PruBSN Damai
Dengan pelan takaful patuh Syariah ini, anda boleh mendapatkan perlindungan sehingga umur 100 tahun untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, perubatan dan kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, kemalangan dan banyak lagi.
Untuk pakej penyelesaian yang direka khas untuk Generasi Z, sila klik PruBSN DamaiGenZ.
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Damai
Tiada siapa yang tahu bila kemalangan atau penyakit akan menyerang seseorang. Penjagaan kesihatan juga menjadi lebih mahal, langkah yang arif adalah untuk bersedia untuk insiden yang tidak dijangka.
PruBSN Damai boleh menjadi perisai anda terhadap potensi krisis kewangan, sekiranya perkara malang berlaku.
Pakej penyelesaian perlindungan kesihatan ini terdiri daripada PruBSN AnugerahMax, pelan takaful keluarga sumbangan tetap yang disertakan dengan Medic TotalCare, bersama dengan riders lain dan pelbagai faedah tambahan, memberikan anda fleksibiliti untuk menyesuaikan perlindungan anda mengikut keperluan dan bajet anda.
Selain itu, anda akan mendapat liputan kanser yang luas melalui Medic TotalCare, termasuk had tahunan tambahan dan had seumur hidup yang tinggi untuk rawatan kanser pesakit luar.
Medic TotalCare memberikan had tambahan di samping had tahunan sedia ada anda untuk rawatan kesihatan mental. Dengan peningkatan permintaan dalam penjagaan kesihatan mental, anda juga berkelayakan mendapat sokongan rawatan kesihatan mental, termasuklah perlindungan lapan jenis kondisi gangguan mental utama untuk rawatan psikiatri pesakit dalam dan pesakit luar.
Jangan biarkan kesihatan dan keselamatan kewangan anda dalam keadaan was-was. Jamin perlindungan pendapatan anda dan keluarga untuk tenangkan fikiran.
Manfaat produk utama
Perlindungan untuk perbelanjaan perubatan dan penyakit kritikal.
Ubah suai pelan anda untuk melindungi diri anda daripada bil perubatan yang mendadak dan tinggi untuk pelbagai jenis rawatan dan atasi kebimbangan anda tentang ketidaktentuan kehidupan yang lain.
Medic TotalCare |
Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain. |
Crisis Protector |
Menawarkan perlindungan tambahan supaya anda bersedia melawan penyakit kritikal sebaik sahaja anda didiagnosis. |
Accidental Medical Protector |
Membantu anda untuk menanggung perbelanjaan perubatan yang membebankan setelah berlaku kemalangan. |
Maklumat produk
Tempoh Perlindungan dan Pembayaran
Tempoh Sumbangan |
Sepanjang tempoh perlindungan |
Caruman Bulanan Minimum |
RM50 |
Umur Kelayakan |
1 hingga 70 (umur pada hari jadi akan datang) Nota: Untuk tempoh perlindungan 10 tahun atau umur tamat tempoh 70, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun. |
Umur Tamat Tempoh |
Sehingga 100 tahun |
Jumlah Perlindungan Minimum |
RM10,000 |
Ciri-ciri
Pelan Perlindungan Boleh Ubah
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.
Perlindungan Perubatan Komprehensif
Menyediakan pelbagai manfaat perubatan dan kemasukan ke hospital, dengan fleksibiliti untuk memilih jenis bilik dan penginapan, pilihan sumbangan bersama dan pilihan sumbangan bagi memenuhi keperluan dan kemampuan anda.
Manfaat Tambahan yang Disyorkan
Berikut adalah gambaran keseluruhan pakej solusi yang disyorkan melalui PruBSN Damai.
Manfaat-manfaat
Manfaat Matang |
Baki dari Akaun Khas Individu (ISA). |
Manfaat Kematian |
Sekiranya berlaku kematian sebelum tamat tempoh, manfaat berikut akan dibayar:
|
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) |
Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun. Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi. |
Manfaat Tambahan |
Crisis Shield |
Medic TotalCare |
Rider perubatan takaful patuh Syariah ini memberikan pelbagai manfaat kemasukan ke hospital dan rawatan perubatan untuk keperluan penjagaan kesihatan moden anda, termasuk perlindungan kanser yang luas, rawatan perubatan lanjutan, penjagaan kesihatan mental, serta pelbagai rawatan pesakit luar dan faedah nilai tambah yang unik. |
Pelepasan Cukai
Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nota Penting
-
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
-
Umur merujuk kepada umur pada hari jadi akan datang.
Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.
Ingin berbual dengan kami?
Pusat Khidmat Pelanggan
Tel : (+603) 2775 7188
E-mel: customer@prubsn.com.my
Isnin - Jumaat: 8.30 pagi to 5.15 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Alamat : Tingkat 13, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia