Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Takaful Saver | Takaful Prudential BSN
Rider

Takaful Saver

Nikmati potensi pulangan dengan Takaful Saver, rider pelaburan yang membantu memberi anda pendapatan pada saat sukar atau juga bagi pelan masa hadapan anda.

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

Ciri-ciri perlindungan

Rider sumbangan berkala ini menyediakan potensi pelaburan dengan Dana berkaitan Pelaburan yang bersesuaian dengan risiko yang anda pilih.

Umur Kelayakan

PruBSN WarisanGold / PruBSN AnugerahMax / PruBSN Asas360 / PruBSN Aspirasi:
1 hingga 70 tahun

PruBSN Anggun
19 hingga 70 tahun

Umur Tamat Tempoh

PruBSN WarisanGold / PruBSN AnugerahMax / PruBSN Asas360 / PruBSN Aspirasi
Hingga 100 tahun

PruBSN Anggun
Hingga 80 tahun

Nota penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.