Group Repatriation Expenses
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan Group Repatriation Expenses
Dengan Group Repatriation Expenses, anda boleh membantu keluarga pekerja anda di waktu yang mencabar semasa kehilangan pencari nafkah mereka.
Sekiranya pekerja anda meninggal dunia, manfaat ini meliputi kos yang munasabah dan tidak dapat dielakkan untuk menghantar pulang jenazah mereka dari luar negara atau tempat kematian di Malaysia ke tempat kediaman atau negara asal mereka.
Maklumat produk
Ciri-ciri dan perlindungan
Ciri-ciri Perlindungan |
Rider ini memberikan manfaat yang membayar balik kos membawa pulang jenazah pekerja anda dari luar negara atau tempat kematian di Malaysia ke tempat kediaman pekerja atau negara asal mereka. |
Umur Kelayakan |
Group@Work: 16 hingga 69 tahun |
Umur Tamat Tempoh |
Pembaharuan tahunan dengan perlindungan sehingga umur 70 tahun |
Nota Penting
-
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda, ejen servis atau hubungi pasukan Corporate Group Business kami di +603 2778 2155 atau prubsn.cgbd@prubsn.com.my.
-
Sebarang rujukan mengenai umur adalah berdasarkan umur pada hari lahir berikutnya.
Manfaat tambahan ini boleh menjadi sebahagian daripada
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.