Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Pemakanan Sihat: Apakah Diet Beralkali dan adakah ia Bermanfaat untuk Saya?

healthy food

Diet beralkali semakin mendapat perhatian dan kian popular, yang menggalakkan pengambilan makanan beralkali untuk mengatasi diet berasid yang dipercayai boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan tulang rapuh.

Pengamal diet beralkali percaya bahawa pengambilan makanan beralkali, yang kebanyakannya terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh mengekalkan paras kealkalian badan yang optimum dan neutral, memberikan tubuh badan kita sihat serta mengurangkankan risiko jangkitan.

Walaupun terdapat pertikaian tentang keberkesanan diet beralkali untuk mempengaruhi tahap pH badan, terdapat juga persetujuan global bahawa pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk tubuh dan sistem dalaman badan. Tambahan pula, diet beralkali bukanlah berasaskan sayur-sayuran seperti vegetarian atau vegan, menjadikannya pelan makanan yang mudah diterima dan diikuti terutamanya bagi mereka yang inginkan daging dalam pemakanan seharian mereka.

Perbezaan di antara tahap alkali dalam badan dan makanan
Pengambilan makanan beralkali tidak bermaksud hanya mengambil makanan yang dikira beralkali mengikut carta pH. Anda tidak boleh meletakkan kertas litmus pada cebisan makanan atau buah-buahan untuk menentukan sama ada ia bersifat alkali atau asid. Diet beralkali bukan eksperimen sains sekolah anda! Tetapi, pengetahuan asas tentang kadar alkali dan asid pasti dapat membantu.

Tahap keasidan atau kealkalian makanan dinilai berdasarkan sisa-sisa zat galian, protein dan fosforus yang ditinggalkan setelah dimakan dan selepas melalui proses metabolismei. Ini dikenali sebagai skala PRAL, atau “Potential Renal Acid Load”.

Skala PRAL membantu untuk menenentukan bahawa tahap pH makanan dalam bentuk asal tidak semestinya sama dengan tahap kealkalian atau keasidan setelah dicerna dalam tubuh badan. Sebaliknya, makanan yang dianggap berasid, seperti limau (lemon) atau nenas, sebenarnya bersifat alkali setelah melalui proses metabolisme. Dan makanan yang tinggi kalsium yang biasanya dinilai beralkali menurut skala pH, seperti daging atau susu, sebenarnya meninggalkan sisa berasid dalam tubuh badan.

Bagaimana pengambilan makanan mempengaruhi kadar alkali tubuh badan
Walaupun diet beralkali dipercayai boleh mempengaruhi tahap alkali tubuh badan, penyelidikan saintifik mendapati bahawa ini tidak benarii. Ini disebabkan bahagian tubuh badan mempunyai tahap asid dan alkali yang berlainan. Sebagai contoh, tahap pH darah kita antara 7.36-7.44, tetapi perut kita berasid, dengan tahap pH dari 2 hingga 3.5. Asid ini adalah penting untuk membantu proses pencernaan makanan.

Sebenarnya, tubuh badan kita mempunyai sistem dalaman yang berfungsi memantau tahap pH badan sambil memastikan ia kekal pada tahap yang sihat. Sangat sukar untuk mengubah tahap pH darah, dan ini hanya akan berlaku semasa tubuh badan dalam keadaan berpenyakit, seperti ketoasidosis diabetis.

Mengikut diet beralkali, kita harus memantau tahap pH dalam air kencing untuk mengukur tahap pH tubuh badan (paling sesuai pada waktu pagi). Tetapi, ini bukan cara yang tepat untuk menilai kesihatan badan, kerana nilai yang diukur akan bertukar berdasarkan makanan yang diambil, cara buah pinggang berfungsi, serta kandungan yang disingkir dari badan.

Bolehkah diet beralkali menyembuh atau mencegah penyakit?
Walaupun terdapat pelbagai tuntutan dari pengamal diet beralkali, tiada bukti saintifik yang mengatakan diet beralkali dapat mencegah penyakit kanser, kardiovaskular atau osteoporosisiii. Walaupun ramai orang percaya bahawa kanser tumbuh dalam persekitaran berasid, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kanser tumbuh dalam tisu badan normal, yang biasanya beralkali. Tetapi sel-sel kanser menghasilkan keadaan yang berasid, dan ketumbuhan berlaku dengan lebih cepat dalam persekitaran berasid.

