PruBSN Cegah
Dapatkan perlindungan kewangan daripada penyakit kritikal dari serendah RM8.40/tahun*, supaya anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya semasa anda sedang memulih daripada penyakit. Gunakan dana KWSP anda untuk mendapatkan pelan takaful patuh Syariah ini yang melindungi sehingga 43 jenis penyakit kritikal dan demam denggi melalui i-Lindung. Daftar melalui i-Akaun KWSP anda tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
*Untuk lelaki, bukan perokok, berumur di antara 19 dan 25 (umur pada hari lahir akan datang), dengan jumlah dilindungi sebanyak RM 10,000.
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Cegah
Penjagaan kesihatan menjadi semakin mahal. Inilah antara sebabnya kejadian yang tidak dijangka seperti penyakit kritikal boleh menyebabkan anda dan orang tersayang anda mengalami tekanan kewangan dan emosi jika anda tidak bersedia.
Inisiatif i-Lindung KWSP telah menjadikan perlindungan daripada ketidaktentuan kewangan lebih mudah diakses, kerana ia membolehkan ahli menggunakan simpanan mereka untuk membeli pelan takaful penyakit kritikal patuh Syariah seperti PruBSN Cegah pada kadar yang berpatutan.
Ini adalah peluang untuk anda memperoleh perlindungan pendapatan yang anda dan keluarga anda perlukan dan layak, tanpa membebankan dompet anda.
Manfaat produk utama
Perlindungan Kewangan
Fokus kepada Pemulihan
Sumbangan Mampu Milik
Sumbangan akan ditolak melalui Akaun KWSP anda, dan ia layak untuk pelepasan cukai.
Maklumat produk
Tempoh Perlindungan dan Sumbangan
Umur Kelayakan
19 hingga 60 tahun (umur pada hari lahir yang akan datang)
Tempoh Sumbangan
Bayaran sekali sahaja
Tempoh Perlindungan
Satu tahun
Jumlah Dilindungi
- Manfaat Penyakit Kritikal
RM10,000 sehingga RM200,000 (dalam gandaan RM5,000) - Manfaat Demam Denggi
RM500 (dibayar sekali sahaja untuk setiap Ahli yang Dilindungi)
Manfaat
Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya Ahli yang Dilindungi didiagnosis dengan Penyakit Kritikal yang dilindungi, 100% daripada jumlah dlindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`.
Nota:
- Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk untuk senarai penuh Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini.
- 10% daripada jumlah dilindungi tertakluk kepada maksimum RM25,000 akan dibayar untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif lain untuk penyakit Arteri Koronari.
Manfaat Demam Denggi
Sekiranya Ahli yang Dilindungi didiagnosis dengan Demam Denggi, RM500 akan dibayar dari Dana Tabarru`.
Nota: Diagnosis perlu dijalankan oleh doktor yang berkelayakan, disertakan dengan keputusan ujian pengesahan. Manfaat Demam Denggi hanya akan dibayar sekali sahaja untuk setiap Ahli yang Dilindungi.
Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?
Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal atau Manfaat Demam Denggi:
Anda boleh mendaftar tuntutan anda beserta dengan dokumen sokongan melalui ‘Daftar Tuntutan’ di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal:
Bagi penghantaran melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, penuntut diminta untuk mengemukakan dokumen yang berikut:
-
Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang
-
Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan
-
Salinan Sijil Perubatan Sulit (Penyata Doktor untuk penyakit tertentu) - ditandatangani oleh doktor yang merawat Ahli yang Dilindungi
-
Laporan Makmal: Laporan Pemeriksaan Histopatologi, Biopsi, MRI, imbasan dan hasil siasatan (jika berkenaan)
Untuk tuntutan Manfaat Demam Denggi:
Bagi penghantaran melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, penuntut diminta untuk mengemukakan dokumen yang berikut:
-
Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang
-
Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan
-
Tuntutan Manfaat Demam Denggi – Penyata Doktor (boleh dimuat turun daripada halaman `Tuntutan Saya’ dalam aplikasi mudah alih Pulse by Prudential)
-
Laporan Makmal / Keputusan Ujian Saringan
PruBSN boleh meminta dokumen sokongan atau maklumat lain yang relevan, atau meminta untuk melihat dokumen asal sekiranya perlu.
Berapakah tempoh untuk tuntutan diproses?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 13 hari bekerja.
Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?
Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?
- Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
- Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.
Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?
- Penama mestilah seorang individu. Penamaan kepada sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan.
- Sekiranya penama anda adalah di bawah umur 18 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu atau bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar; iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang / dokumen sokongan yang relevan.
Bagaimanakah untuk membuat penamaan?
- Anda boleh memutuskan siapa yang akan dinamakan sebagai penama untuk menerima manfaat-manfaat di bawah sijil dengan melengkapkan borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan tersebut melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN untuk anda dari semasa ke semasa:
a. boleh didapati di `PRUServices’ dalam aplikasi mudah alih Pulse by Prudential; atau
b. lawat mana-mana Cawangan Prudential atau PruBSN; atauc. e-mel ke customer@prubsn.com.my.
- Borang penamaan akan disediakan untuk anda:
a. di Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b. di laman web korporat PruBSN https://www.prubsn.com.my/.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
- Anda boleh memilih untuk membatalkan sijil anda di bawah ‘PRUServices’ di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential pada bila-bila masa yang anda inginkan. Sekiranya anda membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.
- Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, PruBSN akan mengembalikan potongan Tabarru` yang belum digunakan, jika ada. Sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim yang disediakan untuk maklumat lanjut.
- Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Ini bermakna anda tidak akan lagi dilindungi di bawah pelan ini. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Bagaimanakah Caranya untuk Memuat Turun Pulse by Prudential?
Imbas Kod QR atau klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pulse by Prudential. Sila pastikan anda guna alamat e-mel yang sama seperti yang berdaftar dengan i-Lindung KWSP bagi pendaftaran di aplikasi Pulse by Prudential. Selepas anda berjaya mendaftar, anda boleh lihat dan muat turun e-Sijil anda melalui ‘PRUServices’ di dalam aplikasi Pulse by Prudential.
Pelepasan Cukai
100% daripada caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Keluarga Perubatan, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Nota Penting
-
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN Cegah, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.
Bagaimana untuk mendaftar
Langkah 1:
Log masuk ke Portal KWSP i-Akaun
Nota: Daftarkan diri untuk i-Akaun jika anda belum melakukannya. Rujuk panduan pendaftaran di sini.