Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Group Critical Illness | Prudential BSN Takaful
Rider

Group Critical Illness /
Group Critical Illness Additional

Memberikan bantuan kewangan apabila pekerja anda didiagnosis dengan penyakit kritikal

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan Group Critical Illness / Group Critical Illness Additional

Pekerja anda adalah aset berharga buat anda – jaga kesejahteraan mereka dengan melampirkan rider patuh Syariah ini sebagai sebahagian daripada pelan perlindungan mereka.

Dengan Group Critical Illness / Group Critical Illness Additional, anda boleh membantu pekerja anda serta orang tersayang dengan menjaga kebajikan mereka pada masa yang diperlukan.

Sekiranya pekerja anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi, rider takaful ini akan memberi mereka manfaat sekaligus.

Maklumat produk

Ciri-ciri dan perlindungan

 

Ciri-ciri Perlindungan

Rider-rider ini menyediakan jumlah perlindungan sekaligus jika pekerja anda mengalami salah satu daripada 43 penyakit kritikal.

Nota:
- Manfaat asas Group Term Takaful akan berkurang dengan amaun yang dibayar di bawah manfaat Group Critical Illness. Ini tidak terpakai untuk manfaat Group Critical Illness Additional.

- Manfaat Group Critical Illness Additional tidak akan dibayar jika pekerja anda meninggal dunia dalam tempoh tujuh hari selepas didiagnosis dengan Penyakit Kritikal. Ini tidak terpakai untuk manfaat Group Critical Illness.

Umur Kelayakan

Group@Work: 16 hingga 69 tahun.
SME@Work: 16 hingga 65 tahun, pembaharuan tahunan sehingga 69 tahun.

Umur Tamat Tempoh

Pembaharuan tahunan dengan perlindungan sehingga umur 70 tahun.

Nota-nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda, ejen servis atau hubungi pasukan Corporate Group Business kami di +603 2778 2155 atau prubsn.cgbd@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada hari jadi akan datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.