Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

PruBSN WarisanPlus:
Pelan Hibah Terbaik untuk Keluarga Anda

Keluarga bahagia di tepi pantai

Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.

Menurut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di samping aset-aset anda yang lain.

Kelebihan hibah bersyarat dalam takaful
Apabila anda menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia. Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang panjang.

Walau bagaimanapun, di bawah hibah bersyarat, anda boleh menjadikan mereka sebagai penerima manfaat kematian sijil takaful anda yang akan mengecualikan manfaat-manfaat yang sama itu daripada pengagihan harta pusaka anda. Ini memberikan akses langsung kepada penama untuk mengakses manfaat kematian anda dan membenarkan mereka untuk menggunakan dana tersebut menurut budi bicara mereka.

Secara alternatifnya, anda juga boleh menyerahkan hibah anda kepada pelaksana, yang kemudian bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat kematian takaful anda menurut faraid.

Meninggalkan hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan minda, khususnya mengetahui bahawa orang tersayang anda akan dijaga dan tidak akan mengalami masalah kewangan kerana pemergian anda. Keluarga anda juga, akan berasa bersyukur kerana mempunyai penimbal kewangan untuk menampung kehidupan mereka semasa mereka kembali menjadi stabil.

Manfaat hibah terbaik dengan PruBSN WarisanPlus
Jika anda mencari suatu pelan komprehensif perlindungan tinggi yang merangkumi manfaat kematian yang boleh dihadiahkan kepada orang tersayang anda sebagai hibah berserta perlindungan kemalangan, anda perlukan PruBSN WarisanPlus.

Pelan takaful ini direka dengan tujuan untuk memberikan jaminan dan perlindungan untuk anda dan orang tersayang. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda akan mendapat akses pada jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000* apabila anda meninggal dunia atau mengalami ketidakupayaan kekal. Selain itu, keadaan kematian anda tertentu yang berlaku kerana kemalangan akan menaikkan jumlah perlindungan manfaat kematian anda, seperti:

  • Menerima 200% jumlah perlindungan anda apabila anda meninggal dunia disebabkan kemalangan,

  • Menerima 300% jumlah perlindungan anda jika anda meninggal dunia semasa menaiki pengangkutan awam, dan

  • Menerima 400% jumlah perlindungan anda kalau anda meninggal dunia di luar Malaysia**.

Hibah boleh menyara dan melindungi keluarga anda dan orang tersayang untuk tempoh masa yang lama, walaupun anda sudah tiada bersama mereka.

Bukan sekadar hibah
Selain jumlah perlindungan minimum yang lumayan, PruBSN WarisanPlus juga merangkumi beberapa manfaat seperti:

  • Pampasan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 selepas didiagnosis atau kemasukan hospital kerana menghidapi penyakit berjangkit unik seperti demam campak, SARS atau virus Nipah.

  • Manfaat khairat sebanyak RM3,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian anda.

  • Meningkatkan nilai tunai anda dengan pulangan berpotensi melalui peluang pelaburan melalui tujuh jenis Dana berkaitan pelaburan berbeza dengan kadar risiko berbeza.

  • Menyesuaikan pelan takaful anda dengan memilih rider tambahan termasuklah perlindungan penyakit kritikal, perlindungan Haji atau Umrah, perlindungan pembayaran sumbangan dan banyak lagi.

  • Perlindungan selama 20 tahun atau memilih tarikh berdasarkan umur sehingga 100 tahun.

  • Pembayaran fleksibel dengan tempoh sumbangan selama 5, 10 atau 20 tahun atau pilih tempoh perlindungan penuh.

  • Membuat kebaikan dan membantu orang lain melalui rider Ihsan, yang membenarkan anda untuk membantu keluarga miskin mendapatkan perlindungan takaful keluarga asas dari RM5 sebulan.

Mula menyertai PruBSN WarisanPlus
Menjadi peserta PruBSN WarisanPlus sememangnya sangat mudah. Pelan ini boleh disertai kanak-kanak seawal umur 14 hari, dan umur maksimum 70 tahun bagi peserta-peserta baharu.

PruBSN WarisanPlus bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam. Bukan penganut agama Islam juga boleh menamakan orang tersayang mereka untuk menerima manfaat kematian takaful di bawah hibah bersyarat, atau manfaat tersebut boleh diagihkan oleh seorang pelaksana yang perlu mematui Akta Harta Pusaka dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].

Malang memang tidak berbau, jadi rancang legasi anda hari ini dengan PruBSN WarisanPlus dan menamakan orang tersayang anda sebagai benefisiari hibah bersyarat anda. Bantu keluarga anda mengharungi kesakitan emosi dan masalah kewangan yang mungkin dihadapi setelah kehilangan anda dengan meninggalkan satu hadiah kecil kepada mereka untuk memudahkan perjalanan hidup mereka pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN WarisanPlus, hubungi mana-mana Ejen Takaful kami hari ini!

* Pemegang sijil di bawah 18 tahun mempunyai akses kepada jumlah perlindungan minimum sebanyak RM250,000
** Tertakluk pada terma dan syarat.