Penyakit osteoporosis, sebaliknya adalah kehilangan kolagen protein dalam tulang, dan membawa kepada kehilangan asid orthosilik dan asid askorbik. Sebenarnya, diet tinggi protein yang menghasilkan asid adalah penting bagi mengekalkan kandungan kalsium dalam badan untuk membaiki dan melindungi tulang dan otot.

Setakat ini, keberkesanan diet beralkali untuk mengelak penyakit kardiovaskular tidak dapat ditentukan kerana kajian yang dilakukan adalah berbeza dan hasil yang diperolehi juga berbeza ketika menguji kumpulan fokus yang mengikuti diet yang berasid, beralkali ataupun neutraliv. Pada masa ini, masih belum adabukti yang kukuh untuk menyokong keberkesanan diet beralkali dalam penyembuhan atau pencegahan penyakit kardiovaskular.

Namun, ini tidak bermakna diet beralkali perlu diketepikan sepenuhnya.

Walaupun kemungkinan untuk tidak menyembuhkan penyakit kanser atau osteoporosis, diet beralkali boleh membantu mereka yang menghidap penyakit berkaitan tahap asid urik tinggi seperti penyakit gout, dan boleh mencegah jangkitan saluran kencing serta pembentukan batu karangv. Penyakit seperti ini selalu dikaitkan dengan buah pinggang, dan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh The American Journal of Nephrology mendapati bahawa diet berasid tinggi membawa risiko sebagai punca penyakit buah pinggang yang kronikvi. Dalam keadaan ini, diet beralkali bermanfaat mengekalkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.

Apakah makanan beralkali yang harus diambil?
Kebanyakan buah-buah dan sayur-sayuran segar mempunyai niai alkali yang tinggi mengikut skalavii viii. Tetapi, bukan semua orang mempunyai akses ataupun bajet yang mencukupi untuk membeli makanan seperti kubis kerinting, parsnip, amaranth atau gandum kuda. Di sini, kami senaraikan makanan tempatan yang boleh dijadikan sebahagian daripada diet beralkali anda – ada yang mungkin mengejutkan anda:

Kesederhanaan sentiasa penting, dan kami menggalakkan anda untuk membuat kajian anda sendiri dan mendapat nasihat daripada doktor anda sebelum menentukan sama ada diet beralkali ini adalah sesuai atau tidak untuk diri anda, terutamanya jika anda mengambil ubat, sedang menjalani rawatan, ataupun menghidap penyakit tertentu. Walaupun penambahan buah-buahan dan sayur-sayuran segar ke dalam diet anda merupakan sesuatu yang bermanfaat, jangan sehingga keterlaluan, lebih-lebih lagi semasa memakan durian. Sentiasa berjaga-jaga dan ingat untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan anda yang lain.

Penafian
Isi kandungan ini tidak bertujuan menggantikan perundingan dengan seorang pakar kesihatan bertauliah. Sebelum memulakan sebarang program kesihatan atau membuat pertukaran dalam pelan nutrisi anda, sila rujuk dengan pakar nutrisi, doktor atau pakar kesihatan bertauliah untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan diet ini tidak akan memudaratkan anda.

Rujukan
19 Highly Alkaline Foods That Will Benefit Your Body; Yuri Elkaim

ii The Alkaline Diet: An Evidence-Based Review; Healthline; 2 December 2016

iii The Alkaline Diet: An Evidence-Based Review; Healthline; 2 December 2016

iv What is the Alkaline Diet?; verywell fit; 03 February 2020

Nutritional Management of Kidney Stones (Nephrolithiasis); Clinical Nutrition Research; 31 July 2015 © 2015 The Korean Society of Clinical Nutrition

vi Dietary Acid Load and Incident Chronic Kidney Disease: Results from the ARIC Study; American Journal of Nephrology; 21 January 2016

vii Acid & Alkaline Foods List; Goodmix; 2009

viii Acid-Based Food Table; Klopfer-Nährmittel GmbH; 2004