Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Cancer Plan | Prudential BSN Takaful
Kesihatan

Cancer Plan

Dengan Cancer Plan, anda tahu yang kewangan anda dilindungi dan bersama, kita boleh harungi apa jua rintangan. Cancer Plan ialah pelan Takaful yang boleh diperbaharui setiap tahun yang menawarkan perlindungan terhadap Kanser.

Kunjungi mana-mana cawangan Prudential BSN untuk mendaftar.

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan

Umur Kelayakan – 19 hingga 60 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang)

Jumlah Perlindungan Minimum – RM20,000

Tempoh Perlindungan – Pembaharuan tahunan sehingga umur tamat tempoh 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Manfaat

Sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnosis Kanser semasa sijil masih lagi berkuatkuasa, 100% Jumlah Perlindungan akan dibayar dari Dana Tabarru `   .

Bagaimana untuk Mendaftar dalam Pelan ini?

Anda boleh melawat mana-mana cawangan PruBSN untuk mendaftar untuk produk ini atau e-mel borang permohonan yang lengkap kepada nb.direct.channel.support@prubsn.com.my.

Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?

Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini (www.prubsn.com.my), boleh didapati di mana-mana cawangan PruBSN, atau boleh didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tuntutan diproseskan?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.

Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?

Anda boleh membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, sumbangan yang telah dibayar tidak akan dipulangkan. Walaupun begitu, PruBSN akan terus memberikan perlindungan kepada anda sehingga ulangtahun sijil selepas notifikasi anda diterima.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti jika pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, sumbangan yang dibayar untuk pelan ini layak untuk mendapati pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Perubatan.

Nota Penting

Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai Cancer Plan, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Dokumen Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

Dapatkan rundingan takaful PERCUMA

Semua yang bertanda * wajib diisi
*Semua bidang wajib diisi

Jantina

Jantina

Bahasa Pilihan

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya / kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi saya/kami menurut Privacy Policy yang diberikan .

Prudential