Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Medik Asas

Medik Asas

Menyediakan perlindungan asas kemasukan ke hospital dan rawatan perubatan termasuk dialisis buah pinggang pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar. Pelan ini juga menyediakan manfaat istimewa apabila anda mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kerajaan Malaysia. Dengan kaedah Harga Berasaskan Tuntutan kami yang inovatif, anda boleh nikmati jumlah sumbangan yang lebih rendah jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun sebelumnya.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan
Medik Asas

Memperkenalkan Medik Asas, rider perubatan kami yang menyediakan perlindungan asas kemasukan ke hospital dan pembedahan, memastikan anda menerima rawatan perubatan penting semasa anda sangat memerlukannya. Kami membawakan anda pelan perubatan yang berpatutan untuk memenuhi keperluan kesihatan keluarga anda yang semakin meningkat dalam masa yang belum pernah terjadi ini.

Rider perubatan ini bukan sahaja membantu menampung perbelanjaan perubatan dan kemasukan ke hospital anda, ia juga memberi ganjaran kepada anda dengan memberi diskaun 15% untuk penolakan Tabarru` anda apabila anda tiada tuntutan. Anda kini boleh menjimatkan penolakan Tabarru` dengan mengamalkan gaya hidup sihat, sambil  melindungi diri anda daripada keperluan perubatan yang tidak dijangka.

Kami telah menyediakan manfaat khas di hospital kerajaan seperti elaun harian, penjagaan khas warga emas dan kemudahan tanpa tunai apabila anda mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan Malaysia.

Medik Asas sesuai dengan bajet anda dan meringankan kebimbangan tentang bil perubatan anda dengan mendapatkan pelan perubatan ini untuk anda dan keluarga anda.

Manfaat produk utama

Perlindungan Perubatan yang Penting dan Berpatutan
Dapatkan rawatan perubatan penting dan rawatan sepanjang hayat anda termasuk rawatan perubatan pesakit dalam dan pesakit luar serta dialisis buah pinggang pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar pada sumbangan yang berpatutan.
Kurang Tuntutan, Kurang Bayaran
Kekalkan kesihatan yang baik tanpa sebarang tuntutan dibuat untuk mengekalkan diskaun penolakan Tabarru` anda setiap tahun. Jika terdapat tuntutan, jumlah sumbangan anda boleh diselaraskan setiap tahun mengikut sejarah tuntutan anda. Anda akan membayar sumbangan yang lebih sedikit apabila anda kurang membuat tuntutan.
Manfaat Khas di Hospital Kerajaan
Nikmati kemudahan tanpa tunai untuk rawatan yang dilindungi di Hospital Kerajaan Malaysia dan anda akan menerima elaun tunai harian. Bukan itu sahaja, warga emas boleh menuntut bantuan perubatan seperti perentak jantung luaran, alat bantuan pendengaran dan banyak lagi apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan Malaysia.

Maklumat Produk

Ciri-ciri dan Perlindungan

Ciri-ciri dan Perlindungan

Rider Medik Asas adalah pelan perubatan asas yang meliputi keperluan rawatan perubatan penting termasuk  dialisis buah pinggang pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar.  Jika anda mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan Malaysia, anda akan menerima manfaat khas seperti elaun harian semasa kemasukan dan susulan, serta manfaat penjagaan khas warga emas.

Nota: Medik Asas menawarkan kemudahan kemasukan tanpa tunai di hospital kerajaan Malaysia dan panel hospital swasta terpilih. Untuk rangkaian panel hospital swasta yang lebih luas, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pelan perubatan komprehensif kami, Medic TotalCare.

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun

Umur Tamat Tempoh

Sehingga 100 tahun

Sumbangan

Tempoh Bayaran Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Sumbangan Tahunan

Jadual Kadar Sumbangan Tahunan

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.

Hubungi kami

Semua yang bertanda * wajib diisi
*Semua bidang wajib diisi

Jantina

Jantina

Bahasa Pilihan

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya / kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi saya/kami menurut Polisi Privasi yang diberikan.

Prudential