRUServe Plus ("PSP").

*Tertakluk terma & syarat