Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Prudential’s purpose

Peluang Kerjaya Kami

Matlamat kami adalah untuk membantu masyarakat memanfaatkan kehidupan mereka sepenuhnya. Kami memastikan penjagaan kesihatan berpatutan dan mudah diakses, melindungi kekayaan dan mengembangkan aset, dan memperkasakan masyarakat untuk menabung demi mencapai matlamat hidup mereka.

Kami percaya bahawa potensi diri kita terserlah apabila kita menonjolkan diri - dan sekiranya kita terus berusaha, menerima kegagalan, dan belajar dengan cukup bersungguh-sungguh, yang cemerlang akan menjadi terbilang.

Kami ingin menarik dan mengekalkan bakat-bakat yang terinspirasi oleh matlamat ini, yang berkongsi nilai-nilai kami, dan yang didorong oleh cita-cita kami.

Kami percaya bahawa potensi diri kita terserlah apabila kita menonjolkan diri - dan sekiranya kita terus berusaha, menerima kegagalan, dan belajar dengan cukup bersungguh-sungguh, yang cemerlang akan menjadi terbilang.

Apakah pegangan kami?

our purpose
Matlamat Kami
Bukti kepada matlamat kami adalah dalam cara kami menyumbang kepada masyarakat, pekerjaan yang kami lakukan serta cara kami bekerja untuk saling menyokong satu sama lain.
our principles
Prinsip Kami
Dalam usaha kami untuk terus berkembang dan memikirkan masa depan kesejahteraan, komitmen terhadap prinsip-prinsip kami tetap teguh: mengutamakan pelanggan, bertindak dengan penuh integriti, mendakap pertumbuhan, melabur dalam komuniti dan mengambil pandangan jauh - kerana kami akan kekal di sini untuk jangka panjang.
our values
Nilai Teras Kami
Kejayaan kami disokong oleh nilai-nilai teras yang mewakili diri kami yang terbaik - bercita-cita tinggi, ingin tahu, empatetik, berani dan tangkas.
career opportunities

Terokai peluang kerjaya kami

Lawati halaman kerjaya kami untuk melihat peluang aktif di seluruh rantau ini.
Ketahui selanjutnya
unitd through teamwork

Bersatu melalui kerja berpasukan

Pasukan kami inovatif, praktikal dan kolaboratif. Kekuatan untuk berkongsi dan bekerjasama memerlukan rasa hormat, integriti dan kerja berpasukan. Syarikat kami kaya dengan warisan tetapi untuk melihat jauh ke masa hadapan, kami memerlukan tenaga dan perspektif baharu.

Bank Negara Malaysia (BNM) - Pengesahan Majikan

Sebarang permintaan untuk pengesahan majikan seperti yang telah ditetapkan dalam piawaian Polisi Penyaringan Pekerja oleh Bank Negara Malaysia perlu dikirimkan ke PruBSN_HR_Recruitment@prubsn.com.my. Sila pastikan ‘Borang Pengesahan’ dan persetujuan bertulis daripada individu-individu berkenaan permohonan pekerjaan anda turut disertakan bersama.

Lihat Video Kami

Langgan saluran YouTube kami untuk semua berkenaan takaful dan banyak lagi.

Ketahui selanjutnya