MENARA PRUDENTIAL @TRX
Reka bentuk yang bertujuan mempertimbangkan keperluan manusia dan planet
Menara Prudential direka dengan mengambil kira kelestarian dan menggabungkan rekaan bangunan hijau dan ciri-ciri yang membolehkan PruBSN untuk menjadi lestari, mengurangkan jejak karbon, bekerja dengan lebih mapan dan mengurangkan kos per kaki persegi secara automatik. Terletak di TRX, ia menawarkan ketersambungan, kawasan hijau yang luas, rekaan pelbagai ruang peribadi dan kolaboratif, pengudaraan yang baik, dan penyelesaian pintar dalam persekitaran yang mengutamakan keselamatan, sekuriti dan kebersihan.
Ciri-ciri rekaan kelestarian:
-
Kaca dan bahan beremisi rendah mengurangkan haba bangunan dan meningkatkan kualiti persekitaran dalaman
-
Sistem penuaian air hujan yang membekalkan air untuk semua bilik air
-
Sistem pengurusan bangunan AI untuk pengoptimuman pencahayaan dan suhu
-
Air sisa dan kitar semula
Mengharmonikan budayakerja hibrid:
-
Ruang pejabat dan kolaboratif direka menggunakan pendekatan kerja berasaskan aktiviti (ABW)
-
Menerapkan teknologi digital dan pendigitalan
-
Akses mudah ke pengangkutan awam
-
Mempromosikan kesejahteraan masyarakat