PruBSN WarisanGold
Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN WarisanGold
Bagaimanakah keluarga tersayang anda akan meneruskan kehidupan jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda? Bagaimana mereka boleh mengekalkan gaya hidup mereka seperti biasa? Dan bagaimana mereka akan menampung perbelanjaan harian, keperluan perubatan atau pendidikan mereka?
Dalam kehidupan yang penuh ketidakpastian, pemikiran yang proaktif dengan membina sebuah warisan boleh menyediakan masa depan yang lebih terjamin untuk anda dan keluarga tersayang.
PruBSN WarisanGold, pelan takaful warisan yang berpandangan jauh membantu anda untuk mencapai ketenangan fikiran, memastikan mereka yang tersayang mampu meneruskan kehidupan tanpa perlu risaukan keadaan kewangan apabila perkara yang tidak dijangka berlaku kepada anda atau ketika anda tiada lagi di sisi mereka.
PruBSN WarisanGold menawarkan perlindungan hayat yang tinggi bermula dari RM350,000* dan peningkatan perlindungan automatik yang meningkat seiring dengan anda. Ia juga menyediakan perlindungan kematian kemalangan sehingga 600% dari Jumlah Perlindungan Asas** dan bantuan kewangan segera seperti Manfaat Khairat dan Manfaat Badal Haji. Ia dilengkapi dengan manfaat istimewa untuk meningkatkan nilai warisan serta sambungan perlindungan secara automatik sehingga umur 100 tahun.
Tambahan lagi, PruBSN WarisanGold memberikan anda fleksibiliti untuk memilih amaun perlindungan, tempoh perlindungan, tempoh pembayaran sumbangan dan disesuaikan dengan pilihan menambah manfaat untuk memenuhi keperluan perlindungan yang berbeza.
Dengan Pilihan Kebajikan di bawah PruBSN WarisanGold, anda boleh meninggalkan warisan kepada keluarga anda dan pada masa yang sama menyumbang kembali kepada komuniti.
Dapatkan ketenangan fikiran dengan PruBSN WarisanGold - penyelesaian warisan Takaful yang paling komprehensif!
Manfaat produk utama
Nota
*Untuk kanak-kanak, perlindungan bermula dari RM250,000.
**Berdasarkan jumlah manfaat yang perlu dibayar untuk manfaat kematian dan manfaat kematian akibat
kemalangan (jika berkenaan).
Keluarga adalah keutamaan
Apabila perkara tidak diduga berlaku, kami boleh membantu keluarga anda melalui saat-saat sukar dengan prosedur yang mudah.
Membina warisan kasih sayang |
Dalam kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian, pelan warisan berfikir kehadapan untuk anda. Walau apa yang terjadi, anda boleh hidup dengan tenang mengetahui keperluan keluarga anda dipenuhi dan masa depan mereka terjamin. |
Menyumbang kembali pada komuniti |
Pada masa anda memastikan masa depan orang yang anda sayangi, anda juga boleh memenuhi saham akhirat dengan membuat sumbangan kebajikan melalui Ihsan rider dan Pilihan Kebajikan untuk meninggalkan warisan melebihi keluarga anda. |
Maklumat produk
Terma Perlindungan dan Pembayaran
Tempoh Sumbangan |
5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan |
Sumbangan Bulanan Minimum |
Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan dan umur matang. |
Umur Kelayakan |
1 hingga 70 tahun pada hari jadi akan datang Nota: |
Tamat Tempoh Perlindungan |
20 tahun, atau umur tamat tempoh 70, 80, 90 atau 100 |
Jumlah Perlindungan Minimum |
Dewasa Kanak-Kanak |
Ciri-ciri
Perlindungan Tinggi
Perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) bermula daripada RM350,000 atau jumlah perlindungan bermula daripada RM250,000 untuk kanak-kanak
Perlindungan Kematian Kemalangan sehingga 600% dari Jumlah Perlindungan Asas*
Selain Manfaat Kematian, manfaat tambahan sehingga 500% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.
*Berdasarkan jumlah manfaat yang akan dibayar untuk manfaat kematian dan manfaat kematian akibat kemalangan (jika berkenaan).
Manfaat Khas untuk Meningkatkan Nilai Warisan Anda
Protection Enhancer menyediakan perlindungan automatik yang meningkat sehingga 15%, dan Legacy Booster bersama-sama dengan Legacy Bonus yang dapat memaksimumkan nilai warisan anda.
Bantuan Kewangan Segera
Manfaat Khairat RM3,000 dan Manfaat Badal Haji RM3,000
Fleksibiliti dan Boleh Diubah Suai
Pelbagai pilihan mengenai amaun perlindungan, tempoh perlindungan, syarat pembayaran sumbangan dan boleh disesuaikan dengan manfaat pilihan
Peluang Pelaburan
Anda boleh memilih daripada 10 dana berkaitan pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai anda dengan potensi pulangan baik melalui Takaful Saver atau Takaful Saver Kid rider
Pelanjutan Perlindungan Automatik sehingga Umur 100
Perlindungan akan berlanjutan sehingga umur 100*, tertakluk kepada sumbangan tambahan yang diperlukan
*Perlindungan akan berlanjutan selagi terdapat nilai tunai yang mencukupi untuk penolakan Tabarru` dan caj lain sehingga umur 100 tahun atau sehingga tempoh perlindungan yang maksimum untuk manfaat tertentu, yang mana lebih awal. Sumbangan tambahan mungkin diperlukan untuk memastikan nilai tunai adalah mencukupi sehingga akhir tempoh yang dilanjutkan.
Pendaftaran Mudah
Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM4 juta, tertakluk kepada umur kemasukan, tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan
Pilihan Kebajikan
- Salurkan sebahagian daripada manfaat kematian anda untuk pilihan Sadaqah atau Wakaf
- Buat sumbangan kebajikan secara berkala melalui rider Ihsan
Manfaat
Manfaat Matang |
Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada. |
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut: |
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut: Manfaat TPD perlu dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun, yang mana terdahulu, dan tertakluk kepada maksimum RM8,000,000 sepanjang hayat. |
Manfaat Tambahan |
Hajj Umrah Protector |
Pelepasan Cukai
Untuk PruBSN WarisanGold, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nota Penting
- Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai pelan kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
- Umur merujuk kepada Umur pada Hari Jadi Akan Datang.
Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.