SIARAN AKHBAR
Untuk Siaran Segera
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL DINAMAKAN PENGENDALI TAKAFUL KELUARGA TERBAIK 11 TAHUN BERTURUT-TURUT
Genting Highlands, 14 Mei 2024 – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dengan penuh bangga mengumumkan kemenangan berturut-turut buat kali yang ke-11 sebagai Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) di Malaysia. Pengiktirafan di Takaful Star Awards 2024 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) ini sejajar dengan komitmen PruBSN untuk melindungi rakyat Malaysia serta keluarga mereka melalui produk-produk yang patuh Syariah. Anugerah ini mencerminkan dedikasi PruBSN sebagai penyedia perkhidmatan takaful dalam melindungi keluarga dan memberi jaminan untuk menghadapi ketidaktentuan dalam kehidupan, tanpa mengira umur, bangsa, mahupun agama.
Anugerah yang berprestij ini membuktikan kebolehan PruBSN dalam membangunkan dan membekalkan perkhidmatan takaful keluarga yang terbaik. Pencapaian yang digarap selama lebih satu dekad ini mengukuhkan kedudukan PruBSN sebagai peneraju dalam industri ini. Anugerah ini juga mengukuhkan keyakinan warga Malaysia ke atas PruBSN, yang memilih untuk bersama dengan penyedia takaful ini agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan.
Menurut MTA, seramai 46% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan kewangan.1 Pencapaian sebagai Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) di Malaysia bukan sahaja membuktikan kemampuan PruBSN dalam menangani isu ini tapi juga menekankan bahawa penting bagi rakyat Malaysia untuk bersama PruBSN bagi melindungi kesejahteraan kewangan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Di PruBSN, kami berusaha untuk melindungi legasi para keluarga, memberi rakyat Malaysia akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta memastikan kesejahteraan generasi masa hadapan terjamin. Memenangi anugerah Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) untuk tahun ke-11 berturut-turut membuktikan dedikasi kami dalam mencapai matlamat ini. Dalam kehidupan, kita sering menghadapi pelbagai jenis cabaran yang tidak diduga, justeru kepentingan perlindungan kewangan tidak boleh dipandang rendah. Sebagai penyedia takaful yang dipercayai di Malaysia, kami kekal komited untuk memastikan solusi-solusi kami bersesuaian ‘Untuk Setiap Kehidupan, Bagi Setiap Masa Depan’.”
Takaful Star Awards juga merupakan sebuah platform untuk mengiktiraf dedikasi dan usaha para pemimpin, pengurus dan ejen takaful, yang telah bersama-sama memacu industri takaful ke hadapan. Kejayaan ini ditujukan buat ejen-ejen yang telah bekerja keras untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik, justeru memupuk hubungan yang berasaskan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan para pelanggan. Keazaman mereka untuk kekal relevan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian telah memperkukuhkan kedudukan PruBSN sebagai penyedia takaful pilihan oleh para keluarga.
Anugerah berprestij ini bukan sahaja mengiktiraf usaha PruBSN dalam memberikan perkhidmatan buat rakyat Malaysia, tetapi turut meraikan pencapaian yang diperoleh oleh staf dan perunding takaful PruBSN. Komitmen dari keseluruhan pasukan PruBSN telah menyumbang kepada beberapa pencapaian yang signifikan, termasuk anugerah-anugerah berprestij seperti Pengurus Agensi Terbaik (Langsung), Pengurus Agensi Terbaik (Kumpulan), Anugerah MDRT Builder, dan Anugerah Agensi/Agen/Pengantara Syarikat Anggota MTA Terbaik. Sejak penubuhannya, PruBSN telah memberi tumpuan untuk memberi rakyat Malaysia akses kepada pelan-pelan takaful yang komprehensif. Ini juga selari dengan pengiktirafan dalam kategori seperti ‘Race for Cover’ (Pelan Bertempoh), ‘Race for Cover’ (Penyakit Kritikal) dan ‘Race for Cover’ (Mikrotakaful) – inisiatif yang bertujuan untuk meluaskan perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah.
PruBSN menawarkan pelbagai pelan perlindungan kewangan yang dirumus untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan ketenangan fikiran, berbekalkan komitmen untuk menyediakan solusi-solusi takaful yang holistik. PruBSN memberi keutamaan untuk terus menyelaraskan produk-produk mereka dengan keperluan para pelanggan yang kian berubah. Atas dedikasi mereka terhadap inovasi, pengendali takaful ini turut merangkul Anugerah Inovasi bagi Projek NextGen Underwriting, yang memperkukuhkan usaha mereka untuk memudahkan dan memenuhi keperluan para pelanggan dengan sebaiknya.
“Dengan pencapaian yang bermakna ini, kami akan terus komited untuk membekalkan nilai yang terbaik, memperkasakan rakyat Malaysia dan insan tersayang untuk menghadapi masa hadapan dengan lebih yakin tanpa beban masalah kewangan. Dengan berpegang teguh ke atas konsep Ta’awun (kerjasama dan sokongan bersama), maka rakyat Malaysia dapat menikmati perlindungan kewangan yang pastinya berpaksikan nilai, kepercayaan, dan integriti. PruBSN akan terus mendahulukan keperluan para keluarga di Malaysia sebagai teras perniagaan kami, menetapkan tanda aras bagi kecemerlangan dalam industri takaful keluarga,” tambah Wan Saifulrizal Wan Ismail.