HealthProtector
Sebab untuk mempertimbangkan HealthProtector
Tiada siapa yang tahu bila sebarang kecelakaan ataupun kesakitan boleh melanda, ditambah pula dengan kenaikan kos penjagaan kesihatan, tindakan yang arif adalah untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang masalah yang tidak dijangka.
Bersama dengan Health Protector, anda akan dibayar semula untuk sebarang perbelanjaan perubatan yang ditanggung atas akibat kemalangan ataupun hospitalisasi. Anda juga akan dibayar semula untuk rawatan pesakit luar terpilih, termasuk rawatan kanser dan dialisis buah pinggang.
Medical Rider ini datang tanpa had tahunan ataupun had sepanjang hayat, dan juga jaminan untuk pembaharuan. Ia juga memberi ganjaran bonus setiap dua tahun kalau anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Jangan pertaruhkan kesihatan dan keselamatan kewangan anda. Ringankan sebarang risiko beban bil-bil perubatan dengan melindungi diri anda dan keluarga anda bersama Takaful Medical Plan ini.
Maklumat produk
Ciri-ciri dan perlindungan
Ciri-ciri perlindungan |
Rider ini menyediakan sokongan kewangan sekiranya ada kemasukan ke hospital dan pembedahan atau rawatan pesakit luar yang terpilih. Anda mempunyai fleksibiliti dalam memilih bayaran bersama perubatan sama ada SmartSaver atau High Deductible, Smart Value Point dan pilihan bilik & penginapan. |
Umur Kelayakan |
Seawal 14 minggu dalam kandungan sehingga 70 tahun |
Umur tamat tempoh |
100 tahun |
Nota penting
-
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.
-
Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.
Manfaat tambahan ini boleh menjadi sebahagian dari
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.