Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close

PruBSN DamaiGenZ

Pastikan perjalanan hidup anda dilengkapi dengan penyelesaian perubatan komprehensif dan moden yang direka khas untuk gaya hidup Generasi Z. Memberi kuasa kepada anda untuk mengejar impian dengan keyakinan, dengan jaminan bahawa kami sentiasa bersama anda dalam mengharungi setiap cabaran.

Moden. Komprehensif. Mampu Milik.
Muat Turun Risalah

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN DamaiGenZ

Dalam perjalanan mengejar impian anda, mepunyai perlindungan yang mencukup adalah sangat penting, terutamanya ketika anda masih muda dan sihat. Ia takkan membebankan anda dari segi kewangan - perlindungan mampu milik dan berpatutan!

PruBSN DamaiGenZ boleh menjadi perisai anda terhadap potensi krisis kewangan, sekiranya perkara malang berlaku.

Pakej penyelesaian perlindungan kesihatan ini terdiri daripada PruBSN AnugerahMax, pelan takaful keluarga sumbangan tetap yang disertakan dengan Medic TotalCare, bersama dengan riders lain dan pelbagai faedah tambahan, memberikan anda
kehidupan tanpa kerisauan.

Manfaat produk utama

arrow
Menyinari Impian Anak Muda
Ke mana pun arah tuju hidup, langkah dengan keyakinan, kerana dengan PruBSN DamaiGenZ, kami sentiasa menyokong anda dengen pelbagai cara.
arrow
Perlindungan Komprehensif dalam Satu Pelan
Tetapkan perlindungan kesihatan dan hayat anda, dengan perlindungan ekstra untuk penyakit kritikal dan kemalangan, yang akan memberi ketenangan fikiran.
arrow
Tanpa Had Seumur Hidup
Dapatkan rawatan terbaik tanpa had sepanjang tempoh perlindungan.
arrow
Penjagaan Kesihatan Mental
Utamakan kesejahteraan mental anda dengan penjagaan proaktif. Dapatkan rawatan yang betul dan jangan abaikan kesihatan mental anda.

Perlindungan untuk perbelanjaan perubatan dan penyakit kritikal.  

Ubah suai pelan anda untuk melindungi diri anda daripada bil perubatan yang mendadak dan tinggi untuk pelbagai jenis rawatan dan atasi kebimbangan anda tentang ketidaktentuan kehidupan yang lain.

 

Medic TotalCare

Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain.

Crisis  Shield

Memberikan perlindungan kewangan sejurus anda disahkan menghidap penyakit kritikal, memastikan ketenangan dan kestabilan kewangan anda.

Accidental Medical Protector

Membantu anda untuk menanggung perbelanjaan perubatan yang membebankan setelah berlaku kemalangan.

 

Maklumat produk

Tempoh Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Caruman Bulanan Minimum

RM50

Umur Kelayakan

1 hingga 70 (umur pada hari jadi akan datang)

Nota: Untuk tempoh perlindungan 10 tahun atau umur tamat tempoh 70, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun.
Untuk tempoh perlindungan 20 tahun, umur kemasukan maksimum adalah 50 tahun.

Umur Tamat Tempoh

Sehingga 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM10,000

Ciri-ciri

Pelan Perlindungan Boleh Ubah
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Perlindungan Perubatan Komprehensif  
Menyediakan pelbagai manfaat perubatan dan kemasukan ke hospital, dengan fleksibiliti untuk memilih jenis bilik dan penginapan, pilihan sumbangan bersama dan pilihan sumbangan bagi memenuhi keperluan dan kemampuan anda.

Manfaat Tambahan yang Disyorkan
Berikut adalah gambaran keseluruhan pakej solusi yang disyorkan melalui PruBSN DamaiGenZ.

Manfaat-manfaat

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Khas Individu (ISA).

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian sebelum tamat tempoh, manfaat berikut akan dibayar:

  • Jumlah Perlindungan Asas; atau

  • Jumlah amaun dalam Akaun Khas Individu (ISA); ditambah dengan nilai unit di dalam (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun.

Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi.

Manfaat Tambahan

Crisis Shield
Crisis Protector
Crisis TotalCare
Cancer Protector
Medic TotalCare 
Medik Asas
Accidental Protector Plus
Accidental Medical Protector
Income Protector
Parent Term
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Takaful Saver
Takaful Saver Kid
Ihsan

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada umur pada hari jadi akan datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.

Dapatkan rundingan takaful PERCUMA

Semua yang bertanda * wajib diisi
*Semua bidang wajib diisi

Jantina

Jantina

Bahasa Pilihan

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya / kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi saya/kami menurut Polisi Privasi yang diberikan .

Prudentail

Ingin berbual dengan kami?

Pusat Khidmat Pelanggan

Tel : (+603) 2775 7188
E-mel: customer@prubsn.com.my

Isnin - Jumaat: 8.30 pagi to 5.15 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Alamat : Tingkat 13, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia