SIARAN MEDIA
Untuk penerbitan serta merta
PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA UNTUK LEBIH 10,000 KELUARGA YANG KURANG BERNASIB BAIK
Inisiatif PruBSN Prihatin Melindungi Keluarga Berpendapatan
Rendah di Malaysia
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 - Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), melalui badan amalnya, PruBSN Prihatin akan mengedarkan hampir 15,000 pelan PruBSN Microtakaful Jariyah keluarga yang berpendapatan rendah di seluruh Malaysia Selaras dengan matlamat utama mereka untuk membantu masyarakat memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan, pelan perlindungan ini akan diedarkan kepada penerima di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini, dengan rancangan untuk pengedaran PruBSN Microtakaful Jariyah buat kedua kalinya akan dijalankan dengan kerjasama dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Timbalan Presiden PruBSN Prihatin, Puan Anita Menon berkata bahawa keluarga yang berpendapatan rendah selalunya lebih mudah terjejas sekiranya berlaku musibah kematian, terutamanya jika ia berlaku kepada ketua keluarga. Dengan simpanan yang sedikit, adalah amat mencabar untuk mereka bertahan sekiranya terputus mata pencarian mahupun untuk menyediakan perbelanjaan harian mereka. “Inisiatif ini diperkenalkan dengan harapan ia dapat menyediakan akses kepada perlindungan takaful bagi keluarga yang kurang bernasib baik di Malaysia dan memberikan ketenangan minda kepada mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Pada masa ini, pelan Microtakaful Jariyah kami yang sebahagian besarnya dibiayai oleh dana zakat PruBSN yang menawarkan perlindungan asas secara percuma adalah ia amat kritikal dan penting bagi komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh negara, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemic COVID-19 ini.”
Kini memasuki tahun keempat pengoperasiannya, PruBSN Prihatin sekali lagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka untuk menyumbang kepada rakyat Malaysia dan menawarkan perlindungan takaful hayat secara percuma. Pelan Microtakaful Jariyah bakal memberikan perlindungan asas takaful selama 12 bulan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terpilih dari komuniti yang berpendapatan rendah di seluruh Malaysia.
Melalui inisiatif ini, penerima manfaat akan menerima manfaat kematian sebanyak RM10,000, di mana bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank mereka. Proses pemilihan penerima bagi program ini adalah dikawal selia oleh ICU JPM, iaitu agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pangkalan data bagi keluarga miskin di Malaysia iaitu eKasih. eKasih berfungsi untuk membantu dalam perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program pembasmian kemiskinan kebangsaan.
“PruBSN Prihatin telah memperuntukkan sebanyak RM2.24 juta untuk inisiatif ini bagi tahun 2021 bagi menyediakan perlindungan kepada kumpulan yang berisiko tinggi. Sejak pelancarannya pada 2018, kerjasama strategik ini telah memberikan manfaat kepada lebih 66,000 keluarga berpendapatan rendah dengan RM1.64 juta tuntutan manfaat disebabkan kematian telah dibayar,” tambah Anita.
Pemberian Microtakaful Jariyah PruBSN ini akan dijalankan secara berperingkat yang meliputi Zon Tengah (Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), Zon Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu) serta Sabah dan Sarawak, yang memberikan manfaat kepada 28,000 penerima secara keseluruhannya bagi tahun 2021.
Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Nor Azri Bin Zulfakar, berkata bahawa inisiatif ini sangat unik dan pertama seumpamanya di Malaysia. “Kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama-sama dengan PruBSN Prihatin untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah di Malaysia mendapat perlindungan asas pada waktu yang memerlukan. Sepanjang 50 tahun ini, kami sentiasa cekal dalam meningkatkan perpaduan dan membina masayarakat yang inklusif di kalangan rakyat Malaysia. Kami berharap untuk terus bekerjasama untuk melakukan perubahan dalam komuniti, lebih-lebih lagi apabila kami juga sedang menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun ini.”
Anita juga berkata, “Pada tahun ini, PruBSN menyambut ulang tahun ke-15 dan sebagai pengendali takaful keluarga nombor satu di Malaysia*, kami amat fokus dalam membantu rakyat Malaysia serta berusaha membina komuniti yang lebih mampan. Kami telah melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada komuniti selama 15 tahun dan tentunya akan terus menyokong komuniti tersebut pada tahun-tahun mendatang.”
PruBSN Microtakaful Jariyah merupakan program komuniti utama terbesar yang melibatkan penerima dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Pada bulan Mac lalu, sejumlah 1,588 ketua keluarga terpilih dari golongan berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan telah menjadi kumpulan pertama yang ditawarkan pelan tersebut bagi tahun 2021.
Ketahui lebih lanjut tentang PruBSN Prihatin dan PruBSN dengan melayari https://www.prubsn.com.my/ms/
*Berdasarkan data yang diperolehi dari ISM Insurance Services Malaysia Berhad – ACE (Annual Contribution Equivalent) dari tempoh Januari hingga Februari 2021