KEMAMPANAN, TANGGUNGJAWAB KITA
Menyemai jiwa dalam Takaful
Kita adalah Khalifah di bumi
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Surah Al-Baqarah: 30
Menurut ajaran Islam, manusia adalah khalifah di bumi (Quran 2:30). Dengan demikian mereka adalah penjaga atau khalifah di bumi dan semua ciptaan Allah, dan mereka akan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Kekhalifahan datang dengan kedua-dua tanggungjawab (individu dan kumpulan) dan dijanjikan ganjaran yang berlimpah bagi mereka yang melindungi ciptaan Tuhan yang paling berharga: bumi dan semua khazanahnya.
Memenuhi Peranan Sebagai Khalifah
Peranan sebagai khalifah adalah sejajar dengan objektif Syariah (Maqasid Al-Shariah) yang digariskan oleh Rangka Kerja Pengantaraan Berasakan Nilai Untuk Takaful (VBIT) pada dasarnya, memberi penekanan kepada penciptaan nilai positif dan mengelakkan kemudaratan. Maqasid al-Shariah secara ringkasnya ialah memelihara lima perkara penting:
Agama |
Nyawa |
Keturunan |
Harta |
Akal |
Memelihara kebebasan untuk mengamalkan agama, iaitu, hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. |
Melindungi dan memelihara kehidupan, sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan. |
Memastikan persekitaran yang selamat dan optimum untuk kanak-kanak membesar dan berkembang. |
Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk perlindungan dan penambahan kewangan dengan cara yang baik dan sah, bebas daripada ketidakadilan dan penindasan |
Menyediakan keperluan untuk menyokong kesejahteraan akal, mental dan rohani yang baik |
Ketiga-tiga Teras Kelestarian PruBSN menjiwai semangat Maqasid al-Shariah. Sebagai contoh, BSN Sakinah menawarkan perlindungan asas takaful kepada ketua isi rumah daripada kalangan kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia, secara automatik meningkatkan daya tahan kewangan keluarga mereka dalam kejadian yang tidak diingini seperti kematian sama ada semulajadi atau kemalangan.
BSN Sakinah |
|||
Ciri-ciri |
Prestasi |
Impak sosial |
Perkaitan Maqasid |
|
Menyediakan perlindungan takaful asas kepada kumpulan berpendapatan rendah pada harga yang berpatutan
|
Pelan perlindungan takaful asas secara automatik meningkatkan daya tahan kewangan keluarga.
|
Pemeliharaan nyawa
Pemeliharaan kewangan
Pemeliharaan akidah atau agama
Pemeliharaan akal |