PruBSN AnugerahMax
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN AnugerahMax
Dapatkan ketenangan minda sepanjang hayat dengan pelan perlindungan takaful keluarga yang patuh Shariah kami. Bermula dengan serendah RM50 sebulan, PruBSN AnugerahMax menawarkan perlindungan komprehensif dan fleksibiliti. Ianya termasuk perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya kekal untuk anda dan orang tersayang.
Dengan 19 manfaat pilihan, PruBSN AnugerahMax melindungi penyakit kritikal, perubatan komprehensif dan perbelanjaan kemasukan ke hospital (termasuk penyakit mental), perlindungan kemalangan dan pelbagai lagi. Nikmati ketenangan fikiran yang berpanjangan, dengan perlindungan lanjutan automatik sehingga umur 100.
Di samping itu, untuk pelan kanak-kanak, kami akan memberi ganjaran kepada anak anda dengan Bonus EduAchieve apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga peringkat Sarjana atau PhD.
Perlindungan anda kekal terjamin, dengan memberikan ketenangan jiwa untuk tahun-tahun mendatang. Dengan PruBSN AnugerahMax, anda tidak hanya mendapat perlindungan maksimum, tetapi juga harga mampu milik yang tiada tandingan.
Manfaat produk utama
Perlindungan untuk penyakit kritikal dan kemasukan hospital.
Anda mempunyai pilihan untuk mengubah suai pelan anda bagi melindungi diri anda dari penyakit seperti dan kos perubatan yang tinggi.
Medic TotalCare |
Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain. |
Medik Asas |
Pelan perubatan asas yang meliputi keperluan rawatan perubatan penting serta manfaat khas apabila anda mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kerajaan Malaysia. |
Crisis TotalCare |
Dapatkan ketenangan minda yang menyeluruh apabila anda memiliki perlindungan penyakit kritikal komprehensif daripada Tahap Awal hingga Tahap Akhir serta keadaan istimewa tambahan lain yang melindungi sejumlah 166 keadaan. |
Crisis Protector |
Melindungi simpanan anda daripada kos rawatan kanser yang tinggi. |
Maklumat produk
Terma Perlindungan dan Pembayaran
Tempoh Sumbangan |
Sepanjang tempoh perlindungan |
Sumbangan Minimum Bulanan |
RM50 |
Umur Kelayakan |
1 hingga 70 tahun (umur pada hari jadi akan datang) Nota: Untuk tempoh perlindungan 10 tahun atau umur tamat tempoh 70, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun. |
Tamat Tempoh Perlindungan |
Sehingga 100 tahun |
Jumlah Perlindungan Minimum |
RM10,000 |
Ciri-ciri
Mampu Milik
Tetapkan perlindungan mengikut bajet anda dari serendah RM50 sebulan.
Pelan Boleh Diubah Suai
Anda boleh dapatkan pelan takaful asas atau yang komprehensif. Ubah suai perlindungan anda dengan pelbagai pilihan dan manfaat untuk dipilih.
Manfaat Melangkaui Perlindungan
Nikmati manfaat tambahan dengan Bonus EduAchieve untuk kecemerlangan akademik anak anda, peluang pelaburan serta membantu golongan miskin dalam komuniti dengan menderma untuk perlindungan mikrotakaful mereka.
Perlindungan Maksimum
Maksimumkan tempoh perlindungan anda dengan pelanjutan automatik sehingga umur 100*
*Tertakluk pada terma dan syarat. Perlindungan akan berlanjutan sehingga umur 100 atau untuk setiap tempoh perlindungan yang maksimum, yang mana lebih awal, dengan syarat terdapat nilai yang mencukupi untuk penolakan Tabarru` dan caj lain. Sumbangan tambahan mungkin diperlukan untuk memastikan nilai tunai mencukupi sehingga akhir tempoh yang dilanjutkan.
Manfaat
Manfaat Matang |
Baki dari Akaun Khas Individu (ISA). |
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut: a) Jumlah Perlindungan Asas; atau b) Jumlah amaun dalam Akaun Khas Individu (ISA); ditambah dengan nilai unit di dalam (IUA) jika ada. |
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) |
Jumlah Risiko. Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi. |
Bonus EduAchieve |
Bonus tunai akan dibayar di atas kecemerlangan akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga peringkat Sarjana atau PhD. Bonus EduAchieve hanya untuk orang yang dilindungi yang menyertai pelan dari umur 1 hingga 18 tahun. |
Manfaat Tambahan |
Crisis Shield |
Pelepasan Cukai
Untuk PruBSN AnugerahMax, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nota Penting
- Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
- Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.
Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.