Medic Plan
Kunjungi mana-mana cawangan Prudential BSN untuk mendaftar.
Maklumat Produk
Tempoh Perlindungan
Umur Kelayakan – 19 hingga 45 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Perlindungan – Pembaharuan tahunan sehingga umur tamat tempoh 70 tahun pada tarikh lahir akan datang
Manfat
Manfaat Bilik & Penginapan |
|
Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun) |
Sehingga RM150 sehari |
Manfaat Hospital & Pembedahan |
|
1. Manfaat Unit Rawatan Rapi/Unit Rawatan Jantung (maksimum 30 hari setahun) |
Seperti yang Dicaj* , tertakluk pada Deduktibel |
2. Manfaat Perkhidmatan Dalam Hospital & Yang Berkaitan • Manfaat Pembedahan |
|
Manfaat Rawatan Pesakit Luar |
|
1. Manfaat Rawatan Sebelum Masuk Hospital (dalam tempoh masa 30 hari sebelum masuk hospital) |
Seperti yang Dicaj* , tertakluk pada Deduktibel |
2. Manfaat Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam tempoh masa 90 hari selepas keluar hospital) |
|
3. Manfaat Pembedahan Harian |
Seperti yang Dicaj* |
Manfaat Tambahan |
|
1. Manfaat Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan Akibat Kemalangan |
Sehingga RM5,000 setahun |
2. Manfaat Tunai Harian Hospital Kerajaan (maksimum 120 hari setahun) |
RM50 sehari |
3. Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar |
Seperti yang Dicaj* |
4. Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar |
|
DEDUKTIBEL |
RM1,000; atau RM2,000; atau RM3,000 |
HAD TAHUNAN |
RM100,000 |
HAD SEUMUR HIDUP |
Tiada Had Seumur Hidup |
* Kami hanya akan membayar balik Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan bagi manfaat yang layak yang dianggap Perlu Dari Segi Perubatan.
Bagaimana untuk Mendaftar dalam Pelan ini?
Anda boleh melawat mana-mana cawangan PruBSN untuk mendaftar produk ini atau e-mel borang permohonan yang lengkap kepada nb.direct.channel.support@prubsn.com.my.
Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?
Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini (www.prubsn.com.my), boleh didapati di mana-mana cawangan PruBSN, atau boleh didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tuntutan diproseskan?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
Anda boleh membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, sumbangan yang telah dibayar tidak akan dipulangkan. Walaupun begitu, PruBSN akan terus memberikan perlindungan kepada anda sehingga ulangtahun sijil selepas notifikasi anda diterima.
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti jika pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, sumbangan yang dibayar untuk pelan ini layak untuk mendapati pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Perubatan.
Nota Penting
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai Medic Plan, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Dokumen Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.