Maklum Balas Anda
Bagaimana anda boleh
menghubungi kami?
Pusat panggilan
Tulis kepada kami
E-mel kepada kami
Di mana anda boleh menyalurkan
maklum balas?
Pusat Khidmat Pelanggan
+603 2775 7188
Surat Menyurat
Unit Maklum Balas Pelanggan (CCU),
Prudential BSN Takaful Berhad,
Tingkat 12, Menara Prudential,
Persiaran TRX Barat,
55188 Tun Razak Exchange,
Kuala Lumpur.
E-mel
customer@prubsn.com.my
Polisi dan prosedur
aduan kami
Fokus pada polisi dan prosedur aduan kami adalah untuk memastikan anda menerima layanan yang adil setiap masa. Matlamat kami:
-
Memastikan aduan tersebut adalah semudah dan sejelas yang mungkin.
-
Memproses semua aduan secara serius dan sulit.
-
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan untuk kepuasan para pelanggan dan rakan niaga kami.
-
Meningkatkan tahap perkhidmatan kami dengan mengambil aduan pelanggan sebagai peluang untuk kami belajar dan berkembang jauh ke hadapan.
Apa yang anda boleh harapkan daripada kami?
Pengakuan Aduan
|
Setelah kami menerima aduan anda, kami akan memberikan anda nombor rujukan dan kami akan berhubung dengan anda dalam tempoh empat (4) hari bekerja dari tarikh kami menerima aduan anda. Nombor rujukan tersebut akan digunakan di dalam semua surat-menyurat yang berkaitan dengan aduan anda. Dalam usaha untuk kami menangani aduan anda dengan berkesan, sila berikan butiran aduan anda dan sertakan dokumen sokongan yang berkaitan. |
Menjawab Aduan Anda
|
Memandangkan sifat aduan mungkin berbeza, kami akan berusaha untuk menyelesaikan aduan anda dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh ia diterima. Keputusan muktamad aduan anda akan disampaikan kepada anda tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh aduan itu mula-mula dikemukakan. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memerlukan tempoh yang panjang untuk memberikan anda penyelesaian sepenuhnya. Dalam kes ini, kami akan memberikan anda penjelasan bertulis bersama-sama dengan makluman mengenai ketetapan tarikh yang dijangkakan bagi aduan anda. |
Hak anda
untuk membuat rayuan
Failkan rayuan secara langsung kepada kami
Untuk menjaga kepentingan terbaik anda, anda mempunyai pilihan untuk merayu kepada Ketua Perkhidmatan & Pengalaman Pelanggan kami di alamat di bawah jika anda tidak berpuas hati dengan hasil penyelesaian kami:
Pengurusan Kualiti Perkhidmatan,
Prudential BSN Takaful Berhad,
Tingkat 12, Menara Prudential,
Persiaran TRX Barat, Tun Razak Exchange,
55188, Kuala Lumpur.
Kami akan memaklumkan penerimaan rayuan tersebut secara bertulis dalam tempoh empat (4) hari bekerja diikuti dengan jawapan sepenuhnya daripada kakitangan Pengurusan Kualiti Perkhidmatan kami dalam empat belas (14) hari bekerja. Jika tempoh ini tidak mencukupi, kami akan memberikan penjelasan bertulis untuk memaklumkan bila anda boleh mendapat jawapan penuh.
Kami akan menyiasat aduan anda memaklumkan kepada anda hasilnya. Kami juga akan memaklumkan kepada anda tentang jenis tindakan yang boleh diambil jika anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan kami.
Failkan rayuan untuk semakan pihak ketiga
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan dan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) BNM
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan dan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) BNM ditubuhkan untuk menawarkan perlindungan kepada pelanggan dan membantu anda menyelesaikan sebarang pertikaian tuntutan antara anda dan kami. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan kami, anda boleh menulis kepada alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif, Faks: 603 22721577 |
BNMTELELINK, Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) | Luar Negara: 603 21741717 E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my |