Perlindungan Khas COVID-19 2021
KEMPEN TAMAT: Perlindungan Khas COVID-19 2021 telah berakhir. Sebarang tuntutan yang layak harus dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh diagnosis.
Kami ingin semua rakyat Malaysia meneruskan semangat KITA BOLEH dalam kehidupan mereka dengan ketenangan minda menghadapi cabaran pandemik ini.
Dengan sukacitanya, kami ingin memaklumkan pembaharuan dana Perlindungan Khas COVID-19 sebanyak RM2,000,000 untuk para pelanggan Prudential* bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga jumlah bayaran keluar di bawah perlindungan khas ini mencapai had tuntutan, mana-mana yang terdahulu. Perlindungan ini merangkumi:
-
RM1,000 bantuan wang tunai kemasukan hospital jika dirawat di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan oleh COVID-19 sepanjang tempoh perlindungan ini
-
RM10,000 bayaran sekaligus manfaat kematian disebabkan COVID-19 sepanjang tempoh perlindungan ini
Soalan Lazim
Maklumat lanjut mengenai Perlindungan Khas COVID-19 2021
Nota:
|
|||||||||||||||
2. Berapakah jumlah kos perlindungan khas ini? |
Tiada kos tambahan dikenakan bagi perlindungan khas ini. |
||||||||||||||
3. Bagaimanakah untuk mendaftar perlindungan khas ini? |
Bagi pelanggan Prudential Malaysia, tiada pendaftaran diperlukan untuk perlindungan khas ini. |
||||||||||||||
4. Bolehkah Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi mendapatkan rawatan COVID-19 di mana-mana hospital? |
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan beberapa hospital sebagai rujukan seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19. Anda boleh merujuk senarai hospital di sini. Senarai hospital ini tepat pada waktu penerbitan. |
||||||||||||||
5. Adakah manfaat-manfaat lain (cth. Faedah Hospital/Elaun Kemasukan Hospital/Hospital & Pembedahan) akan dibayar menurut polisi/sijil sedia ada? |
Semua manfaat sedia ada akan dibayar menurut terma dan syarat polisi/sijil masing-masing. Perlindungan Khas COVID-19 ini tidak akan memberi kesan kepada manfaat polisi/sijil sedia ada. |
||||||||||||||
6. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan bagi Bantuan Wang Tunai COVID-19? |
Bagi pelanggan Prudential Malaysia: Anda boleh menyerahkan dokumen sokongan di bawah melalui e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi aplikasi PRUserve Plus (“PSP”):
Nota: Pihak penuntut hendaklah menyerahkan tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kejadian (diagnosis atau kemasukan hospital). Jika tidak, pihak penuntut tidak layak menerima manfaat. |
||||||||||||||
7. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan Manfaat Kematian COVID-19? |
Anda boleh menyerahkan dokumen sokongan di bawah secara e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi PRUserve Plus (“PSP”):
Nota: |
||||||||||||||
8. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan kemasukan hospital/sebelum & selepas kemasukan hospital/manfaat hospital untuk COVID-19? |
Berdasarkan senarai di bawah, sila hantar kesemua dokumen dibawah secara e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi PRUserve Plus (“PSP”):
|
||||||||||||||
9. Adakah terdapat sebarang pengecualian atau tempoh menunggu yang dikenakan? |
Tiada pengecualian atau tempoh menunggu dikenakan untuk Perlindungan Khas ini. |
||||||||||||||
10. Jika saya mempunyai tuntutan perubatan yang sedia ada, adakah saya masih layak untuk perlindungan khas ini? |
Ya, anda akan layak untuk perlindungan khas ini walaupun anda mempunyai tuntutan perubatan sedia ada. |
||||||||||||||
11. Keputusan ujian saya positif COVID-19, tapi saya tidak perlu dirawat di hospital, adakah saya layak terima Bantuan Wang Tunai COVID-19? |
Tidak. Anda hanya layak untuk perlindungan khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. |
||||||||||||||
12. Keputusan ujian saya positif COVID-19 dan menerima rawatan tetapi bukan hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan COVID-19, adakah saya layak untuk Bantuan Wang Tunai COVID-19? |
