Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Petua Takaful yang Penting:
Adakah Perlindungan Kanser Anda Cukup Komprehensif?

pasangan berjalan-jalan di taman

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia.

Sebanyak 48,639 kes kanser baru dicatat di Malaysia dalam tahun 2020 sahaja, di samping 29,530 kematian berkaitan kanseri. Ini merupakan peningkatan yang ketara setelah diambil kira bilangan kes kanser baru yang dicatat di antara tahun 2012-2016. Dalam jangka masa empat tahun tersebut, sebanyak 115,238 kes baru dicatat, atau purata 28,809 kes setahunii. Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011 menyatakan bahawa nisbah satu dalam sepuluh orang lelaki, dan satu dalam sembilan orang wanita mempunyai risiko menghidap penyakit kanser semasa kehidupan merekaiii.

Ramai antara rakyat Malaysia sedar tentang statistik yang membimbangkan ini dan telah mengambil langkah untuk mencegah penyakit kanser dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Walaupun ini mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser dengan ketara, senaman dan pemakanan yang lebih sihat tidak semestinya menjaminkan kehidupan yang bebas penyakit kanser.

Anda perlu membuat persediaan dari segi kewangan untuk menghadapi risiko ini, dan cara yang terbaik adalah dengan melanggan pelan insurans yang khusus untuk penyakit kanser, ataupun menyertai pelan takaful. Tetapi, memandangkan terdapat pelbagai pelan takaful di pasaran dengan manfaat perlindungan yang berbeza, ia mungkin susah untuk membuat pilihan yang sesuai untuk diri anda. Dan sekiranya anda sudahpun melanggani pelan takaful, anda mungkin ingin menyemak semula perlindungan yang sedia ada dalam pelan tersebut, khususnya yang berkaitan penyakit kanser.

Perlindungan komprehensif yang boleh diubah suai dengan PruBSN AnugerahPlus
PruBSN AnugerahPlus merupakan pelan takaful yang boleh diubah suai demi memberikan perlindungan komprehensif untuk penyakit kanser. Dengan sumbangan bermula dari RM50 sebulan, sijil ini merangkumi perlindungan kematian atau hilang upaya kekal dengan manfaat minimum sebanyak RM10,000, serta Bonus EduAchieve. Kadar sumbangan yang rendah memastikan bahawa individu berpendapatan rendah mampu melindungi diri mereka sekiranya menghidap penyakit kanser.

Demi memberikan anda perlindungan yang fleksibel dan boleh diubah suai, PruBSN AnugerahPlus mempunyai beberapa rider yang boleh ditambah kepada pelan anda. Untuk perlindungan kanser yang terbaik, kami mencadangkan bahawa anda melengkapkan sijil anda dengan rider Perubatan dan Penyakit Kritikal.

Rider Perubatan melindungi perbelanjaan kemasukan hospital, sementara rider Penyakit Kritikal melindungi kehilangan pendapatan sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, di samping itu membantu apa-apa perbelanjaan yang berkaitan. Marilah kita melihat penjelasan di bawah.

Ringankan perbelanjaan hospital dengan Medic Protector
Kos rawatan mungkin tinggi, terutamanya jika anda memerlukan pembedahan dan perlu dimasukkan ke dalam wad. PruBSN Medic Protector merupakan kad medikal yang memberikan sokongan kewangan untuk rawatan perubatan seumur hidup sehingga RM400,000 setahun. Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kanser, Medic Protector akan menambahkan perlindungan sebanyak dua kali ganda, supaya anda memberikan tumpuan sepenuhnya untuk pulih, dan tidak perlu risau mencari wang untuk membayar kos rawatan.

Walaupun diagnosis kanser menggandakan jumlah perlindungan tahunan anda, jumlah yang berlebihan boleh digunakan untuk merawat penyakit yang lain.

Medic Protector juga mempunyai had seumur hidup tambahan untuk rawatan kanser pesakit luar yang berbeza dari had tahunan pelan anda, serta elaun tunai harian untuk rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Selain dari manfaat yang khusus untuk penyakit kanser, langganan Medic Protector akan membantu anda untuk membayar keperluan lain yang layak bagi kemasukan hospital .

Tingkatkan had tahunan anda sehingga RM1,000,000 dengan Medic Booster
Dengan nilai tambahan RM14 kepada sumbangan bulanan, anda dapat meningkatkan had tahunan sebanyak RM1,000,000 menerusi Medic Booster. Tambahan ini hanya tersedia untuk Medic Protectoriv rider bagi sijil PruBSN AnugerahPlus anda, yang mana ia memberikan anda ketenangan fikiran dan anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan. Medic Booster juga memberikan anda had seumur hidup tahunan yang dua kali ganda untuk rawatan kanser pesakit luar.

Dapatkan pembayaran tunai sekaligus dengan Crisis Shield dan Crisis Protector
Crisis Shield dan Crisis Protector merupakan dua rider Penyakit Kritikal yang memberikan anda bayaran tunai minimum sekaligus - RM10,000 jika anda disahkan menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal, termasuk penyakit kanser. Ini boleh membantu anda dari segi kewangan supaya anda boleh memulakan rawatan yang diperlukan sebaik sahaja anda didiagnos.

Manfaat rider-rider ini mampu memberi sokongan kewangan untuk rawatan alternatif atau rawatan yang tidak dilindungi pelan perubatan anda, atau menggantikan pendapatan sekiranya anda tidak mampu bekerja disebabkan penyakit kanser atau penyakit kritikal.

Bayaran tunai sekaligus khusus untuk penyakit kanser dengan Cancer Protector
Dapatkan perlindungan tambahan dengan Cancer Protector. Dengan perlindungan di antara RM50,000 sehingga RM2,000,000, anda boleh menuntut sebanyak 5% dari jumlah perlindungan dalam tahun pertama sijil anda apabila disahkan menghidap penyakit kanser peringkat awal (atau 10% dari tahun kedua dan seterusnya), sementara baki boleh dituntut sekiranya kanser anda berada di peringkat akhir. Jumlah ini boleh digunakan untuk membayar kos rawatan, menggantikan pendapatan sekiranya anda perlu mengambil cuti sakit panjang atau tidak mampu meneruskan pekerjaan, atau digunakan untuk perbelanjaan yang lain.

Penyakit kanser memang membimbangkan, tetapi kami boleh membantu anda membuat persediaan yang secukupnya degan PruBSN AnugerahPlus. Dengan tempoh tamat perlindungan sehingga 100 tahun, anda boleh mendapat perlindungan penyakit kanser dari umur 1 sehingga 70 tahun. Ini amat berguna sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit kanser, dan anda boleh melindungi diri anda serta anak anda sementara mereka masih kecil.

Bincang dengan salah seorang Agen Takaful kami hari ini untuk mendapatkan maklumat tentang PruBSN AnugerahPlus, kerana sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kanser, kami inginkan anda memberikan tumpuan sepenuhnya untuk pulih. Biarkan kami menolong anda membayar kos rawatan.

[i] Malaysia Fact Sheets by World Health Organization, International Agency for Research on Cancer

[ii] Cancer Cases Rise in Malaysia, Chinese Most Prone by CodeBlue, 03 January 2020

[iii] World Cancer Day 2019 Factsheet for Healthcare Providers by Disease Control Division Ministry of Health Malaysia

[iv] Specifically via the Medic Protector - Level Contribution option