Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Group Repatriation Expenses (GRE)
Rider

Group Repatriation Expenses

Takaful rider patuh Syariah ini meliputi perbelanjaan untuk menghantar pulang jenazah pekerja dari luar negara atau tempat kematian di Malaysia ke tempat kediaman atau negara asal mereka.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan Group Repatriation Expenses

Dengan Group Repatriation Expenses, anda boleh membantu keluarga pekerja anda di waktu yang mencabar semasa kehilangan pencari nafkah mereka.

Sekiranya pekerja anda meninggal dunia, manfaat ini meliputi kos yang munasabah dan tidak dapat dielakkan untuk menghantar pulang jenazah mereka dari luar negara atau tempat kematian di Malaysia ke tempat kediaman atau negara asal mereka. 

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

Ciri-ciri Perlindungan

Rider ini memberikan manfaat yang membayar balik kos membawa pulang jenazah pekerja anda dari luar negara atau tempat kematian di Malaysia ke tempat kediaman pekerja atau negara asal mereka.

Umur Kelayakan

Group@Work: 16 hingga 69 tahun

Umur Tamat Tempoh

Pembaharuan tahunan dengan perlindungan sehingga umur 70 tahun

 

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda, ejen servis atau hubungi pasukan Corporate Group Business kami di +603 2778 2155 atau prubsn.cgbd@prubsn.com.my.

  • Sebarang rujukan mengenai umur adalah berdasarkan umur pada hari lahir berikutnya.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.