Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Panduan Asas Kewangan Islam

Young lady smiling

Kewangan Islam adalah berasaskan peraturan dan prinsip Syariah atau Islamik dan berbeza dari kewangan konvensional. Walaupun kewangan Islam mempunyai ciri-ciri dan produk yang sama seperti kewangan konvensional, semua kaedah kewangan dan transaksi, termasuklah pembiayaan peribadi, akaun simpanan dan pelaburan, mesti mematuhi beberapa peraturan khusus ini:

  • Faedah (riba) tidak dikenakan atau diperoleh untuk semua produk dan perkhidmatan kewangan Islam.

  • Muamalat (transaksi Islam) yang bebas daripada unsur-unsur haram seperti rasuah, judi, menimbulkan keraguan, penipuan dan penyelewangan.

  • Semua transaksi dan kontrak mestilah telus, adil dan saksama kepada semua pelanggan. Hal ini termasuk pendedahan jelas mengenai semua caj yang dikenakan dan tiada fi tambahan atau tersembunyi.

  • Larangan melabur dalam aktiviti tidak patuh Syariah seperti perbankan konvensional, aktiviti berkaitan arak, makanan tidak halal dan sebagainya.


Berbanding kebanyakan institusi kewangan lain, matlamat utama kewangan Islam bukanlah menjana keuntungan semata-mata. Sebaliknya, kewangan Islam dilihat sebagai suatu perkhidmatan perkongsian risiko yang bekerjasama dengan komuniti untuk menyediakan produk dan perkhidmatan patuh Syariah dalam pelbagai bidang berkaitan kewangan.

Institusi-institusi kewangan Islam masih perlu menjana pendapatan untuk menjalankan operasi dan menyediakan produk-produk keluaran mereka. Oleh itu, mereka menjana pendapatan melalui tawaran produk keluaran seperti kontrak kos tambah untung, kontrak perkongsian keuntungan, pelaburan dan pajakan. Institusi-institusi kewangan Islam tidak menganggap pelanggan mereka sekadar klien sahaja, malah, sebagai rakan kongsi juga. Hal ini menjadi asas pada kontrak Musyarakah (kontrak rakan kongsi) yang melibatkan kerjasama antara institusi-institusi kewangan dan klien/rakan kongsi mereka untuk sama-sama menyumbang ke tabung dana projek tertentu. Keuntungan dan risiko kerugian dikongsi antara kedua-dua pihak menurut terma dan syarat yang termaktub dalam kontrak tersebut.

Metodologi ini membuatkan ahli-ahli akademik yakin bahawa kebanyakan krisis ekonomi yang dihadapi boleh dielak jika pasaran global dikawal selia oleh peraturan kewangan Islam.

Sejarah kewangan Islam moden dan pembangunan takaful di Malaysia
Sejarah kewangan Islam didapati bermula pada abad ke-2 ketika aktiviti perdagangan berkembang pesat di sepanjang jalan sutera yang menghubungkan China dan Eropahi. Walau bagaimanapun, kewangan Islam moden didapati bermula di Mesir pada tahun

1960-an menerusi satu uji kaji rahsia yang dijalankan di bandar Mit Ghamr.

Pada tahun 1975, Bank Islam Dubai ditubuhkan sebagai bank Islam pertama dan dua dekad kemudian, pada tahun 1997, bank tradisional pertama mula menawarkan produk-produk kewangan yang mematuhi undang-undang Syariah.

Penglibatan Malaysia dalam bidang perbankan Islam bermula dengan penguatkuasaan Akta Perbankan Islam 1993. Sejak itu, Malaysia telah menjadi salah satu pemain utama dalam pasaran kewangan Islam dunia.

Kemudian, Akta Takaful dikuat kuasakan pada tahun 1984 ekoran dekri yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara mengumumkan ketaksahihan kontrak insurans nyawa kerana bersifat tidak patuh Syariah. Pengendali takaful pertama negara diperbadankan pada November 1984.