Tidak. Anda hanya layak untuk perlindungan khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. |
||||||||||||||
13. Saya telah dirawat di hospital untuk menjalani ujian COVID-19, tapi saya belum lagi disahkan positif COVID-19, adakah saya layak untuk Bantuan Wang Tunai COVID-19? |
Tidak. Anda hanya layak untuk perlindungan khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. |
||||||||||||||
14. Saya dimasukkan ke stesen/ kemudahan/ pusat/ wad isolasi kuarantin dalam bangunan hospital untuk kuarantin dan pemantauan apabila disahkan positif COVID-19, tetapi tanpa sebarang rawatan pesakit dalam. Adakah saya masih layak untuk Perlindungan Khas COVID-19? |
Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas COVID-19 sekiranya anda telah didiagnosis positif dengan COVID-19 dan dimasukkan ke hospital yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Diwadkan untuk tujuan kuarantin atau hanya untuk pemantauan tidak akan melayakkan anda untuk Perlindungan Khas COVID-19. Ini adalah disebabkan dana untuk Perlindungan Khas COVID-19 adalah terhad dan kami mahu memastikan ianya hanya untuk pesakit yang betul-betul memerlukan sahaja cth. pesakit yang memerlukan rawatan aktif pesakit dalam. KKM telah menetapkan pelbagai peringkat gejala klinikal (1-5) berkaitan dengan COVID-19. Pesakit dalam kategori 1 hingga 2 adalah kebiasaannya menghidapi penyakit ringan dan umumnya tidak memerlukan rawatan, dan mereka tidak perlu dimasukkan ke hospital. Untuk menilai sama ada kemasukan itu adalah "kuarantin" atau "kemasukan ke hospital", kami akan merujuk kepada laporan perubatan / rumusan discaj / pernyataan doktor. Kemasukan itu akan dianggap sebagai 'kemasukan ke hospital' apabila dokumen tersebut melaporkan bahawa pesakit menerima rawatan aktif di hospital (iaitu sokongan ventilasi, bekalan oksigen dan ubat intravena) disebabkan didiagnosis positif COVID-19. |
||||||||||||||
15. Jika saya dirawat di hospital kerana positif COVID-19 dan kemudian meninggal dunia disebabkan COVID-19, berapakah jumlah yang bakal diterima di bawah perlindungan khas ini? |
Kami akan membayar RM1,000 untuk Bantuan Wang Tunai dan RM10,000 untuk Manfaat Kematian, tertakluk kepada jumlah bayaran keluar mencapai had tuntutan, mana-mana yang terdahulu. |
||||||||||||||
16. Saya mempunyai 1 polisi dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad dan 2 lagi sijil di bawah Prudential BSN Takaful Berhad. Adakah saya layak untuk perlindungan khas di bawah ketiga-tiga polisi dan sijil tersebut? |
Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas ini sekali sahaja. Anda boleh menuntut sama ada dari Prudential Assurance Malaysia Berhad ataupun Prudential BSN Takaful Berhad. |
||||||||||||||
17. Adakah tuntutan di bawah Perlindungan Khas ini menggunakan had perlindungan tahunan/hayat saya? |
Bayaran untuk Perlindungan Khas COVID-19 ini tidak akan menggunakan had tahunan/hayat anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda juga membuat tuntutan melalui mana-mana rider perubatan anda, had tahunan/hayat akan dikurangkan dengan sewajarnya. |
||||||||||||||
18. Bagaimana jika tarikh diagnosis saya di antara 1 Mei hingga 31 Disember 2020, adakah saya layak untuk menerima Perlindungan Khas COVID-19 ini? |
Tidak. Walau bagaimanapun anda masih layak untuk Perlindungan Khas COVID-19 yang disediakan sebelum ini dari tempoh 1 Mei hingga 31 Disember 2020, jika anda serahkan tuntutan anda dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diagnosis. |
||||||||||||||
19. Berapa lamakah proses tuntutan perlindungan khas ini? |
Setelah menerima kesemua dokumen lengkap, bayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja. Pemprosesan permohonan tuntutan secara Fast Track ditawarkan untuk penyerahan menerusi PSP. |
||||||||||||||
20. Siapa yang patut saya hubungi untuk maklumat lanjut? |
Prudential Assurance Malaysia Berhad Prudential BSN Takaful Berhad |