Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
PruBSN Microtakaful Jariyah
Prihatin Pada Masyarakat

PruBSN
Microtakaful Jariyah

PruBSN Microtakaful Jariyah adalah salah satu inisiatif yang ditawarkan oleh PruBSN Prihatin yang bertujuan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menyediakan akses kepada produk takaful. Program ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perlindungan hayat bertempoh setahun dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000 bagi ketua isi rumah di bawah garis kemiskinan B40 tanpa sebarang kos. 

PruBSN Prihatin turut bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit, ICU), Jabatan Perdana Menteri di Malaysia untuk menjangkau segmen yang telah didaftarkan di dalam pangkalan data eKasih.

Bagi memastikan lebih ramai keluarga menerima manfaat daripada PruBSN Microtakaful Jariyahsumber dana turut diperluas melalui bayaran sumbangan Ihsan rider serta sumbangan ikhlas daripada para pekerja PruBSN daripada penolakan gaji melalui inisiatif Giving @ Workplace.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PruBSN Microtakaful Jariyahsila hubungi:

Ketahui bagaimana anda boleh membuat penamaan di sini