Seperti kewangan Islam, takaful adalah salah satu industri perkhidmatan yang berkembang pantas di Malaysia. Dengan komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengembangkan konsep takaful dan mempromosi suatu sistem perundangan Islam untuk mentadbir urus transaksi patuh syariah, permintaan untuk takaful semakin meningkat. Kini, Malaysia mempunyai lima belas pengendali takafulii, termasuk Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

Menyertai suatu kontrak takaful
Takaful diwujudkan sebagai pilihan alternatif insurans apabila kebanyakan sarjana Muslim mengumumkan bahawa kontrak insurans adalah haram kerana mungkin mengandungi unsur-unsur haram seperti riba (faedah atau rasuah), gharar (menimbulkan keraguan), dan maysir (judi).

Perbezaan utama antara takaful dan insurans ialah jenis-jenis kontrak patuh Syariah yang diguna pakal dalam kewangan Islam:

  • Ta`awun dan Tabarru`
    Ta`awun
    adalah prinsip asas Syariah yang merujuk pada semangat pertolongan bersama yang wujud antara peserta suatu kontrak takaful yang tertentu. Dalam erti kata lain, semua peserta bersetuju untuk memasuki suatu kontrak takaful bersama-sama peserta lain. Kontrak ini lazimnya dilakukan melalui tabarru`, iaitu sejumlah wang sumbangan yang diperuntukkan daripada sumbangan tetap peserta yang akan dikumpul dalam tabung tabarru`. Tabung ini akan membiayai manfaat kewangan bersama yang akan diterima oleh semua peserta yang berkelayakan atau benefisiari mereka apabila berlaku kejadian yang dipersetujui dalam persefahaman awal seperti penyakit kritikal atau kematian.

  • Wakalah
    Wakalah adalah suatu perjanjian yang berlaku antara peserta dan pengendali takaful yang dilantik untuk menguruskan keseluruhan perkhidmatan yang disediakan di bawah sijil tersebut. Pengendali takaful akan menolak fi wakalah tetap sebagai bayaran untuk perkhidmatan yang mereka sediakan.

  • Mudarabah
    Mudarabah merujuk pada suatu perjanjian yang melantik satu pengendali takaful sebagai mudarib (pengurus) untuk melabur dana seorang peserta. Sebarang keuntungan yang dijana akan dikongsi antara peserta dan pengendali takaful menurut nisbah perkongsian keuntungan yang dipersetujui bersama. Walau bagaimanapun, semua pelaburan adalah berisiko, dan pulangan jumlah pokok dan keuntungan pelaburan tidak dijamin.


Dalam apa jua jenis kewangan, baik kewangan Islam atau konvensional, sentiasa simpan wang anda di institusi takaful dan kewangan yang sah dan berdaftar. Dengan peraturan yang telus dan rangka kerja perundangan yang kukuh, pasaran global untuk kewangan Islam dan takaful dijangka akan terus berkembang.

PruBSN ialah pakar dalam menyediakan penyelesaian takaful untuk membantu anda memanfaatkan hidup sebaik mungkin. Sediakan legasi anda untuk orang tersayang bersama PruBSN WarisanPlus, kembangkan simpanan anda dengan PruBSN Aspirasi, atau bina tabung kecemasan perubatan anda bersama PruBSN AnugerahPlus. Di samping itu, anda juga boleh melabur dalam beberapa dana patuh Syariah kami untuk membantu anda merancang dan mencapai matlamat kewangan impian anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan penyelesaian takaful kami, sila hubungi Ejen Takaful kami hari ini.

 

i “The History of Islamic Finance” oleh SarayCon, 30 Disember 2018, The History of Islamic Finance | Saraycon

ii “Insurance Companies & Takaful Operators” by Bank Negara Malaysia, based on updated list as of March 2021, https://www.bnm.gov.my/takaful-operators